Nuffnang

Tuesday, July 30, 2013

10 malam terakhir..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ini sudah masuk hari yang ke 21 ramadhan. Maknanya kita sudah memasuki fasa 10 hari terakhir ramadhan. Pastinya semua orang sudah tidak sabar untuk berhari raya. Namun dalam keghairahan mahu meyambut  hari raya yang mulia, jangan pula kita terlupa untuk menyambut malam-malam penting di akhir ramadhan ini. Pastinya semua orang sudah maklum yang dalam 10 malam terakhir ramadhan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Subhanallah... ianya satu tawaran yang cukup menarik. Semoga kita semua berpeluang untuk bertemu dengan malam tersebut.

Petang semalam sewaktu balik dari tempat kerja aku mendengar IKIM FM. Pengisian dalam program tersebut adalah berkisar tentang malam lailatul qadar. Perihal mengenai malam lailatul qadar sangat memikat hatiku. Ianya membuatkan aku yang masih sangat kurang amalannya jadi lebih berazam untuk bertemu dengan malam tersebut. Semoga ada rezeki untuk aku dan kita semua untuk bertemu dengan malam lailatul qadar hendaknya. Semoga setiap amalan kita diterima. Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita insyaAllah.

Di sepuluh malam terakhir ini marilah kita meningkatkan lagi ibadah kita untuk bangun malam. Rasanya, semua orang boleh bangun untuk bersahur. Untuk hari-hari terakhir ini, apa kata kita kunci jam kita setengah jam lebih awal dari biasa. Sebelum bersiap-siap untuk bersahur, boleh kita ambil masa untuk menunaikan solat tahajud dan solat-solat sunat yang lain terlebih dahulu. Kejutkan sekali ahli-ahli keluarga kita untuk sama-sama beribadat. (Aku kongsikan cara yang disebutkan oleh ustaz semalam). Semoga amalan-amalan kita akan diterima oleh Allah hendaknya. 

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day. 

5 comments:

Kakzakie said...

Anak dara kecik kakak sebab si papa asyik ulang-ulang bab lailatulqadr dan solat tahajjud dia pun pesanlah konon nak bangun juga tapi kejut sahur bukan solat dulu Hanis, tapi cuci muka duduk tunggu mama suap. Anak kakak bersahur masih suap walau dah besar Hanis kalau tak dia sanggup minum air aje...

Masih belum kuat macam kita. Susah nak didik yg masih belum baligh ni Hanis...

:: Mrs.Eady :: said...

Semoga amalan & perkongsian baik ini memberi pulangan yg baik pada akal kembali :)

ummiross said...

InsyaAllah, inilah yang terbaik, bonus 1000 bulan, dan moga terus istiqomah sepanjang hidup kita untuk bermunajat seketika di malam sunyi bersama DIA, hanya DIA yang satu.

JunAina said...

Semoga Allah memberi kekuatan pada kita untuk mengharunginya Fea.

Nini D.. said...

btol kak...nini pon sedang berusaha mencari malam tersebut..sedar kekurangan diri kurang amalan..tp insyaAllah,kalo kita punya kemahuan & berusaha kita pasti akan memperolehinya kan kak