Thursday, August 15, 2013

Balik raya...

Assalamualaikum..

Hari ini dah hari khamis. Alhamdulillah, minggu lepas di hari khamis kita menyambut hari raya. Hari rabu sebelum tu kami bertolak balik Taiping untuk beraya. Kami bertolak pada awal pagi. Pukul 3 lebih dah bangun dan bersiap. Tapi selepas itu ini hampir pukul 5 pagi baru bertolak keluar dari rumah. Sebab dah pukul 5 terpaksalah singgah bersahur terlebih dahulu. Beratur kat McD drive thru dekat setengah jam. Dapat aje makanan cuma ada 10 minit yang tinggal untuk makan. Apalagi.. makan laju-laju. Minum laju-laju. Fries tak sempat makan he..he.. 

Kami singgah di R&R sungai Buluh untuk solat subuh. Sebaik lepas solat en.asben dah mengantuk. Mana tidaknya, malam nak bertolak tu en.asben sakit tekak yang teruk. Bila sakit tekak badan pun rasa nak demam. Kesian dia. Tidur pun tak lena. Aku cakap takpelah kalau kita bertolak lambat pun. Tapi nak juga bertolak pagi-pagi untuk mengelakkan jalan sesak. Sudahnya baru sampai Sungai Buluh mata dah mengantuk. So aku take over. Tapi aku pun hampas juga. Baru sampai Rawang mata aku pun mengantuk sama he..he.. Okey takpe. Kita berhenti lagi untuk tidur di R&R Rawang. 

Sedar-sedar dah pukul 8. Masa tu segan sendiri dengan orang yang lalu-lalang kat sebelah kereta. Tentu orang ingat kita orang ni dari JB agaknya sebab mengantuk sampai tertidur-tidur. Padahal dari Bangi aje ha..ha.. dekat bebenar. Bila mengantuk dah hilang aku kembali memandu. Alhamdulillah jalan lancar. Tapi sampai kat mana entah aku mengantuk balik. En.asben pulak take over sampai Taiping. Sampai Taiping pukul 10 pagi. Sampai-sampai emak, makcik, adik dan sepupu tengah sibuk memasak. Tolonglah sikit-sikit apa-apa yang patut sebelum mengantuk balik. Bangun pagi sangat kata he..he.. Semua orang pun faham. Tidurlah aku lagi dengan senang hati.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

11 comments:

Anonymous said...

Selamat hari raya kak fea, oh raya di Taiping ke

Fieza79 said...

Rya kt taiping ye...Fieza org kulim brya pn kt kulim..xde rsa suasana nk blk brya mredah jln jem hihi...

Izwa Kamaruddin said...

Seronok kannn balik kg :) izwa xde kg!

Eye_nee said...

Best nya ada kg kannnn....Selamat Hari raya Sis..Maff Zahir dan Batin..

ummiross said...

hehe..nasib baik Hanis dah yakin memandu kan, boleh juga bergilir2.
Ummi tahun ni ada 3 driver, gilir2 ayahnya dengan 2 anak bujang, 'Mem Besar' tidur dengan aman kat seat belakang, hehe..

JunAina said...

Aina bertolak balik Perlis hari Selasa kenalah balik awal kesian mak dok bertungkus lumus kat dapo sensorang.

aizamia3 said...

selamat Hari Raya Aidilfitri buat Hanis dan keluarga.. ;)

Cho Zila said...

kitapun balik hari rabu seawal selepas sahur gak.. sahur siap2 kat kedai gak... suami memang surrender kitalah yang bawak kete sorang2...

mamaarifakeemaisy said...

Hehe..
Ragam nak balik raya.. :-)

Tahun ni tak merasa kesesakan jln raya, sbb balik pg raya ke selatan.. :-)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

selamat hari raya hanis..bsb balik lenggong, perak.

Lydia Miza said...

Kalau dah mgantuk tido je lah kan kl fea. Dari merbahaya kan diri..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...