Pernah dengar sabun Taharah? Rasanya tentu ramai yang pernah dengar dan kenal dengan sabun taharah ni. Sabun yang digunakan untuk sertu. SERTU??? Ya.. sertu. Aku pun baru tahu yang sertu adalah perkataan yang betul untuk kita gunakan. Bukannya samak.
SAMAK
1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.
2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman*kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.
Sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)
SERTU
1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali dan satu kali dengan air tanah.
3. Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.
(Sumber : Forum mengenai samak dan sertu)
Walaupun sabun Taharah digunakan untuk sertu tapi ianya juga sangat elok untuk rawatan masalah kulit. Aku bercakap dari pengalaman aku sendiri. Alhamdulillah, masalah gatal-gatal kulit terus hilang setelah aku menggunakan dua buku sabun taharah. Kesannya memang agak lambat. Namun ianya menjadikan kegatalan kulit terus hilang dan Alhamdulillah tidak lagi kembali.(Sehingga kini aku masih terus menggunakannya). Harganya cuma RM5.90. Murah kan. Tapi hasilnya sangat memuaskan. Ianya juga boleh di dapati di kebanyakan farmasi.
Kepada sesiapa yang mempunyai masalah kegatalan kulit, bolehlah mencubanya. Mana tahu ianya juga sesuai untuk merawat kulit korang seperti mana ianya sesuai untukku. Sekarang ini, setiap kali aku melihat kulitku, aku sendiri jadi tidak percaya yang aku pernah mengalami kegatalan kulit yang agak teruk. Alhamdulillah.. aku dah jumpa penawarnya. Itu yang terasa nak berkongsi di sini. Kiranya aku antara pengguna produk sabun Taharah yang berpuas hati.
from GOOGLE.. |
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
9 comments:
klu gini saya kena cuba la kak sebab kat siku kiri saya tgh gatal2 ni. dah naik merah2 gitu
Nak Cuba utk Syahmi la..
Hanis..ana penah guna sabun ni dlu..mmg bkesan sgt utk gatal2.
kena cuba ni...
Nak cuba jugaklah kat farmasi..tq Hanis sbb kongsi info bagus ni.
murah je kan.. nak try jugak la.. boleh kot try kot2 anak2 ada ruam ka apa..
Sabun Taharah ni saya selalu bawa bila ke luar negara, utk tujuan samak...oh ya, bukan samak...sertu...hihihi...TQ kak, dah jelas dan tahu sekaranh beza samak VS sertu...
Boleh la juga saya suggest sabun ni utk patient2 saya yang alami chronic eczema..mana tau, berkesan..;)
Jika adik sy terkena kudis buta boleh cuba kan sis..thanks☺
As-salam Leiza,
Mungkin boleh juga.. mana tahu berkesan, kan... Selamat mencuba.. Akak doakan semoga adik awak akan segera sembuh.. in shaa ALLAH
Post a Comment