Nuffnang

Thursday, June 6, 2013

Goodies untuk majlis perkahwinan...

Assalamualaikum..

Hari ini nak cerita mengenai goodies untuk majlis. Rasanya kat rumah dah banyak paper bag comel dan beg isi goodies yang cute mute yang aku dapat bila ke majlis orang. Bila sedikit terasa ianya cukup berguna untuk isi apa-apa. Tapi bila dah banyak sangat rasa tak tahu nak buat apa pula. Sudahnya terpaksa buang juga benda tu semua walaupun rasa sayang. Tapi nak simpan tak tahu nak letak kat mana. Jadinya untuk majlis makcikku, aku dan adik-adikku mencadangkan agar makcikku  tak perlu  nak berhabis untuk beli beg-beg tu semua. Goodies pun tak perlu nak bagi dua tiga jenis tapi tak praktikal. Itu pun makcik aku risau. Takpe ke? Nanti orang cakap apa? Aku cakap tak perlu nak fikirkan apa orang akan kata. Yang penting apa yang kita ikhlas nak beri. Bagi apa yang perlu sudah. Untuk majlis sepupuku, sangat simple goodiesnya. Hanya telur dalam bekas untuk tetamu dewasa dan biskut bantal dalam tupperware apple lady untuk tetamu kecil. Ianya sangat ringkas dan aku sangat suka begitu.

Alhamdulillah ada rezeki untuk aku sponser 500 goodies untuk tetamu kecil. Sejak awal aku dah beli tupperware kecil apple lady tu. Seminggu sebelum majlis aku beli biskut bantal pula. Dua tiga hari sebelum  majlis baru masukkan ke dalam bekas mengelak dari biskut bantal tu lemau. Pada hari majlis ramai juga yang geram dengan bekas cute tu. Anak-anak seronok bila dapat. Orang dewasa pun ada yang nak minta yang itu boleh??? he..he.. Silalah ambil. Memang untuk tetamu pun. Elok saja pukul 5 memang bekas apple lady tu dah tak berbaki lagi. Pada aku yang simple lebih menarik. Tak perlu membazir untuk benda yang tak perlu dan akhirnya akan dibuang orang.


Simple aje kan...
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

14 comments:

Aku Ibu Muda said...

Yeahh...ini lah yg kita cari! Goodies nowaday byk bg yg merapu2 je...sudahnya bila dh byk sgt - ke tong sampah plak...huhuhuu

Angah said...

sangat praktikal, tidak membazir...

:: Mrs.Eady :: said...

cantik... :)

JunAina said...

Aina setuju sangat dengan pendapat Fea. Tak payah membazir kalau bab goodies ni yg penting makannya mesti best2.

Kakcik said...

Ringkas tapi berguna. :)

Dinas Aldi said...

Akak pun suka bekas Apple Lady tu, sangat berguna. Macam2 benda boleh isi, sangat praktikal :)

fazrulnoor said...

rajin n ada idea sdri

Fazlinil Irma said...

kita ni selalu dengar apa org kata. sedangkan Allah dah kata jangan membazir. :)

diana said...

saya pun tak suka bila dapat benda yang merapu je...bagi gelas kecik2 la,bagi sudu kecik warna emas yang untuk hiasan tu je..nak buat apa..bukan boleh pakai pun..sudahnya benda tu dok dalam laci je..tahun depan mula la nak buang tak pun bagi ank buat main..heheh

mama lieyna said...

Betul la... lebih praktikal n tidak membzir.. :-)

Tina Othman said...

Bestlah kak fea, berguna tu kekadang dpt mcm2 tu terbuang je

munna said...

simple tapi menarik juga.....

Anonymous said...

kak, nk tye..bekas telur bnga2 tu mne nk dpt?

Anonymous said...

do tell me thru this num ya :) 0109739432