Tuesday, October 22, 2019

October Love..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Hari yang indah. Hati yang ceria. Kenapa ceria? Cerialah kerana diizinkan ALLAH untuk menikmati lagi kehidupan untuk hari ini. Sedih-sedih sangat pun nak pergi mana, kan? Hidup hanya sekali. Jadi kita nikmatilah hidup kita sebaiknya. Habis tu macam mana dengan masalah? Cubalah tangani dengan sebaiknya. Kita kan ada ALLAH. Mengadulah hanya kepadaNYA. Selalu kena ingat, dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang. Masalah dari ALLAH. Hanya ALLAH juga yang dapat selesaikan masalah kita. Semoga ketenangan, kebahagiaan, keceriaan, kesyukuran, kesabaran, kemuliaan, kekayaan, kesenangan, kecemerlangan, ketabahan dan segala macam kebaikan akan menjadi milik kita semua.. in shaa ALLAH. Jom sama-sama kita rajinkan diri untuk berselawat, beristighfar dan berzikir. 

Oktober tahun ni jadualku sangat-sangat padat. Dengan kerja luar, dengan kursus, dengan kena berkampung di booth pameran jabatan di KUD 2019. Aktiviti keluarga pun sama padat juga. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan. Tugasan kerja dapat terlaksana dengan baik. Aktiviti keluarga pun tak semuanya terabai. Mana yang mampu dipenuhi cuba dipenuhi dengan sehabis baik. Terima kasih banyak pada en.asben atas sokongan dan bantuannya pada setiap masa. Paling penting sangat memahami akan tugasku. Jadi takdelah mama serabut nak buat kerja bila hal-hal anak dan rumah ada yang membantu. Terima kasih juga buat teman-teman sepejabat yang sangat awesome semuanya. Bila ada team yang bagus, setiap tugasan menjadi mudah dan dapat berakhir dengan jayanya. Syukur Ya ALLAH.

Ada orang tu baru balik Kursus Pengurusan Emosi. Itu yang semangat lain macam tu hehe.. Dapat memandang kehidupan dari sudut pandang yang lebih baik itu juga rezeki. Tarbiah sentap kadangkala perlu untuk buat kita jadi sedar diri. Apa yang penting kena fokus pada diri kita sendiri. Setiap apa yang berlaku tak pernah berpunca dari orang lain. Semuanya datang dari diri kita dan dari kesalahan kita. Tak perlu menunding jari pada orang lain. Jangan buang masa nak salahkan orang lain. Cari salah sendiri dan perbaiki! Tak rugi pun mengaku salah. Tak rugi pun walau kena mengalah. Alhamdulillah.. Semua yang ALLAH takdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita. Syukur Ya ALLAH. 

Ya Qhayyu, Ya Qhayyum.. Dengan RahmatMU aku mohon pertolongan. Perbaikilah seluruh hidupku. Janganlah KAU serahkan diriku kepadaku walaupun sekelip mata. Aamiin Ya Mujib.


Hujung minggu lepas outstation ke Penang. 


Terlibat untuk mengacarakan Majlis Perasmian Seminar Kepimpinan Wanita 
Zon Utara. 


Alhamdulillah.. Team yang best. Kawan-kawan yang baik.

Teman sebilik. Ironinya, birthday en.asben sama tarikh dan sama tahun dengan suaminya. Dahlah dua-dua orang Kajang. Dah lama kenal baru tahu. Bila kena outstation masing-masing keluar alasan yang sama, birthday husband!!!! 
Dah sama alasan dua-dua, kena kerja luar jugak. Alasan tak laku hahaha..
So on his birthday when I am away, mama arranged surprise delivery bouquet baloons and a box of brownies. Istimewa buat en.asben tercinta.

Awal Oktober kami ke Zoo Negara. Family Day ofis en.asben. Mulanya kami macam taknak pergi. Tapi bila fikir dah lama sangat tak ke zoo negara, jadi excited pulak nak pergi. Dapat juga keluar peluh satu keluarga berjalan dalam zoo ni. Animal shownya pun menarik. Kami terhibur. Alhamdulillah.. we have a great time in Zoo Negara. 

Zoo Negara. Here we come.
Kami berempat aje. Is tak balik minggu ni. Nak gantikan dengan Fareez dia pulak attend Seminar Bahasa Arab kat UPM. So mama, ayah, Han dan Az aje yang pergi. Gegirl and Hafiy ikut papa dia pergi Genting Highland. 


Bonding time mama, ayah, Han and Az. 

Nampak tak beza lelaki dengan perempuan. 
Pantang nampak kamera nak berbual pun hilang fokus. 
Jap.. jap sayang. Kita ambil gambar dulu. Sekejap lagi sambung cerita.


 Hah.. gitu hahaha

 Seronok tengok Harimau dan anak-anaknya bermain penuh manja. 

Yang ni pulak si manja ayahnya.  
Sebenarnya angkat tangan gitu sebab nak tiru gaya flaminggo tu.
Tapi bila snap gambar, semua flaminggo turunkan kepaknya pulak hahaha..

Besar betul harimau kat belakang mama tu. 
Spek mama tertinggal kat dalam kereta. Pergi zoo bawak kereta Han. Nasib ada spek anak dara tu dalam kereta dia. Mama pinjamlah pakai. Barulah terang mata nak tengok haiwan-haiwan di zoo.

Waktu tengok animal show MIL call beritahu nak pergi konvo Aimi, anak buah en.asben kat USIM. Kami tahu Aimi nak konvo. Tapi terlupakan tarikhnya. Dah tahu Aimi konvo hari tu, kami pun rasa nak pergi juga meraikan Aimi. Tukar plan semua. Cadangan asal lepas balik zoo nak pergi makan lobster. Entah kenapa teringin sangat nak makan lobster. Tapi family first. Perut nombor tiga belas pun tak apa hehe.. Lagipun makanan untuk lunch memang dapat hari tu from event ofis en.asben. Makanan untuk sarapan pun tak habis lagi. Kami makan itulah for lunch plus singgah Mc D juga makan ringan-ringan dalam kereta. Kiranya memang boleh sangatlah nak postponed dulu agenda "melobster" tu haha..  Sampai rumah, selesai lunch, solat zohor konon nak tidur sekejap. Tapi tak dapat tidur pun sebab rasa macam cepat benar jarum jam bergerak. Tahu-tahu dah pukul 3. Kena keluar awal sebab nak belikan something untuk Aimi. 

From us to Aimi with lots of love. 

Alhamdulillah.. elok saja kami sampai di USIM, Aimi pun baru keluar dari dewan. Seronok tengok wajah ceria semua orang yang graduate pada hari tu. Semoga kesemuanya terus cemerlang dunia akhirat. Berkumpullah kami ramai-ramai di luar dewan meraikan Aimi. Kejayaan memang untuk dirai. Doa auntie, semoga Aimi cemerlang dalam bidang pekerjaan. Semoga ada rezeki dapat sambung belajar lagi dan dapat kerja yang hebat-hebat selepas ini.. Aamiin Ya Mujib. 

Alhamdulillah.. Family photo of the day.

We are proud of you Aimi. 

Aimi, mama, atuk and nenek. 

Beautiful mama and Aimi.. 

 Ibu, Aimi and Ilman.

Aimi and Ana. Ana pun akan grad from UIA next month.  
Congratulation to both of you. Much love.

Shower me with your love.. 
Alhamdulillah.. Sampai tak cukup tangan Aimi nak pegang bunga dan belon. 
 No caption needed actually. Picture says it all. We love you Aimi.

Buah hati ayah.

Hari bouquet bunga kami sekeluarga. 
Mama dan Han pun dapat bunga dari nenek sebab kat situ ramai yang menjual bunga. Alhamdulillah.. Rezeki untuk peniaga, rezeki untuk penerima dan rezeki untuk kami juga. TQ emak.

Emak dan ayah. 
Mama dan ayah serta bunga dan mama.

 We love you Aimi.
Aimi dan Han sebaya. Dua-dua ada lesung pipit yang dalam diwarisi dari nenek.

Alhamdulillah.. Tahniah Aimi. 
Cantik sangat Aimi.

Seperti Oktober yang masih belum berakhir, ceritaku di bulan oktober ini juga masih belum tamat kisahnya. Kalau ikutkan hati, semuanya mahu disimpan disini buat kenangan. Makan-makan keluarga untuk meraikan Aimi dan sambutan harijadi en.asben, majlis pertunangan sepupuku Nora (sorry dik, Kak Nyah tak dapat datang waktu majlis kenduri kahwin), en.asben outstation ke Singapore dan mama sambut pula dengan outstation ke JB dan Pontian pulak  serta beberapa acara keluarga lagi. Tapi kekangan masa jadi batasan. Semoga ada rezeki untuk buat catatan sebagai kenangan. Oh.. sebagai kenangan, Is dah lulus ujian lesen memandu. Alhamdulillah.. Dah dua oranglah anak mama ayah boleh bawa kereta sendiri. Syukur Ya ALLAH. Rasa kerdil sangat diri dengan semua nikmat yang ALLAH pinjamkan. Semoga aku sentiasa menjadi hamba ALLAH yang selalu bersabar dan selalu beryukur. Aamiin Ya Mujib.

Salam hormat unutk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

2 comments:

Anonymous said...

Hai Sis, i really love you blog. Suka tengok family you, please update selalu.

Hanis Azla said...

As-salam..

Allahu.. Alhamdulillah.. Terima kasih awak. Saya sangat menghargainya.

Salam hormat,
Hanis Azla

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...