Assalamualaikum..
Beberapa bulan sudah sewaktu aku pergi sukan sekolah anak aku, ada teman/jiran yang menegur. Katanya setiap kali berjumpa denganku, dia nampak kulitku kelihatan semakin cantik. Aku cuma tersenyum mendengarnya. Alhamdulillah, kulit mukaku memang tidak mempunyai banyak masalah. Jerawat masih lagi sesekali tumbuh. Tapi keadaan itu masih terkawal. Mungkin disebabkan itu, kulit mukaku masih nampak bersih. Walaupun kulit mukaku tiada masalah dan nampak bersih tapi itu bukanlah pengukur yang aku tidak mempunyai masalah kulit. Ini kerana kulitku memang jenis yang sensitif. Sewaktu temanku menegur itu sebenarnya aku sedang menghadapi masalah kulit di bahagian tangan. Kedua belah tanganku dari pergelangan tangan hingga ke lengan ditumbuhi dengan ruam. Faktor cuaca yang panas dan kering mungkin telah menyebabkan kulitku terkena alahan. Ruam halus dan ruam yang seperti gegata itu berselang tumbuh membuatkan aku selalu rasa tidak selesa. Sangat sengsara rasanya setiap kali rasa gatal itu menyerang. Berulang aku ke klinik. Macam-macam ubat yang aku dah makan dan sapu. Tapi kesannya tidak cukup berhasil. Rasa gatal seperti tidak berkurang.
Dalam pada bertahan untuk tidak menggaru, tapi akhirnya memang menggaru juga yang akan menjadi penawar yang cukup berkesan. Ianya juga yang akan memberi lebih rasa kelegaan. Tapi bila dah menggaru, pastinya akan menyebabkan kulit menjadi luka dan melecet. Bila dah luka dan melecet, parut pula yang akan tinggal di kulit. Jadi satu kerja pula untuk menghilangkan parut selepas itu. Bila dah menggaru kulit akan menjadi kering. Bila kulit kering, ruam-ruam yang gatal itu akan kembali datang. Akibatnya masalah alahan kulit itu jadi bertambah sukar untuk sembuh. Rasanya hampir 2 bulan lebih aku terpaksa berlawan dengan rasa gatal yang sangat merimaskan. 2 bulan juga aku bertahan untuk tidak menggaru tetapi masih gagal untuk bertahan. Memang mengaru juga yang akan menjadi ubat yang paling berkesan untuk menghilangkan rasa gatal. Lepas sedap menggaru aku akan rasa sedih sendiri bila kulit yang gatal jadi bertambah teruk dan kulit tangan kelihatan tak cantik. Dari sabun yang mahal sampailah sabun yang murah. Semua aku dah cuba. Losyen yang berjenama sehingga yang tiada jenama. Semua aku dah cuba sapu. Tapi gatal tetap gatal. Menggaru tetap menggaru. Sampaikan aku jadi stress dibuatnya. Ini kerana, kalau aku terus menggaru memang mustahil masalah kulitku akan kembali pulih seperti biasa. Bila dah menggaru memang mustahil kulitku akan jadi bersih tanpa cela dan parut.
Alhamdulillah, akhirnya aku jumpa penawar yang paling berkesan untuk menghilangkan masalah menggaru. Nama ubat tu Calazite Lotion. (Sori tak boleh pulak nak upload gambar). Rasa gatal tetap juga sesekali aku rasa tapi bila aku tidak menggaru, kulit yang gatal jadi lebih cepat untuk sembuh. Kulit yang kering jadi tidak lagi kering. Untuk aku, memang ubat ini yang cukup berkesan. Harganya pula murah. Dengan harga RM4.50 di farmasi depan rumahku. Ianya calamine losyen tapi dalam bentuk yang mudah untuk di sapu kerana ianya jenis yang roll-on. Kalau calamine losyen yang biasa memang ada rasa berangin. Tapi yang ini rasanya lebih hangat. Rasa hangat itu yang akan membuatkan kita tiada rasa mahu terus menggaru. Bila mula-mula sapu memang macam tak rasa apa kecuali ada cairan bedak putih yang melekat pada kulit. Tapi selepas seminit rasa hangat akan dirasa menghilangkan rasa gatal dan juga rasa untuk menggaru. Alhamdulillah, sekarang ini kulit tanganku sudah kembali pulih. Bila sesekali ada rasa gatal memang cepat-cepat aku akan sapukan dengan penawar ini sebelum menggaru menjadi penawar yang akan merosakkan kulitku.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
14 comments:
kak.. kalu boleh upload pic plez.. senang nak cr kat farmasi sama ngan akak pakai nnt.. :)
Salam yana..
insyaAllah.. nnt klu boleh upload akak upload..
elok juga simpan dirumah ni sis..kdg2 tu kalau mkn terlebih seafood..akan naik ruam gatal2 bwh ket**k...
ermm berguna gak ek lotion camtu, sy pun salu gak ke kampung halaman yg banyak nyamuk, leh arr carik satu.. sy try google ade la jumpe jenis yg Hanis cakap tu, kotak dia kaler pink ek...
Perkongsian yang bagus. Terima kasih Fea. :)
salam kak hanis, cuaca panas dan kering n jerebu skang ni lagilah mcm2 penyakit kan kak, alhamdulillah akak dah jumpa penawar..murahnya ubat tu kak :)
Kulit muka Hanis halus mulus, hehe..
Bagus juga Hanis berkongsi nama krim tu, nanti bila perlu boleh juga dicari.
Wahhh bagus ni!kalo ade gambar boleh la izwa try cari utk syahmi..
mudah2an getting ok n ok.. so kulit balik cantik dan mulus.. :-)
Akak pun nak cari jugak losyen macam ni..
isk memang seksa kan kak kalau dah gatal..sy pon ada alahan kulit..x blh kena benda besi..haritu belia jeans murahan butang besi dia kena perut sy habus tumbuh ruam..tp sy guna propolis utk hilangkannya
kak fea... area kegatalan izan pun dari pergelangan tgn sampai siku plus bahagian depan badan ni. aduhhh... kalau time naik2 ruam... memang menggaru je kerjanya. sampai melecet jugak.
Kak blh post utk sy takk..sy bayar..
As-salam SA aka Siti Aisyah,
InsyaALLAH.. kalau ada nnt akak boleh tolong poskan.. Boleh email akak untuk bagi alamat rafeahsalim@gmail.com
TQ
Post a Comment