Nuffnang

Thursday, January 12, 2017

Bukan Teman Pengganti - Hanis Azla

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur pada ALLAH. In shaa ALLAH.. Novel ketigaku terbitan Alaf 21 akan diterbitkan dalam bulan Januari 2017 ini. Tajuknya Bukan Teman Pengganti. 

Bukan Teman Pengganti ~ Hanis Azla ~ Alaf 21

Sinopsis

Kau beri cinta sejati, saat aku menolak teman pengganti...

Andai ada jodoh bersama Khalif Azhan, Naura Izdihar mahu bersama lelaki itu hingga ke syurga. Tidak disangka, janji yang terlahir secara spontan pada pertemuan pertama telah mengikat dirinya.

Darah yang sama mengalir dalam tubuh Khalif Azhan dan Izran Hilman tidak menjadikan kedua-duanya lelaki yang sama. Walaupun mempunyai raut wajah yang hampir seiras, namun karakter kedua-duanya cukup berbeza. Mencintai gadis yang sama tidak pernah menjadi impian mereka. Mereka juga tidak pernah berebutkan cinta dari gadis yang sama. Namun aturan takdir membuatkan kedua-duanya terikat dengan gadis yang serupa dalam waktu yang berbeza.

Cinta Naura Izdihar hanya untuk Khalif Azhan. Itu sesuatu yang dia amat pasti. Namun mampukah Naura mempertahankan kesetiaannya pada Khalif apabila Izran bersungguh-sungguh cuba menawan hatinya? Bagaimana harus dilawan perasaan sendiri dan aturan takdir yang telah tertulis? Tegarkah Naura meminggirkan janjinya untuk terus setia? Nak buang, hati rasa sayang. Nak terima, jiwa rasa tak tenteram.

“Saya tak pernah berniat untuk jadi pengganti dia. Tapi saya nak berada bersama Naura di waktu Naura sedih kerana dia. Juga di waktu Naura boleh kembali tersenyum kerana saya.” - Izran


Apa??? Tak cukup. Okey.. Kita tambah lagi.


Bagi Naura Izdihar, dia jatuh cinta pandang pertama pada Khalif Azhan. Bagi  Khalif pula, dia jatuh cinta pada Naura sebelum dia mengenali wanita itu lagi. Sejak pertemuan pertama Naura sudah mengukir janji di dalam hati. Andai ada jodohnya bersama Khalif, dia mahu bersama lelaki itu hingga ke Syurga. Janji yang menjadi impiannya. Setia itu paling utama buat wanita yang bernama Naura Izdihar. Tak disangka, janji setia itu telah mengikat dirinya sendiri. Sehinggakan dia sanggup mempertahankan janji sendiri yang terlahir secara spontan pada cinta pandang pertama.

        ‘Ya-ALLAH.. jika ada jodohku dengan dia, aku mahu bersamanya hingga ke Syurga..’ NAURA IZDIHAR

       “Hanya sekali Naura singgah di hati. Tapi sejak itu, segalanya tentang Naura tidak pernah pergi dari hati ini.” KHALIF AZHAN

Darah yang sama mengalir dalam tubuh Khalif Azhan dan Izran Hilman tidak menjadikan keduanya lelaki yang sama. Walaupun mempunyai raut wajah yang hampir seiras namun karektor  keduanya cukup berbeza. Mencintai gadis yang sama tidak pernah menjadi impian mereka. Mereka juga tidak pernah berebutkan cinta dari gadis yang sama. Namun aturan takdir membuatkan keduanya terikat dengan gadis yang serupa.

“Saya sendiri tak tahu sejak bila perasaan ini tumbuh dalam hati saya. Tapi apa yang saya tahu, saya tak mahu perasaan ini pergi dari hati saya.” IZRAN HILMAN

Kehilangan Khalif membuatkan hidup Naura jadi huru-hara. Perit baginya untuk meneruskan kehidupan bila yang tersayang pergi membawa sekali janji yang begitu mahu dipertahankan. Lebih memeritkan bila Naura mula memandang Izran seperti mana dia melihat Khalif dulu. Jiwanya berkecamuk. Atas sebab itu, dia menjauhi Izran. Namun Izran pula mahu terus mendekat.

“Saya tak perlukan gambar awak untuk hilangkan rindu.” NAURA IZDIHAR

“Saya tahu, gambar saya tak akan hilangkan rasa rindu awak pada abang saya. Tapi saya juga tahu yang awak tak akan padam gambar saya tu.” IZRAN HILMAN

Puas mengelak dengan berbagai alasan sudahnya dirinya diikat. Kononnya berikat dengan bersyarat. Namun syarat terbubar kerana ianya tak mengikut syariat.  Bila tiada keputusan dapat dibuat, dia hanya mampu menerima bila ada yang mahu mengambil tanggungjawab.

Cinta Naura Izdihar hanya untuk Khalif Azhan. Itu sesuatu yang dia amat pasti. Namun mampukah Naura mempertahankan cintanya pada lelaki itu bila Izran Hilman bersungguh-sungguh cuba menawan hatinya? Bagaimana harus dilawan aturan takdir yang telah tertulis untuknya? Tegarkah Naura meminggirkan janjinya untuk terus setia?


Tak cukup lagi???? Takpe.. kita tambah sikit lagi.


“Awak nak apa ni?”
“Saya nak awak!”
“Kalau nak saya, kenapa sejak semalam buat tak tahu pada saya?”
“Awak marah ke bila saya buat tak tahu pada awak?” 
“Eh.. taklah. Saya suka. Buatlah selalu.” 

“Take care, Naura! Ada jodoh nanti kita jumpa lagi.”

Hah... Jodoh? Oh.. tolonglah! Kenapa dia tidak menggunakan perkataan  rezeki saja? Tapi.. jodoh itu juga kan rezeki?  Kenapa aku perlu serabutkan kepalaku hanya untuk mentafsir sepatah kata itu? Adakah benar bagai dikata yang aku sebenarnya sedang menipu diriku sendiri.

“Saya tak pernah berniat untuk jadi pengganti dia. Tapi saya nak berada bersama Naura di waktu Naura sedih kerana dia.  Juga di waktu Naura boleh kembali tersenyum kerana saya.” 

Cukup dululah ya :)

Untuk mengetahui keseluruhan kisah Naura Izdihar, Khalif Azhan dan Izran Hilman, bolehlah mendapatkan novel Bukan Teman Pengganti terbitan Alaf 21. Pra-pesanan telah dibuka untuk pembelian di laman Karangkraf Mall. Ada potongan harga menarik sebanyak 30% buat pembeli yang membuat tempahan awal. Bagi pembaca dan peminat novel yang berminat untuk mendapatkannya, bolehlah membuat pesanan untuk novel Bukan Teman Pengganti ni.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.      

10 comments:

idzwa kamaruddin said...

Nak beli! setiap buku keluaran akak ade dalam simpanan saya ;) saya peminat setia akak!

Hanis Azla said...

As-salam..

In shaa ALLAH.. boleh Izwa.. Terima kasih banyak atas sokongan.. Akak sangat-sangat menghargainya..

Kakzakie Purvit said...

Tahniah dulu dari kakak.
Akhirnya keluar dah novel ke3 Hanis
Tak lama pasti akan sampai JB juga ni - kakak dan anak-anak membaca novel-novel Hanis.

Hanis Azla said...

As-salam Kak Zakie..

Alhamdulillah.. Syukur.. Akhirnya kan kak. Terima kasih banyak buat Kak Zakie dan anak-anak atas sokongan.. Saya sangat menghargainya.

alin said...

tahniah kak untuk novel baru ni :) Nanti alin dapatkan

Acik Erna said...

Tahniah Hanis..

Hanis Azla said...

As-salam Alin,

Alhamdulillah.. terima kasih banyak Alin atas sokongan.


As-salam Acik Erna,

Alhamdulillah.. Terima kasih Acik

Anonymous said...

Saya mencari buku Takdir Fitrah Terindah... kalau ada yg nak jual mohon whatsapp 0129081772. Terima kasih

Hanis Azla said...

As-salam Anon,

Minta maaf, novel saya takde novel Takdir Fitrah Terindah. Di krangkraf pun sudah kehabisan stok. Minta maaf ya.

ezan idma said...

Wahh tahniah sis