Assalamualaikum..
Beberapa hari yang lepas aku terbaca di FB tentang betapa hebatnya doa seorang ibu. Sampai hari ini aku masih teringat-ingatkannya lagi. Mungkin teman-teman juga ada membacanya. Ianya mengenai seorang imam di Masjidil Haram. Menurut cerita imam tersebut, beliau menjadi imam disebabkan oleh doa ibunya ketika marah. Ceritanya, waktu beliau kecil-kecil dahulu, beliau sangat nakal. Disebabkan itu, ibu beliau selalu marah padanya. Bila marah ibunya akan berkata, semoga engkau akan menjadi imam di kaabah satu hari nanti. Subhanallah.. kata-kata itu menjadi satu doa rupanya. Doa ibunya pula terkabul sehingga anaknya benar-benar menjadi imam di Masjidil Haram. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Kisah itu membuatkan aku berazam sendiri. Aku berharap sangat agar aku juga dapat selalu berkata-kata tentang perkara yang baik-baik untuk anak-anak pada ketika aku tenang ataupun ketika marah. Ini kerana, aku takut jika aku terlepas kata perkara yang buruk. Aku tidak mahu kata-kata itu menjadi doa yang tidak baik buat anak-anak. Nauzubillah.. Aku juga berazam untuk lebih menjaga hati ibuku. Dengan itu, hanya kata-kata dan doa yang baik-baik saja yang akan keluar dari mulutnya. Semoga setiap kata-kata dan doa yang baik-baik dari ibuku akan dikabulkan oleh Allah hendaknya, insyaAllah.
Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
16 comments:
glup!
subhanallah. doa seorang ibu!
Doa ibu memang mujarab. Terbukti!
Sering sgt kita dgr kan sis..KATA2 IBU ITU ADALAH DOA....tp terkdg tu kerana rendahnya iman didada benda yg tidak baik itu juga terlepas dari mulut akk...Gud N3 ni sis...semoga bersama2 kita menjaga lidah dan mengawal amarah...
Setajam belati lidah seorang ibu ni kan/ Sy nak jaga lidah ni utk aydin. Semoga yg baik2 saja.
moga kita berjaya mengawal kata yang keluar dari mulut kita.
Pernah baca kat FB.. Memang doa seorang ibu.. selalunya akan dimakbulkan oleh Allah..
moga terpelihara lidah dari yang buruk..ya Allah bantulah aku
orang terengganu tua-tua, kalau marah anak - musti cakap..."bertuahhhh punya anak" sambil libas tali pinggang...
mulut kata lain. buat benda lain...
"kalau laa melibas sambil kata " celaka punya anak"....hadoi laaa..
kueh
InsyaALLAH hanis..ana pn akan slalu remind pd diri sendri utk slalu mendoakan yg baik2 utk anak n sntiasa berbuat baik kpd mak ayah.amin
Assalam hanis..acik pun cukup risau kakau terkeluar yang tak sepatutnya bila marah..masa anak2 meningkat remaja la kan..dah besar tak de dah nak marah
Tiba2 rasa nak nagis subuh tadi saya marah anak dengan perkataan yang tak sepatutnya tapi dalam gurauan. Menyesal sangat walaupun hanya dalam gelak2, dalam solat saya istighfar banyak2, mintak ampun. Mohon jauhkan benda yg saya cakap tu pada anak.
Mulai hari ini saya pun nekad jugaklah nak kalau marah nak cakap benda baik2 ja pada anak!
tu la kan..kite ni pompuan mmg kena jaga mulut. ape2 yg keluar tu bagaikan doa utk anak2..harap cakap-cakap kita yg baik2 saje Allah makbulkan..amin..
Doa seorang ibu memang sangat hebat. Akak berdoa semoga mak akak dipanjangkan umur agar dia terus dapat mendoakan akak, amin :)
Subhanallah, tabarakallah, hebatnya doa ibu.
doa seorang ibu amat mustajab.. berkatnya doa mereka :)
Post a Comment