Assalamualaikum...
R.Aulad ialah nama sekolah agama anak-anakku. Pada mulanya hanya Han seorang yang bersekolah di sana. Kemudian selepas Is masuk sekolah, dia juga bersekolah agama di situ. Bila Az masuk sekolah, dia juga masuk ke sekolah agama itu. Daripada seorang kepada dua. Kemudian menjadi tiga orang. Selepas itu dari tiga orang kembali menjadi dua selepas Han masuk ke sekolah menengah. InsyaAllah, di tahun hadapan, tinggal Az seorang saja yang akan bersekolah di sana untuk 3 tahun lagi sebelum dia masuk ke sekolah menengah.
Kalau ikutkan kepuasan, memang aku berpuas hati bila menghantar anak-anakku bersekolah agama di situ. Lebih senang hati bila sekolah tersebut terletak berhadapan dengan rumah. Disebabkan itu, kesemua anak-anakku dihantar ke sekolah tersebut. Bila disebut tentang jasa dan budi, rasanya yuran bulanan yang dibayar tidak setanding dengan nilai ilmu yang anak-anak aku perolehi. Sekolah R.Aulad serta kesemua ustaz dan ustazahnya menyumbang begitu banyak jasa untuk kecemerlangan akedemik dan sahsiah diri anak-anak. Terima kasih banyak aku ucapkan.
Beberapa hari lepas sewaktu di dalam kereta, aku memasang telinga dengan cerita anak-anak. Abang, dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang paling besar? Soal Az. Alphard... Jawab Is. Salahnya. Kereta yang paling besar, Vellfire.. Sambut Az. (Jawapan anak-anak di sekolah rendah tentulah apa yang berada di dalam pengetahuan mereka saja). Eleh.. Alphard la jugak tu. Is pula taknak mengalah. Bb tahu ke kereta Alphard tu yang mana? Soal Is. Tahunya.. Jawab Az. Kereta Alphard tu yang macam mana? Soal Is. Kereta Alphard tu macam kereta Ustazah N.. Jawab Az.
Aku yang mendengar pun terus menyampuk. Hah... Ustazah N dah pakai Alphard. Wah.. bagusnya. Han pulak mencelah. Dah lamalah ma, mama tak tahu ke? Okey, memang aku tak tahu. Aku memang selalu nampak kereta Alphard putih yang baru di depan sekolah agama tu. Tapi aku tak pernah ambil tahu pun siapa pemiliknya. Sekarang ini bila aku tahu siapa pemiliknya, aku jadi sangat teruja. Alhamdulillah.. aku tumpang seronok bila Ustazah N sudah memiliki kereta baru yang besar.
Selama beberapa tahun ini, rasanya dekat 10 tahun kut, Ustazah N (Pemilik sekolah tersebut) hanya memandu kereta wira. Jadinya bila beliau sudah memandu kereta baru yang besar pastinya aku tumpang suka. Aku bukannya apa, aku seronok dengan kejayaan orang melayu sepertinya. Lebih-lebih lagi bila beliau nampak bersungguh dengan setiap apa yang diusahakan. Dari satu sekolah agama, sekarang ini Ustazah N sudah memiliki tiga cawangan lain. Sekarang beliau sudah memiliki satu nursery centre dan satu tadika juga. Alhamdulillah, perniagaannya semakin meningkat dan berkembang.
Satu perkara yang membuatkan aku seronok bila orang seperti Ustazah N berjaya dan dimurahkan rezekinya ialah kerana sikapnya yang suka merai dan menjamu orang. Terutamanya merai para pelajar dan ibu bapa. Hubungan dengan pelajar dan ibu bapa sangat dijaga sebaiknya. Majlis dan acara kecil pun akan dirai penuh meriah. Boleh dikatakan, dalam setiap majlis yang dianjurkan pastinya ada disediakan makan-makan. Hari sukan, disediakan makan. Hari penyampaian hadiah pun disediakan makan juga. Majlis berbuka puasa dan majlis hari raya memang tak pernah tinggal pada setiap tahun. Tapi yang paling aku rasa beliau beria mahu merai ialah bila pada hari mengambil dan menandatangan report card pun disediakan makan-makan juga.
Tahu tak macam mana perasaannya bila datang untuk ambil report card anak yang cuma duduk 5 minit berjumpa dengan ustaz dan ustazah tapi kemudiannya dijamu dengan juadah yang seperti majlis hari raya? Tentulah terasa benar yang diri kita dirai kan. Walaupun terasa segan juga nak makan. Tapi bersungguh ibu bapa dijemput untuk makan dahulu sebelum pulang. Disebabkan itu, aku rasa sangat seronok bila orang seperti beliau juga semua ustaz dan ustazahnya berjaya dan dimurahkan rezeki. Doaku, semoga Ustazah N dan semua ustaz dan ustazah di R.Aulad akan terus dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care & have a nice day!
7 comments:
Betul kan Kak...meraikan tetamu lagi dimurahkan rezeki kan..
Alhamdulillah, perniagaan ustazah N makin berkembang..
Rasulullah pun galakkan kita meraikan tetamu..
Syukur alhamdulillah. Sebanyak mana kita memberi semakin lagi banyak Allah akan memberi kembali kepada kita juga.
assalam Hanis..anak2 lebih tau ye.
Selain gigih, tapi sikap pemurah itu juga membantu ustazah N dimurahkan rezeki. Kakak pun tumbang bangga.
Alhamdulillah..rezeki yang diberkati, Allah menambahkan rezeki bagi mereka yang pemurah, besar jasa ustazah N dan rakan2nya membimbing generasi muda dalam bidang agama,
hmm Alphard..hanya mampu menjeling ja bila memotong keta cabuk kita ni hehe
Post a Comment