Tuesday, August 27, 2019

Makan aiskrim di MyKori, Bangi...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Semalam, pagi-pagi lagi seorang teman dah angkat tangan mendoakan kemurahan rezeki buatku. Waktu sedang lepak dalam kereta sambil  nak menghabiskan dengar motivasi pagi di IKIM FM, dia datang mengetuk cermin tingkap kereta. Selepas memberitahu hajatnya dia  mendoakanku. Allahu.. Hati rasa sebak dibuatnya. Semoga ALLAH juga memberi kemurahan rezeki buatnya. Doa yang baik-baik dari orang lain untuk kita selalu membuatkan hati jadi tersentuh. Terima kasih ALLAH untuk hadiah yang indah di pagi hari.

Hari sabtu aku ke majlis perkahwinan anak teman pejabat lama. Persahabatan selama 25 tahun membuatkan hubungan kami jadi sangat rapat walaupun semenjak sepuluh tahun kebelakangan ini sangat jarang kami bertemu. Kembali bertemu kami saling meluah rasa rindu. Di majlis tersebut rasa seronok bila dapat berjumpa  dengan teman-teman lama yang lain. Teman-teman yang tidak lagi berada dekat di mata. Tapi mereka-mereka itu  masih  berada dekat di hati. Teman-teman yang baik memang sentiasa punya tempat yang istimewa di hati.


Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, selfie and closeup
Alhamdulillah.. Dating berdua.
Anak-anak susah sangat kalau nak di ajak ke majlis kenduri. Kalau majlis keluarga memang mama ayah paksa. Tak mahulah sampai tak kenal saudara. Tapi kalau majlis kawan-kawan kalau tak nak ikut pun mama ayah tak mahu nak paksa. Sebab tahu, mama ayah selalu excited kalau jumpa kawan-kawan lama. Nanti anak-anak bosan pulak menunggu he..he.. Jadi mama ayah pun ambil peluanglah dating berdua.

Selesai di majlis perkahwinan kami menghantar kereta untuk diservis pula. Sejak pagi aku sudah memberitahu en.asben yang aku teringinkan aiskrim di kedai hadapan rumah. Dah terlanjur ada masa sementara menunggu kereta siap diservis, kami ke kedai aiskrim tersebut. Kedai aiskrim tu pun cumalah di seberang jalan aje. Sebab anak-anak pun dah pernah makan aiskrim kat situ jadi takdelah rasa bersalah kalau mama ayah pergi berdua. 


Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, selfie and closeup
Alhamdulillah.. Dia yang ALLAH pinjamkan. Terima kasih ALLAH.
Ada yang takut nak pamerkan kebahagiaan. Takut kalau ada apa-apa yang tak sepatutnya berlaku nanti orang akan berkata. ALLAHU..  Siapa yang tak takut kepada apa-apa yang buruk dalam sebuah perhubungan? Minta dijauhkan hendaknya.. Aamiin. Tapi aku selalu mahu fikir positif tentangnya. Bukan mempamer atau menyorok kebahagiaan itu penentu segalanya. Kita hidup untuk waktu yang kita ada sekarang. Bukan untuk masa lalu yang sudah berlalu atau masa hadapan yang masih belum tentu. Sebagaimana kita mahukan hubungan orang lain berjalan dengan baik kita juga mengharapkan perkara yang sama untuk kita dan pasangan. Harap-harap orang lain juga mendoakan yang terbaik untuk hubungan kita dengan pasangan. Kita sendiri tak tahu berapa lama ALLAH pinjamkan sesebuah kebahagiaan itu untuk kita. Semoga ALLAH terus pinjamkan till Jannah.. In shaa ALLAH. Selagi masih dipinjamkan, raikan sebaiknya. Bila dah jadi sejarah, nak mengenangnya pun akan jadi payah. Sementara masih jadi hak kita, pertahankan sebaik dan semampunya. Selain  itu, serahkan semua kepada ALLAH. Percayalah dengan yakin, apa yang ALLAH takdirkan jadi milik kita akan kekal jadi milik kita. Jika bukan hak kita, sekuat mana pun kita pertahankan, tanpa izin ALLAH ianya takkan berlaku seperti apa yang kita mahu. Semoga ALLAH sentiasa merahmati  dan memberkati hubungan kita dan pasangan till Jannah. Aamiin.. In shaa ALLAH.

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting and food
Love at the first sight. No! I'm not talking about us hahaha..
Ini kisah cinta pandang pertama kami pada aiskrim MyKori.
Seriusly pada kami aiskrim kat MyKori ni sangatlah sedap. Not too sweet. Tekstur ice shavenya sangatlah lembut. Dalam aiskrim tu pun tengah-tengahnya ada filling. Eh.. Sedaplah!

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting, food and indoor
Buktinya.. 
Esoknya kami repeat lagi hehehe.. Kalau tak sedap takkan nak repeat kan? 
Kali ini kami try yogurtnya jugak. Pun sedap. Nyum.. nyummm.

Image may contain: 6 people, people sitting
Kali ni mama ayah bawa anak-anak sekali. Perasaan normal ibu bapa. Kalau makan mana boleh tak ingat kat anak-anak. Walaupun seronok makan berdua tapi hati tetap teringatkan anak-anak. Jomlah anak-anak. 
Alhamdulillah.. terima kasih ALLAH atas setiap rezekimu untuk kami nikmati.

Image may contain: 3 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting, people eating and food
ALLAHU.. sedapnya aiskrim kat MyKori ni. 
Rasa macam nak makan aiskrim ni hari-hari. Kalaulah hari-hari, hari gaji he..he.. Tapi kalau hari-hari hari gaji pun makan kena selalu beringat. 
Betul tak? 

Image may contain: Azwa Kamar and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling
Nenek dan Han.. Kita bawa nenek makan aiskrim sekali.
Kedai MyKori ni selalu full house tau. Kena order terus di kaunter. Nanti dah siap, keluar nombor order kita di skrin kecil sebelah kaunter. Pergilah ambil aiskrim kita tu di kaunter.  Kalau nak air kosong pun ada disediakan di situ. Konsepnya ambil sendiri juga. Kalau di Bangi, kedai MyKori ni kat area Menate Steakhouse. Kedai MyKori ni di tingkat 1. Aku nampak, semua pekerjanya orang kita. Itu yang rasa lagi best tu. 

Image may contain: 4 people, people sitting
Seronok tengok anak-anak seronok makan aiskrim. 
Sebenarnya anak-anak biasa-biasa aje. Mama ayah yang lebih excited dengan aiskrim MyKori ni hehehe.. 

Image may contain: 2 people, people sitting
Nanti ada rezeki kita makan lagi kat sini ya.

Image may contain: Zaiton Fakeh, sitting and food
Alhamdulillah.. Emak masih sihat nak makan aiskrim. 
Sesekali bolehlah. Kalau selalu naik pulak bacaan gula nanti. 
Semoga ALLAH terus rezekikan emak dengan kesihatan yang baik.. Aamiin.

Cukup sampai di sini dulu. Jom kita sama-sama banyakkan berselawat dan berzikir. Sampai jumpa lagi!

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Thursday, August 22, 2019

I.O.U - Lee Greenwood..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Thank you ALLAH. Thank you ALLAH. Thank you ALLAH.

Thank you so much love. I love it so much. Much Love.


I.O.U - Lee Greenwood
You believe that I've changed your life forever
And you're never gonna find another somebody like me
And you wish, you had more than just a lifetime
To give back all I've given you and that's what you believe

But I owe you the sunlight in the morning
And the nights of honest loving that time can't take away
And I owe you more than life now, more than ever
I know that it's the sweetest debt I'll ever have to pay

And I'm amazed when you say it's me you live for
You know that when I'm holding you, you're right where you belong
And, oh my love, I can't help but smile with wonder
When you tell me all I've done for you 'cause I've known all along

That I owe you the sunlight in the morning
And the nights of honest loving that time can't take away
And I owe you more than life now, more than ever
I know that it's the sweetest debt I'll ever have to pay

Oh, I owe you the sunlight in the morning
And the nights of honest loving that time can't take away
And I owe you more than life now, more than ever
I know that it's the sweetest debt I'll ever have to pay 

Image may contain: 5 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling
Image may contain: 5 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting and selfie
Much love. Love, Mama.

Salam hormat untuk semua.. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Sunday, August 18, 2019

Kebaikan balasannya kebaikan juga..

Assalamualaikum..


Salam hari minggu buat semua. 

Seminggu dah cuti sekolah. Esok dah buka sekolah. Akan bermulalah kembali rutin sibuk seperti biasa. Sepanjang cuti sekolah ni emak ada di rumah. Jadi hari-hari balik kerja emak dah siap tolong masakkan. Aku pulak waktu beli barang untuk masak lauk raya hari tu aku beli sekali stok lauk untuk sepanjang minggu. Bila barang masak dah penuh peti ais emak pun seronoklah nak memasak. Kalau emak masak, apa aje yang tak sedap. Bila makan sedap resultnya apa? Dahlah semalam makan sedap kat 2 kenduri kahwin. Hah.. apa resultnya? Ya.. Berat aku naik sikit huhu. So pagi tadi waktu beli breakfast aku tak beli breakfast untuk diri sendiri. Beringat! beringat!! Nak turun susah. Nak maintain lagi payah. Semoga ALLAH izinkan aku untuk terus istiqamah. Aamiin.

Petang jumaat balik kerja macam biasa. Tak ambil anak sekolah, tak perlu nak balik masak. Jadi aku santai-santai aje memandu. Dalam santai-santai masih rasa terganggu juga bila di persimpangan jalan ada kereta yang menyocok nak masuk. Kalau nak masuk satu-satu tak apa juga. Ini nak masuk sekali sampai tiga kereta. Macam tak menyempat aje gaya semuanya sampai tak boleh nak tunggu giliran. Malas nak serabut aku berikan aje laluan untuk ketiga-tiga kereta tersebut. Sebaik ketiga-tiga kereta itu masuk aku ucap ALHAMDULILLAH. Semuanya berlaku dengan izin ALLAH.

Kalau ikut kata aku, bila kereta-kereta itu dah berada di hadapanku tentulah aku akan berada di belakang mereka. Tapi itu kata aku. Kata ALLAH, setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga. Disebabkan laluan di hadapanku penuh dengan kereta-kereta lain untuk ke persimpangan Bangi, aku terpaksa ke lane sebelah kanan yang kosong agar keretaku tidak menganggu laluan kereta lain yang mahu terus ke arah Kajang. Tak disangka, disebabkan hal itu keretaku dapat berada di hadapan dan meninggalkan kereta-kereta yang berada di hadapanku tadi cukup jauh di hadapan kerana kereta mereka stuck di belakang lori yang pergerakannya terlalu perlahan.

ALLAHU.. saat itu aku tersedar. Thank you ALLAH. PetunjukNYA datang dalam pelbagai cara. Janji ALLAH itu benar. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga. Jangan pernah takut untuk membuat kebaikan. Tak pernah rugi orang yang berbuat baik. Aku tulis kisah ini di sini untuk peringatan diriku sendiri. Ada masa aku sendiri takut dan berkira nak berbuat baik. Kisah-kisah begini akan membuatkan aku selalu beringat untuk selalu berbuat baik. Tak kira di mana. Tak kira kepada siapa. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua.. In shaa ALLAH.

Okeylah.. sampai sini dulu. Nak turun masak untuk lunch. Sekejap lagi nak hantar Is balik kolej dengan en.asben. Hari ini mama nak masak sambal tumis udang. Ada dori fillet juga tu. Ingat nak masak butter milk. Sedap ke tidak ya fish dori buat masak butter milk? Takpelah kita try. Tak cuba tak tahu kan? Mama bagi keluarga tersayang makan kenyang-kenyang dulu sebelum mama ayah keluar hantar Is  balik. Ada lauk lebih mama boleh bekalkan lauk untuk Is makan malam sekali. 

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Tuesday, August 13, 2019

Tasbih yang hilang..

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha buat semua. Masih bercuti lagi ke tu? Hehe.. Selamat bercuti untuk yang masih menghabiskan cuti. Selamat bekerja untuk yang sudah berkerja. Musim raya haji ni musim makan daging korban kan. Sejak malam tadi entah kenapa kepala rasa pusing. Tak pastilah sebab banyak makan daging atau apa? Sebab selalunya okey aje kalau makan daging. Mungkin faktor umur yang menyebabkan badan dah tak sekuat dulu. Alhamdulillah.. diberikan peringatan untuk lebih menjaga permakanan. Semoga aku dan keluarga serta kita semua terus direzekikan dengan kesihatan yang baik sehingga ke hujung usia.. Aamiin.. In shaa ALLAH.

Wow.. Tajuk entry  macam tajuk drama hehe.. Tapi ini bukan cerita drama. Ini hanyalah perkongsian tentang kisahku beberapa tahun yang lalu. Yang baik boleh diambil sebagai pengajaran. Yang buruk mohon ditinggalkan dan aku mohon dimaafkan.

Sejak dulu, kalau duduk saja-saja emak memang suka berzikir sambil memegang tasbih. Pantang tasbihnya hilang, pasti riuh mulut emak bertanyakan tasbihnya. Tak senang duduk emak dibuatnya. Memang satu rumah dikerah untuk mencari tasbih yang hilang itu. Waktu dulu aku selalu terfikir, kenapa emak kalut sangat jika tasbihnya hilang. Bukankah emak masih boleh berzikir tanpa tasbih dan tasbih juga bukan syarat wajib untuk berzikir! Tasbih hanyalah alat untuk kita membilang zikir yang dibaca. Tanpanya kita masih boleh membilang jari untuk berzikir. Tapi setiap kali tasbih emak hilang, emak akan kalut. Anak cucu emak akan ikut kalut mencarikan tasbih yang hilang itu.

Sehinggalah suatu hari, aku yang jumpa tasbih emak di celah kerusi. Waktu tu emak berada di bilik. Aku pula sedang menonton tv. Jadi aku fikir biarlah aku pegang saja tasbih emak itu sementara emak di biliknya. Jadi aku teruskan menonton tv. Sambil menonton tv, tanpa sedar jari jemari begitu asyik bermain dengan biji-biji tasbih. Sambil jari membilang biji tasbih, mulut pula dengan sendirinya ikut berzikir. Kalau selalu jika menonton tv, aku sekadar mendapat hiburan. Hari itu, aku menonton tv sambil dapat berzikir berkat tasbih yang ada di tangan. ALLAHU.. Ada hikmah rupanya aku yang menjumpai tasbih emak hari itu di celah kerusi. Saat itu barulah aku tahu mengapa emak selalu kalut setiap kali tasbihnya hilang.

Benar, tanpa tasbih kita masih boleh berzikir. Benar, biji tasbih hanyalah alat untuk membilang zikir yang dibaca. Itu apa yang aku fikir. Tapi rupanya dengan tasbih di tangan, kita lebih beringat untuk berzikir. Dengan tasbih ditangan, kita akan lagi khusyuk dan seronok untuk berzikir. Tak semua orang direzekikan hatinya sentiasa dapat mengingati ALLAH. Tapi kita boleh berusaha untuk dapat selalu mengingati ALLAH bila kita ada cara untuk mengingatinya. Untuk aku, hamba ALLAH yang selalu lalai dan leka, seperti emak, aku juga perlukan tasbih untuk aku mengingatiNYA. ALLAHU.. petunjuk ALLAH datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH.

Alhamdulillah.. Tahniah untuk kalian yang masih boleh berzikir tanpa tasbih. Aku sangat kagum. Aku sendiri  memerlukan tasbih di tangan agar aku tidak lupa untuk berzikir. Dengan adanya tasbih digital, semakin ramai yang memegang tasbih di tangan. Tak perlulah kita rasa yang mereka itu mahu menunjuk alim. Mungkin mereka juga sedang berusaha agar dapat selalu mengingati ALLAH. Tasbih menjadi alat untuk tujuan itu. Semoga kita semua dapat selalu berzikir dengan tasbih mahupun tanpa tasbih. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita.. in shaa ALLAH.

Image may contain: 5 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, closeup
Kita, emak kita, anak kita dan adik kawan kita.
Gambar 2016 bersama emak. Tapi baru-baru ni keluar balik kat memory FB. Jadi kita simpan kat blog pula sebagai kenangan. 

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...