Assalamualaikum..
Hari sabtu lepas kami keluar membeli barangan dapur dan sedikit lagi barangan untuk persiapan raya. Kononnya nak pergi Alamanda. Tapi rasa malas pulak. Akhirnya cuma membeli belah di Bangi saja. Untuk barangan raya tak beli apa pun setakat beli sandal untuk anak-anak bujang aku. Tahun ni aku memang dah malas nak beli kasut raya untuk dia orang berdua. Dah dua tahun dah aku beli kasut raya tapi pakainya tidak. Setiap kali nak pergi beraya, kasut raya memang dibawa sama. Tapi dok letak bawah kerusi kereta. Bila turun beraya sarung selipar atau sandal aje sebab semuanya tak kuasa nak menyarung kasut. Sudahnya kasut tu rosak sebab selalu sangat terperosok bawah kerusi. Sayang betul!
Bila dah pusing-pusing dapatlah juga sandal yang aku suka dan dia orang pun suka. He..he.. sebab Is dengan Az cuma akan pakai sandal waktu raya nanti jadinya aku pun kena suka dengan sandal tu baru boleh beli. Punyalah gila kuasa sampaikan nak beli sandal anak pun kena ada piawaian dari aku. Sampaikan en.asben pun pandang aku dengan pandangan tak kuasa. Sandal aje kot, biarlah dia orang pilih sendiri ha..ha.. tapi takkk, aku kene suka dulu baru boleh beli. Sambil mencari sandal adalah singgah ke sini sana juga. Masuk kedai bukulah. Masuk kedai hiasan rumahlah. Tapi belinya cuma book stand dengan empat tangkai ranting hiasan untuk letak dalam pasu bunga yang panjang-panjang tu (aku tak tahu orang panggil benda tu apa). Sebab ranting hiasan tu panjang asyiklah kayu tu terlanggar-langgar orang. He..he.. maaf ya. Saya tak sengaja.
En.asben dah buat muka tak berkenan dah bila aku asyiklah terlanggar orang. Iyalah, dah tahu nak jalan-jalan nak juga beli kayu panjang tu. Waktu nak jalan pergi ke kereta en.asben berjalan rapat denganku. Lepas tu siap bisik-bisik lagi. Auww.. romantik you. Aku ingat apalah yang en.asben nak bisikkan. Rupa-rupanya.... Ma, tentu orang ingat i ni romantik kan ma.. ROMANTIK??? Soalku di dalam hati sambil menuntut penjelasan darinya. Iyalah, you jalan-jalan dalam shopping complex sambil bawa bunga. Tentulah orang ingat I yang bagi you bunga tu. Cis nak mengutuk aku rupanya. Ggrrrrr.. Romantiklah sangat kalau setakat bawak ranting kayu hiasan tu jalan-jalan. Dah tentu-tentu takde siapa yang nak ambil port pun. Nak ingat romantik??? lagilah tidak he..he..
Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua, insyaAllah. Take care and have a nice day.
13 comments:
assalam hanis..hero2 acik yang 3 orang tu pun sandal juga..kasut guna pi sekolah je
Heehhee..romantik la jugakkan :)
Anak2 akak pun sama..beli kasut tapi tak dipakainya...sayang betul...
Hehehe...romantik jugak tu...
romantik apa.. berbisik ditelinga.. kiki
romantiaka D'amour lah tu sis...hiasan kayu panjang lagi..org lain mampu??..hehehe...
Betul juga cara Hanis daripada letak aje kasut dlm kereta baik beli yg tentu-tentu mereka akan pakai.
Senda-guaru bulan ramadhan tu Hanis. Nakal juga hubby Hanis ye hihi...
ehehehe kelakarlah kak ngan asben :)
hehehe..sempat lagi mengusik.
salam kak fea...
hihihihi, sweet lahhhh akak n cik abg ...
klu kita g shopping complex mmg nampak sangat beza "romantik" orang dah kawen ngan belum ni kan..
kikikiki
Amboii lawak la pula abang awak tuh! Dia tak tau ker yang Kak Azie suka tengok dia yang hensem tuh!
Meh lar romantik sini jugakkkkkk! lariiiiiiii
hahahhaaa..sweet la..heeee
romantik la tu..,
Mana ada org buat mcm tuu...
smpt dia puji diri tuh
layan je kak ;)
Post a Comment