Nuffnang

Tuesday, August 27, 2013

Nasi arab Smarty meow-meow..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari yang ceria. Kenapa ceria? Sebab semalam berjaya masak nasi arab untuk en.asben dan anak-anak untuk pertama kalinya he..he.. So excited tu masih terlebih ha..ha.. Waktu Is tahu aku tengah masak nasi arab terus dia cakap, akhirnya.. En.asben pulak, masuk aje rumah waktu balik kerja tu dah puji siap-siap sebab bau sedap. Dah makan untuk berbuka, lepas solat isyak turun makan lagi. Untuk bersahur pun makan lagi. Han dan Az pun dok puji-puji. He..he.. satu rumah memang tahu yang mamanya tak terror masak. So bila masak yang lain sikit memang satu rumah ambil effort untuk memuji. Bila dah macam tu mahunya aku tak ceria. Alhamdulillah.. 

Sampai sekarang aku masih takut kucing. Tapi en.asben dan anak-anak memang suka kucing. Sebelum ramadhan hari tu, adalah seekor kucing ni, suka sangat melepak kat depan rumah kita orang. Anak-anak pulak rajin melayan. Suka nak bagi makan semua. Bila dah macam tu, kucing tu pun jadi suka nak terus melepak kat depan rumah. Mula-mula cuma bagi lebihan makanan kita orang. Lama-lama tu siap belikan makanan kucing pulak khas untuk kucing tu. Bila dia orang nampak aku tak kisah nak layan kucing tu lebih-lebih dia orang pun mula bawa kucing tu masuk dalam rumah. Siap bagi nama Smarty lagi kat kucing tu. 

Mulanya aku rasa macam tak seronok sebab asyik-asyik terkejut dan menjerit bila kucing tu cuba nak dekat-dekat dengan aku. Lebih tak seronok bila kucing tu mula cakar sofa, cakar carpet, cakar alas kaki. Paling tak seronok bila kucing tu cakar alas meja aku sampai koyak. Hu..hu.. itu alas meja untuk raya jugak tu. Tapi sebab anak-anak dah sayang, aku tak sampai hati pulak untuk tak bagi dia orang terus bawa masuk smarty ke dalam rumah. Setelah 15 tahun berkahwin, dapatlah en.asben kembali layan kucing dalam rumah. Anak-anak pun beria melayan. Smarty pun dah manja dengan anak-anak dan en.asben. Mana tak manja. Dia orang tu suka sangat membelai Smarty.

Mengambil keberkatan ramadhan aku pun membuka hati untuk biarkan anak-anak terus menjaga haiwan kesayangan Rasulullah saw tu. Tak kisahlah walaupun aku masih takut dengan kucing. 

Sekarang Smarty dah boleh landing kat dalam rumah. Kadang-kadang bila aku tidur kat lantai, selamba aje dia tidur dekat-dekat aku. Mula-mula dulu aku memang jerit-jerit. Sekarang ni dah cool sikit. Selagi dia tak mengesel kat aku, aku masih boleh terima he..he..

Smarty jalan-jalan cari makan kat dapur. Entah kucing siapa agaknya Smarty ni. Nak buang air dia pandai masuk toilet sendiri. Sebab rasa mungkin Smarty masih ada tuan, makanya waktu kami keluar dan waktu malam, kami letakkan smarty di luar rumah. Pagi-pagi, dia akan datang semula ke rumah kami. 

He..he.. bila aku tinggal seorang kat rumah, Smarty tak boleh masuk rumah. Pandai dia bawak diri duduk kat luar grill.. he..he.. Good girllah smarty ni. I love you smarty. Walaupun aku takut kucing tapi aku masih sayang juga pada kucing. Sebab pada aku kucing adalah sangat comel. Sayang seribu kali sayang, aku tak boleh nak pegang dan belai-belai kucing macam anak-anak dan en.asben. Takpelah... Dah takut nak buat macam mana kan. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

9 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

Kat umh izwa bersepah kucing x bertuan..dh tu xnk balik pulak dah..dr sekor skrg dh 6 ekor..hihiihiii...

JunAina said...

Kat rumah anak2 minta nak bela kucing tapi mengenangkan dulu dah ada 2 ekor dan terpaksa hantar balik kampung dan kemudian mati memang fikir2 banyak kali. Duduk flat pun susah dgn jiran2.

Nini D.. said...

comal la kak kucing nih..gegurl eh?

Irfa said...

anak2 sy suka kucin
sy suka tgk je,nak bela tak kot
x bape rajin,lagipun susah nak tggl umah,senang citer mmg takkan bela kot.hehe

- G C - said...

teringat pulak kucing jiran yg suka berak kat longkang bilik belakang.. alahai.. tak sggup nk buka tingkap.. boleh fengsannn..

diana said...

tak pe la tak rapat sangt dengan kucing..takut nanti bila dah sayang nanti dia hilang kita rasa kecewa sangt..macam saya rasa sekarang..sedih bila ingt..nak nngis..huhu...

Acik Erna said...

assalam Hanis..memang sedap betul nasi arab tu..acik pernah cuba sekali je buat nasi arab..
acik pun sama takut kucing

ummiross said...

Waa haruslah share resepi nasi Arab yang sedap tu Hanis.

Comel pulak kucing tu Hanis.

Lydia Miza said...

Umah ni kucing org smpi msuk bilik. Kencing merata. Selongkar lauk atas meja. Huhu

Dulu ada bela kucing tp mati. Sy x sanggup hadapi kematian haiwan yg sy syg sbb tu xmo bela kucing.

Mana gmbr nasik arab kak fea? Sy carik x jmp