Friday, August 2, 2013

Ceria dan berseri-seri wajahnya...

Assalamualaikum..

Subhanallah.. sangat indah bila mendengar berita tentang kematian seorang siak surau petang semalam. Tentu teman-teman juga ada mendengar tentang berita tersebut.   Alhamdulillah.. arwah antara insan terpilih. Kematiannya sangat indah. Meninggal dunia saat sedang bersujud di dalam solat, di dalam rumah ALLAH dan di dalam bulan ramadhan yang penuh mulia.. Allahuakbar.. Beruntungnya arwah. Semoga kematian kita semua juga dalam cara yang mulia seperti beliau.. InsyaAllah.. 

Tengah hari tadi, pada waktu rehat aku balik ke rumah. Bila dah balik rumah tentulah ambil peluang untuk tidur. Dalam tidurku aku termimpikan arwah ayah. Subhanallah.. arwah ayah nampak sungguh ceria dan wajahnya kelihatan berseri-seri. Setiap kali aku termimpikan arwah ayah, pastinya aku dalam keadaan yang cukup maklum bahawa ayah memang sudah tiada. Tapi aku selalu rasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu dengan arwah ayah di dalam mimpi. Setelah 28 tahun arwah ayah meninggal dunia cuma beberapa kali saja aku dapat bermimpikan arwah ayah. Kali ini bila aku termimpikan arwah ayah pada petang jumaat  di dalam bulan ramadhan yang mulia,  aku rasa cukup bersyukur.. Alhamdulillah. Semoga arwah ayah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

8 comments:

Dr K said...

Al Fatihah buat arwah ayah..

Ya, saya ada mendengar kisah siak masjid yg meninggal tu..Insya Allah...khusnul khotimah pengakhiran beliau...Moga kita semua tergolong dlm golongan sebegini...

Dinas Aldi said...

Al-Fatihah buat arwah ayah Hanis & juga buat arwah siak masjid tersebut.

mrs said...

Al-Fatihah untuk arwah ayah Hanis, semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.

ummiross said...

Sunhanallah, pengakhiran yang baik buat arwah siak surau tu.Moga ditempatkan bersama para solihin.

Dapat jumpa dalam mimpi pun terubat juga rindu kan Hanis.

Ummi sedekahkan AlFatihah untuk arwah ayah Hanis dan semua muslimin dan muslimat yang telah kembali kepadaNYa.

azieazah said...

Betul, bila orang tersayang sudah tiada, dapat jumpa dalam mimpi pun sangat la rasa seronok. Perasaan tu lain...

Semoga mereka yang telah pergi, ditempatkan di sisiNYA, aman dan tenang di sana.

mamaarifakeemaisy said...

Alfatihah buat arwah ayah..

Nini D.. said...

Al-Fatihah untuk mereka kak..

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kak dari nini :)

wahida said...

saya pun rindu arwah ayah saya kak...

Al Fatihah buat mereka...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...