Assalamualaikum..
Rabu lepas adalah hari terakhir rutin Is menghadiri kelas tuisyen. Minggu hadapan, tiada lagi kelas tuisyen yang akan dihadiri. Ahad ini ada satu lagi kelas untuk tips akhir. Selepas itu tiada lagi rutinku menghantar Is ke kelas tuisyen untuk tahun ini. Bila dah biasa terasa sedih pula untuk meninggalkan rutin tersebut. InsyaAllah, selasa depan 10 Sept 2013 Is dan semua pelajar darjah 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga segalanya dipermudahkan dan akan berjalan dengan lancar hendaknya. Sekarang ini rasanya, aku yang lebih berdebar dari Is sendiri he..he.. Sebab Is nampak sangat rileks. Tapi aku dah gabra siap tulis entry ha..ha..
Setahun ini aku banyak update tentang perkembangan pelajaran Is. Jadinya sebelum dia menduduki peperiksaan ni aku nak update lagi untuk bacaan aku dan Is nanti-nanti. Alhamdulillah.. walaupun Is turun dua kelas dari kelas pertama tahun ini, aku dapat lihat usaha dia untuk memperbaiki diri. Tunjuk ajar dan galakan dari guru-gurunya sangat aku hargai. Dalam main-main, adakalanya dia nampak bersungguh juga. Sebagai ibu, bebel tetap kena bebel bila suruhan dan ingatan saja seperti tak jalan. (Bebel suruh belajarlah). Bebel aku agar dia tidak terus terleka. Tapi minggu ini, atas nasihat en.asben aku sudah menghentikan bebelanku he..he.. Sudah-sudahlah tu kan. Kami tidak mahu memberi tekanan kepada Is. Namun doa dan kata-kata rangsangan tetap terus berjalan.
Tahun ini ada kenaikan markah dalam keputusan peperiksaan Is. Aku boleh kata keputusannya lebih baik dari tahun lepas. Tapi ianya masih tak konsisten untuk setiap mata pelajaran. Ada yang bulan lepas naik, bulan ni turun. Bulan lepas turun, bulan ni naik. Waktu peperiksaan penggal Is dapat 3A 2B. Waktu percubaan dia dapat 1A 4B. Untuk peperiksaan terakhir minggu lepas Is dapat 4A 1B pula. Alhamdulillah.. aku sangat berpuas hati dengan setiap keputusannya sebab aku tahu dia dah berusaha.
Sebagai ibu, tipulah kalau aku kata aku tak harap anak aku dapat keputusan yang cemerlang. Sebagai pelajar, tipulah kalau Is kata dia tak nak dapat keputusan yang baik. 5A sudah pasti menjadi target aku, target guru-guru dan target Is sendiri sebagai pelajar. Dalam setiap perkara target mesti tinggi. Usaha kena lebih. Doa kena banyak. Usaha, doa dan harapan kena seiring. Bagaimana keputusannya itu rezeki masing-masing. Apa juga keputusannya nanti kena terima dengan hati yang terbuka. Apa pun keputusannya itulah rezeki kita. Jika cemerlang, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, Alhamdulillah juga. Pastinya ada hikmah dalam setiap perkara. Redha itu sangat perlu.
Doaku semoga anakku Is dan semua pelajar tahun 6 akan dapat menjawab peperiksaan UPSR mereka dengan baik. Semoga dimurahkan rezeki mereka untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga diterangkan hati mereka, semoga ditajamkan minda mereka, semoga dicerdikkan akal fikiran mereka. Semoga direzekikan mereka dengan kefahaman, jauhkan mereka dari melakukan kesilapan dan kelalaian. Sihatkanlah tubuh badan mereka dan berikanlah ketenangan kepada mereka. Semoga mereka semua akan mendapat 5A dalam UPSR dan menjadi anak soleh yang berakhlak mulia, insyaALLAH. Tolong doa-doakan sama ya. Terima kasih.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
12 comments:
Semoga dia dpt jawab soalan ngan tenang.. insyaallah dia boleh berkat doa ibu dan bapa dia.. :)
aamiin..aamiin, moga makbul segala doa dan harapan. Ummi turut sama mendoakan kejayaan Is.
aminn..insyaAllah..:-)
Si bongsu kakcik akan menduduki UPSR juga, tapi tak tahulah kakcik nak cakap macamana...
Amin ..
Assalamualaikum,
Minggu depan dah??????
cepatnya masa berlalu...
Semoga Is dapat sempurnakan misi UPSR ni...perjuangan pertama
akak.ramai agaknya anak2 blogger upsr nanti.sy pun sama.doa jelah yg terbaik.apa yg dia dapat nanti adalah usaha dia dan izin Allah.
Hi..saya blogwalking kat sini...Jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com...TQ for your support.
amin..insyaallah..gud luck ye..
Semoga semua urusan dipermudahkan Allah. Amin, amin...
Semoga Dipermudahkan urusan nya yer sis...dia telah berusaha..semoga apa yg diusahakannya membuahkan hasil yg bagus nnt...InsyaAllah...
Hari ni brmula kan.. good luck Is.. moga dia dpt jwb soalan dgn tenang..amin...
Post a Comment