Nuffnang

Wednesday, September 11, 2013

Life is like a box of chocolate..

Assalamualaikum..

Pagi tadi sebelum keluar pergi kerja, en.asben menghulurkan sekotak belgian coklat padaku. Dah bawa balik semalam tapi terlupa nak keluarkan dari beg. Pagi tadi baru teringat so pagi tadilah en.asben bagi coklat tu untuk aku dan anak-anak. Dapat coklat kan, takkanlah nak tengok aje. Haruslah terus buka kotak. Cantik coklat tu bentuk kerang-kerang. Pada firasat aku tentulah ada filling di dalamnya. So anak-anak pun jadi tak tahu nak ambil yang mana sebab takut terkena filling yang tak best. Jadi aku pun mulalah bermadah nak tunjuk eksyen depan anak-anak. Tapi bukanlah guna madah sendiri. Tapi tiru madah dalam movie Forrest Gump yang popular tu...

life is like a box of chocolate you'll never know what you gonna get..

Sekali en.asben menyampuk. Tak payah nak life is like a box of chocolate sangatlah ma.. Coklat tu sama aje filling dia. I dah makan dah. Ha..ha.. Takde filling ke? Beria aje aku bermadah. Beria juga aku dan anak-anak memilih. Sudahnya kami ambil aje coklat yang nampak menawan di mata kami. Tak payah takut kut-kut tersalah pilih. Hmm.. belgian coklat kan. Takde filling pun sedap. Alhamdulillah..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

10 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

Sedap nyer mkn coklat :)

mama maman aka yana said...

kiki.. penat memilih jew yer.. :)

All About AnaYna said...

coklat....i likeee..:)

diana said...

jamu la kami sikit..jamu mata..heheh

Eye_nee said...

adoiiii siap kene gelak dgn en suami lagi...dah lah penat bermadah.....sib baik belgian choc..kalau Kepong Choc camner la reaksi..hehe..

ummiross said...

hehe..nak tergelak ummi baca, siap bermadah lagi ye.
Choc yang sedap tu,takde filling takpe.

Marya Yusof said...

As salam,

Hai kak fea! Alahai sebut choc ni terliur sudah... Dlm handbag sy mesti ade choc tau! hikhik...

Rindunya dgn blog ni, rindu dgn akak jugee! :)))

mama lieyna said...

Ekekeke.. baru nak bermadah ye.. :-)

Lydia Miza said...

Hihihi.. Sy pun sama. Selalu jari tu berputar2 memilih yg mana satu filling yg kononnya betul mengikut citarasa. Kikiki

deem said...

hahaha.....adeiiii.seronok baca entri macam ni pagi2 :)