Assalamualaikum..
Waktu bersihkan sinki dapur selepas waktu sahur pagi tadi aku teringatkan kisah seorang blogger yang ada dilema dengan sinki dapurnya. Aku juga perempuan. Aku tahu apa yang dia rasa. Perempuan ni, masalah sinki dapur yang tidak sesuai pun boleh buat dia jadi meroyan. Mampu juga buatkan perempuan tak tidur malam he..he.. Alhamdulillah.. walaupun bukan aku yang memilih sinki dapurku tapi ianya benar-benar kena dengan kehendak aku. Aku berpuas hati dengan sinki dapurku yang dibeli oleh en.asben. Saiznya sangat sesuai untuk aku membasuh periuk dan kuali dengan selesa. Kedua-dua besen sinki juga sama besar. Kiranya, sinki dapurku tidak membuatkan aku rasa tertekan kerana tidak berpuas hati dengannya.
Aku memang ada masalah untuk membuat pilihan. Aku tak suka sangat dengan hal berkaitan dengan pilihan. Bila dah tahu tentang masalah tu, selalunya aku sengaja tarik diri bila tiba bab nak memilih ni. Bab sinki dapur pun sama jugalah ceritanya dulu. Bila waktu nak pergi membeli sengaja aku minta en.asben yang pergi membeli sendirian. Jadinya bila bukan aku yang memilih, aku tak rasa stress sangat bila dah buat pilihan yang tidak menyenangkan hatiku sendiri. Sebab tak nak memilih, aku lebih sanggup terima pilihan orang lain dari kena pilih sendiri ha..ha...
Teringat dulu waktu berkerja di tempat lama. Waktu tu syarikat ada keluarkan VSS (Voluntary Separation Scheme). Rasanya vss tu untuk yang kali yang ke-3 kut dikeluarkan. Tahun-tahun sebelumnya memang aku langsung tak terfikir untuk memilih skim itu. Surat yang dapat hanya tersimpan dalam laci tanpa aku mengambil kira untuk membuat pilihan. Tapi tahun itu aku jadi teringin pula untuk mengambilnya. Iyalah, setelah 13 tahun berkerja, ganjaran yang akan diterima kerana berhenti secara sukarela tentu saja lebih banyak nilainya dari tahun-tahun sebelumnya. Dalam hati dah bulat mahu memilih untuk berhenti dengan sukarela dari terus berkerja di syarikat itu tapi aku masih takut juga dengan pilihanku.
Surat setuju berhenti dah siap tandatangan tapi aku masih takut nak hantar pada bos. Dah melangkah ke meja boss aku boleh berpatah balik. Telefon en.asben minta semangat. Telefon kawan aku yang dah ambil vss sebelum ni untuk minta semangat juga. Akhirnya dapat juga aku kekuatan untuk hantar surat tu pada bos. Elok saja aku hantar surat tu memang beria aku menangis. Bukan menangis sebab sayang nak berhenti kerja. Tapi menangis sebab tak sangka aku berani membuat pilihan. Dah beria menangis sebab berani buat pilihan tapi permohonan aku untuk ambil vss ditolak pula oleh syarikat sebab bos tak lepas. Hmm.. tak dapatlah aku berhenti secara sukarela he..he.. Tapi pengalaman membuat pilihan tu takkan dapat aku lupakan sampai bila-bila.
Dua tahun selepas itu ada lagi vss yang dikeluarkan. Pada waktu tu aku dah kembali takut nak buat pilihan walaupun kali ini syarikat dah beri jaminan setiap permohonan memang tidak akan ditolak. Dalam tak mahu membuat pilihan aku saja-saja apply kerja di tempat baru ni. Siap dah pergi interview lagi. Memang vss bukan rezeki aku agaknya. Sehari selepas tarikh vss ditutup aku dapat surat panggilan kerja di tempat baru. Ironinya, aku berhenti dari syarikat lama sama tarikh dengan hari terakhir rakan-rakan yang mengambil vss. Bezanya, mereka berhenti dengan mendapat ganjaran yang lumayan. Aku pula berhenti begitu saja kerana takut dengan pilihan.
Alhamdulillah.. kerana takut dengan pilihan aku kenal dengan solat istikharah. Dari situ aku dapat memilih untuk melepaskan jawatan di syarikat lama dan berkhidmat di tempat baru. Solat istikharah membuatkan aku dapat membuat pilihan yang terbaik dengan hati yang redha. Dengan perkhidmatan selama 15 tahun ganjaran vss yang aku terlepas memang cukup untuk aku membeli sebuah kereta secara tunai. Namun ianya tentu saja tidak setanding dengan apa yang aku nikmati sekarang. Di mana-mana tempat pun pastinya ada lebih dan ada kurang. Tapi bila pilihan yang kita ambil tidak membuatkan kita rasa menyesal, pada aku ianya adalah sesuatu yang cukup baik untuk diri kita.
Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua, insyaAllah. Take care and have a nice day!
16 comments:
saya selalu je rasa begitu kak. susah nak buat pilihan, kadang tu dok tanyer asben berulang kali, sampai dia pun fedap. hahaha...
Mmg tapi walau apapun, smpi bile kite dpt lari dr memilih, kak?
kakak...
hikmahnya dpt dilihat sekarangkan knp akak tak dpt VSS tu...takpe kak...Allah maha mengetahui....
selamat berpuasa kak....
ohh..saya org yg sentiasa yakin dgn pilihan sendiri walaupun kdg2 pilihan tu salah kak.hehehe..
Ketika terlepas rezeki yg ini..kita dapat pula rezeki disana..inilah percaturan kehidupan kita kan sis..Biarpun terkdg ganjaran tidak berpihak pd kita kerana keraguan pilihan..akhirnya kita tahu hikmah disebalik keraguan pilihan kita itu membongkar sesautu yg membuatkan kita rasa cukup bahagia akhirnya biarpun terlepas ganjaran lumayan diawalnya...
Saya juga happy dgn sinki dapur saya. Paip pun selesa sbb klu paip sgt rendah susah nk basuh kuali atau periuk besar kan kak. Klu rumah sewa mmg bab sinki dapur jd wanita meroyan nak cuci kuali besar.
Bab pilihan ni , sy kadang kala minta pendapat suami bila rasa tak yakin. Bukan ap, risau akan terfikir2 di kemudian hari jika x betul pilihan
Sebagai manusia kita tetap tidak dapat mengelak dari membuat pilihan. Macam dulu anak kakak bila dapat tawaran sekolah asrama - pening kepala. Akhirnya istikharah kami sama dan syukur ianya membantu.
Tapi selagi kita manusia memang kena ada memilih. Nak cari suami pun kena pilih kan Hanis:)
iyra mula yakin dengan pilihan iyra bila first time kusyuk buat istikharah.. tapi masih tak yakin spenuhnya betul ke pilihan yang iyra pilih walaupon keadaan adalah tenang dan lancar sekarang.. :)
Alhamdulillah, bila istikharah, hati kita lebih yakin untuk membuat pilihan, yang pasti kita lebih redha.
Dalam kehidupan mmng kita terpaksa membuat pilihan walau pilihan kadang2 tidak menepati...
Akak pun sama, biasanya husb yg akan membuat pilihan dalam banyak perkara...
selalu mesti ada masalah dlm membuat pilihan.. kena tanya ramai pendapat org
slaam..nama pon perempuan kan..mmg susah nak buat pilihan..kadang pasal bennde kecik pon boleh buat tak tido malam..hehehheeh
hehe... bila baca entry ni terfikir lah jugak.. huhu
Follower ke : 813
Hai.. Salam Kenal..
done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
salam kak fea!
tahniah akak buat pilihan yang tepat!
awal2 cerita sinki smpi berkaitan antara pilihan besar dlm hidup ... saya pun tak suka buat pilihan lagi plak tengok sana sini semua berkenan ... hihihi
akak,lamanya sara tak singgah sini, slmt mnyambut radan kak :)
pompuan ni mmg cmtu..dr sekecik2 benda sume pikir smp nk meroyan..haha
Post a Comment