Sunday, August 18, 2019

Kebaikan balasannya kebaikan juga..

Assalamualaikum..


Salam hari minggu buat semua. 

Seminggu dah cuti sekolah. Esok dah buka sekolah. Akan bermulalah kembali rutin sibuk seperti biasa. Sepanjang cuti sekolah ni emak ada di rumah. Jadi hari-hari balik kerja emak dah siap tolong masakkan. Aku pulak waktu beli barang untuk masak lauk raya hari tu aku beli sekali stok lauk untuk sepanjang minggu. Bila barang masak dah penuh peti ais emak pun seronoklah nak memasak. Kalau emak masak, apa aje yang tak sedap. Bila makan sedap resultnya apa? Dahlah semalam makan sedap kat 2 kenduri kahwin. Hah.. apa resultnya? Ya.. Berat aku naik sikit huhu. So pagi tadi waktu beli breakfast aku tak beli breakfast untuk diri sendiri. Beringat! beringat!! Nak turun susah. Nak maintain lagi payah. Semoga ALLAH izinkan aku untuk terus istiqamah. Aamiin.

Petang jumaat balik kerja macam biasa. Tak ambil anak sekolah, tak perlu nak balik masak. Jadi aku santai-santai aje memandu. Dalam santai-santai masih rasa terganggu juga bila di persimpangan jalan ada kereta yang menyocok nak masuk. Kalau nak masuk satu-satu tak apa juga. Ini nak masuk sekali sampai tiga kereta. Macam tak menyempat aje gaya semuanya sampai tak boleh nak tunggu giliran. Malas nak serabut aku berikan aje laluan untuk ketiga-tiga kereta tersebut. Sebaik ketiga-tiga kereta itu masuk aku ucap ALHAMDULILLAH. Semuanya berlaku dengan izin ALLAH.

Kalau ikut kata aku, bila kereta-kereta itu dah berada di hadapanku tentulah aku akan berada di belakang mereka. Tapi itu kata aku. Kata ALLAH, setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga. Disebabkan laluan di hadapanku penuh dengan kereta-kereta lain untuk ke persimpangan Bangi, aku terpaksa ke lane sebelah kanan yang kosong agar keretaku tidak menganggu laluan kereta lain yang mahu terus ke arah Kajang. Tak disangka, disebabkan hal itu keretaku dapat berada di hadapan dan meninggalkan kereta-kereta yang berada di hadapanku tadi cukup jauh di hadapan kerana kereta mereka stuck di belakang lori yang pergerakannya terlalu perlahan.

ALLAHU.. saat itu aku tersedar. Thank you ALLAH. PetunjukNYA datang dalam pelbagai cara. Janji ALLAH itu benar. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga. Jangan pernah takut untuk membuat kebaikan. Tak pernah rugi orang yang berbuat baik. Aku tulis kisah ini di sini untuk peringatan diriku sendiri. Ada masa aku sendiri takut dan berkira nak berbuat baik. Kisah-kisah begini akan membuatkan aku selalu beringat untuk selalu berbuat baik. Tak kira di mana. Tak kira kepada siapa. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua.. In shaa ALLAH.

Okeylah.. sampai sini dulu. Nak turun masak untuk lunch. Sekejap lagi nak hantar Is balik kolej dengan en.asben. Hari ini mama nak masak sambal tumis udang. Ada dori fillet juga tu. Ingat nak masak butter milk. Sedap ke tidak ya fish dori buat masak butter milk? Takpelah kita try. Tak cuba tak tahu kan? Mama bagi keluarga tersayang makan kenyang-kenyang dulu sebelum mama ayah keluar hantar Is  balik. Ada lauk lebih mama boleh bekalkan lauk untuk Is makan malam sekali. 

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

3 comments:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah

Hanis Azla said...

As-salam Warisan Petani,

Alhamdulillah.. Syukur

Susan said...

I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest ...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...