Thursday, September 5, 2019

Selamat tahun baru hijrah 1441..

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah. Selamat tahun baru hijrah 1441 buat semua. Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH untuk setahun lagi yang telah berlalu. Pahit, manis, masam, kelat, tawar semuanya sudah dilalui. Itulah hakikat kehidupan dunia.  Tiada yang kekal. Semuanya hanya sementara. Bahagia sementara, duka juga sementara. Nikmati saja kehidupan kita sebaiknya. Waktu bahagia, tingkatkan kesyukuran dan kesabaran. Waktu duka, tingkatkan kesabaran dan kesyukuran. Semoga berkat tahun baru ini kita semua terus dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH.. Aamiin Ya Rabb.

Alhamdulillah.. seronok betul bila dapat cuti 3 hari. Rasa segar badan dapat rehat lama sikit walaupun biasalah kalau  duduk  di rumah mana nak dapat betul-betul rehat pun. Tapi rumahlah tempat paling best untuk aku. Sebelum cuti dah plan taknak masak waktu cuti hahaha.. Nak makan luar or order food panda aje. Konon nak betul-betul berehat. Tapi petang jumaat en.asben dah awal-awal request minta buatkan kek labu sebab mertua ada bagi 2 biji labu yang pakcik tanam sendiri dari kampung. Katanya bubur labu atau masak sayur labu dah biasa. Baiklah sayang. In shaa ALLAH.. Mama buatkan.

Malam merdeka tepat pukul 12 tengah malam berdentum dentam bunyi bunga api kat depan rumah. Alhamdulillah.. walaupun tak keluar menyambut merdeka, dapat juga tengok bunga api yang cantik dari tingkap bilik. Esoknya dah alang-alang nak buat kek labu di hari merdeka jadi mood rajin memasak pun datang. Alhamdulillah.. Kalau untuk suami, anak-anak dan keluarga, mintalah apa saja. In shaa ALLAH.. semuanya boleh dan sedaya upaya mahu diusahakan sebaiknya kerana ALLAH. Sebelum masak sempat sapu dan mop rumah dulu atas bawah, depan dapur. Sidai kain dan sapu porch sekali. Waktu cutilah baru betul-betul dapat membelai rumah. Rumah dah bersih rasa lagi bersemangat nak masak. Alhamdulillah.. Semuanya dengan izin ALLAH.

Untuk sarapan pagi mama buat vanila pancake dan nasi goreng. Sedaplah pancake guna tepung pancake Noraini's. Nanti you all boleh try. Just add in telur dan minyak masak aje. Then masak atas pan. Kami makan dengan peanut butter. ALLAHU.. yummy. Siap semua orang makan, rehat sekejap terus masak untuk lunch. Hari tu mama masak salmon grill, buttermilk chicken, sambal telur dan sayur. Anak-anak tak suka sangat makan ikan. Tapi ikan salmon dia orang suka pulak. Lagi best ada kawan jual salmon kat ofis. Senanglah mama nak order. En.asben memang suka salmon. Sebelum ni cuma masakkan untuk en.asben aje. Bila tahu anak-anak suka semalam mama masak grill salmon belly. Memang habis dia orang makan. Kalau selalu masak lauk ikan lain mesti tak habis. 

Image may contain: food
Our Lunch.. Alhamdulillah.. 

Petangnya selepas solat zohor mama buat kek labu pulak. Nervous sebab first time buat. Sampai dalam solat pun mama berdoa semoga kek labu menjadi. Sesungguhnya hanya kepada ALLAH tempat kita memohon dan meminta. Sejam selepas tu rumah dah bau harum semerbak dengan kek labu. Alhamdulillah.. menjadi juga kek labu mama. Syukur.. Thank you ALLAH. 


Image may contain: food
My pumpkin cake special for my sayang.
Bila suami request, pandai ke tak pandai ke kena tunjuk pandai juga. Betul tak? Alhamdulillah.. ALLAH izinkan kek mama menjadi dengan baik. Rasanya pun sedap.  En. asben dan anak-anak suka. Tak sampai 4 jam, kek dah licin. Dia orang berulang makan. Resepi ambil kat google. Thank you untuk yang share resepi. Semoga ALLAH memberkati. Hari isnin mama buat lagi kek labu. (Sebab stok labu masih ada lagi). Kali ni en.asben request minta lebihkan labu. Mama guna resepi yang sama from google. Sebab labunya letak banyak, kek dah menjadi bingka labu yang lembut dan sedap. En.asben, emak dan anak-anak suka. Alhamdulillah.. Ada rezeki mama buat kek labu dan bingka labu untuk keluarga tersayang. Syukur. Takde apa yang berlaku tanpa izin dari ALLAH.
Thank you ALLAH.

Hari ahad kami balik Taiping sekejap. Memang betul-betul sekejap. Sebab betul-betul cuma pergi, makan dan balik. Memenuhi undangan majlis perkahwinan sepupu emak. Alhamdulillah.. ada rezeki dapat memenuhi jemputannya. Majlis mereka sebelum ini tak dapat nak hadiri. Baru kali ini kami dapat hadir. Pukul 7 lebih kami bertolak dari rumah. Alhamdulillah.. jalan clear walaupun kat  setiap RnR tetap padat dengan kereta dan orang. Mama dah siap-siap bawa bekal cucur udang 1 tupperware besar dan nasi goreng 1 tupperware kecil. Plus jajan-jajan juga biar en.driver tak mengantuk. Jadi tak perlulah kami singgah makan di mana-mana. Kami makan dalam kereta aje. Anak-anak dah kenyang perut sedaplah menyambung tidur. kami sampai Taiping dalam pukul 10 lebih. Sebab masih awal lagi kami terus ke pekan Taiping untuk makan cendol Bismillah. First time try sebenarnya. Alhamdulillah.. sedaplah juga cendol dan rojaknya. 

Selesai makan kami  terus ke rumah kenduri. Selesai makan kenduri dan berjumpa dengan kaum keluarga yang lain kami pun bertolak balik. Pukul 6 petang selamat sampai rumah. Malam kami keluar makan kat Big Tas Tea Jalan Reko. Kedai penuh. Masa menunggu sedikit lama. Tapi waktu menunggu tu kami isi dengan main crossword di handphone mama. Seronok tengok en.asben dan anak-anak berebut-rebut nak meneka. Alhamdulillah.. aktiviti ringkas pun boleh buat hati kita ceria dengan izin dari ALLAH. Dan nikmat ALLAH yang mana mahu kau dustakan? ALLAHU.. semoga aku dapat selalu menjadi hamba ALLAH yang selalu bersyukur dan bersabar.


Image may contain: food
Makanan di Big Tas Tea, Jalan Reko. Alhamdulillah.. Sedap. Lasagna dia sedap sangat.

Image may contain: 1 person, eating, sitting and food
Kalau makan sambil tutup mata tu maknanya sedaplah kan hehe. 
Memang sedap chicken wing dia. Pedas berapi.

Image may contain: 3 people, people smiling, people eating, people sitting and food
Allahu.. Tak tahu kenapa rasa sebak bila tengok senyuman mereka.
Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH. Keceriaan mereka kebahagiaanku.

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing and people sitting
Mama ayah tumpang bergambar di meja makan pengantin.
Bunga-bunga tirai, bunga-bunga meja, bunga-bunga alas meja, bunga-bunga baju, bunga-bunga cinta. Yang komen di FB kata, hati berbunga-bunga tengok gambar ni he..he.. Iyalah dah banyak sangat bunga mestilah hati jadi berbunga-bunga. Semoga hati-hati kita semua selalu wangi seperti bunga.
Yang boleh merasa bahagia melihat kebahagiaan orang lain.. in shaa ALLAH.
Ya ALLAH.. jauhkanlah kami dari perasaan dengki, busuk hati, dendam, sakit hati, riak, ujub, angkuh  dan buruk sangka.. Aamiin.


Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting and indoor
FB keluarkan pulak memori gambar ni 8 tahun lepas.
Masukkan di sini sebab kebetulan ada persamaan antara 2 gambar ni. Gambar atas tu aku pakai baju yang kawan tolong belikan di Bandung. Gambar yang bawah ni waktu aku dan en.asben ke Bandung temankan sepupuku  Dr. Wawa di hari konvokesyennya. Alhamdulillah.. berat aku sekarang dah kembali seperti 8 tahun lepas. Syukur. Semoga aku istiqamah hendaknya menjaga pemakanan dan kekal dengan berat sekarang.. in shaa ALLAH.

Hari isnin dah sibuk dengan urusan anak-anak nak balik kolej. Cuti sem Han yang sebulan lebih dah tamat. Cuti hujung minggu Is pun dah tamat. Tengah hari selepas makan dan bekalkan makanan untuk anak-anak hantarkan emak dan anak-anak buah dulu balik ke Kajang. Selepas tu terus hantar Is ke Banting. Han memandu balik sendiri ke rumah sewanya. Balik rumah dapatlah berehat sekejap. Petang tu ada rehearsal untuk majlis jabatan. Nasib baik dekat aje. Jadi selepas solat asar barulah bergerak ke hotel. 

Image may contain: Hanis Azla Rafeah Salim, smiling, standing
Mengacarakan majlis perasmian esoknya di Hotel Tenera. 
Sebab ada kerja yang perlu dibuat di ofis terpaksalah masuk ofis dulu pagi tu  walaupun jarak rumah dengan hotel cumalah 5 minit aje. Pergi hotel naik kereta jabatan. Ada kemudahan, kita gunalah sebaiknya. 


Image may contain: 4 people, including Hamidah Binti Jantan and Zaza Hanim Mj, people smiling, people standing, suit and indoor
Bersama orang-orang penting majlis yang awesome. 


Image may contain: Hanis Azla Rafeah Salim, smiling, standing
Alhamdulillah.. majlis perasmian berjalan dengan lancar. Syukur.
YBM pun nampak bersemangat dalam ucapannya. Peserta pun nampak berpuas hati. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan oleh ALLAH.

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing and indoor
Bersama stage manager yang gojes Pn. Lady Effa. 

Image may contain: 4 people, including Halina Binti Abdullah, Hanis Azla Rafeah Salim and Zaza Hanim Mj, people smiling, people standing and indoor
Alhamdulillah.. permulaan tahun baru hijrah yang indah. 
Semoga ALLAH izinkan kehidupan yang indah buat kita semua till Jannah.. Aamiin.

Sampai sini dulu. Dah excited nak pergi Family Day bersama keluarga adik beradik emak esok. Semoga segalanya selamat, berjalan lancar dan dipermuahkan segala urusan.. in shaa ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

3 comments:

Warisan Petani said...

Salam maal hijrah

Hanis Azla said...

As-salam Warisan Petani,

Salam maal hijrah juga.

Susan said...

You got a nice blog post.Much thanks again. Really Great. Search your twitter DMs, mentions, likes and favorites, and timelines Twitter search.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...