![]() |
http://www.adzriel.com/ |
Semalam dapat sms dari teman blogger ni. Teman blogger yang seorang ini adalah teman blogger yang pertama aku bersua muka. Sejak itu kami jadi rapat dan kerap juga kami bertemu. Pernah juga beberapa kali kami keluar makan bersama. Teman blogger ini antara yang banyak menyokong aku. Selalu saja aku, blogku dan novelku Takdir Fitrah Terindah dipromote secara langsung dan tidak langsung di blognya. Terima kasih banyak Kak Liza.
Sejak masuk tahun 2012 ini, blognya semakin sepi. Kalau tidak, setiap hari akan ada beberapa entry menarik darinya. Kesibukkan dengan kerja juga menguruskan anak-anak membuatkan Kak Liza tidak dapat meluangkan masa untuk update blognya seperti dulu setakat ini. Jadinya semalam, Kak liza ada minta tolong untuk sampaikan salamnya buat teman-teman blogger. Katanya, dia minta maaf kerana tidak dapat membuat kunjungan ke blog teman-teman. Aku pasti, tentunya Kak Liza merindui teman-temannya. Betul tak Kak Liza?
Untuk semua teman-teman yang mengenali Kak Liza@AdzrielAB, salam "sayang" darinya. Sayang tu aku tambah sendiri sebab aku tahu yang Kak Liza memang penyayang orangnya. Teman yang mengenali Kak Liza tentunya bersetuju denganku kan. Untuk Kak Liza, semoga segala yang akak lakukan mendapat keberkatannya. Take care kak. Andai ada masa dan kelapangan, bolehlah berkongsi cerita dengan kami lagi.