Tuesday, September 10, 2013

Newbies welcome..

Assalamualaikum..

Hari ini anak aku Is dan anak-anak yang berada di dalam tahun 6 sudah mula menduduki peperiksaan UPSR. Semoga segalanya dipermudahkan untuk mereka. Semoga mereka dapat buat yang terbaik hendaknya. Semoga ada rezeki untuk mereka memperolehi keputusan yang cemerlang nanti, insyaALLAH.

Hari ini aku nak berkongsi berita gembira. Smarty, kucing yang selalu datang ke rumah kami sudah melahirkan 3 ekor anak, pada hari ahad baru ni. Aku yang takut kucing pun jadi cukup geram tengok anak-anaknya yang super cute. Dahlah kecik kenot. Muka innocent pulak tu. Tapi nak pegang tetap tak berani he..he.. Pagi ahad tu, Smarty dah nampak serba tak kena. Habis panel pintu rumah kami dicakarnya. Sakit sangat kut. Lepas tu dia nampak tak tentu arah nak cari tempat selesa untuk dia bersalin. Siap dia menyorok kat dalam almari dan kat bawah kerusi di tingkat atas. Taknak bagi dia 'terbersalin' dalam rumah anak-anak dan en.asben angkat dia letak kat luar. Bila letak kat luar asyiklah  dia terngiau-ngiau. Masa aku baring kat bawah aku nampak di ternganga-nganga kat luar. Kesianlah pulak. Cepat-cepat aku beritahu kat en.asben. 

En.asben pun sediakanlah tempat untuk dia bersalin.  Cari kotak takde pulak. Sudahnya ambil besen mandi anak yang lama, lapikkan dengan kain pelikat lama dan letak Smarty dalam tu. Dalam setengah jam lepas tu aku pun intailah Smarty kat dalam grill luar. Aku nampak Smarty tengah jilat darah kat kaki dia. Aku dah suspen masa tu he..he.. Tapi bila nampak anak dia terus aku terjerit-jerit suka. Serius, aku rasa seronok sangat. Alhamdulillah.. Smarty dah selamat melahirkan. Terus panggil satu rumah untuk raikan bersama. Tapi sebab rasa takkanlah anak dia seekor aje kami pun biarkan Smarty untuk proses kelahiran yang seterusnya.

Aku pun naik lepak kat atas. Sekejap lepas tu Az melaporkan dengan penuh excited, Smarty dapat anak lagi! Okey, kita orang berlari turun tengok. Lepas tu tinggalkan Smarty balik. Sekejap lagi, Az laporkan lagi yang Smarty dapat anak lagi. Kita orang pun sakan datang tengok lagi (he..he.. gigih Az temankan Smarty bersalin). Kiranya pagi ahad tu memang meriah rumah kita orang. Terasa macam dapat cucu pun ada dia punya teruja tu he..he.. Tengah hari tu kita orang keluar pergi ambil Is kat tempat tuisyen. Masuk aje kereta Az melaporkan pada abangnya yang Smarty dah bersalin. Excitedlah Is siap tak sabar-sabar nak balik. Tapi kita orang dah plan nak bawa dia pergi makan-makan dulu. Tapi bila tanya dia nak makan apa, terus dia cakap taknak makan apa-apa he..he.. punyalah excited. Padahal Is dengan makanan macam tak dapat dipisahkan. Tapi sebab Smarty dan anak-anaknya, Is tak heran langsung nak makan. 

Dua hari ni port anak-anak melepak ialah kat tepi besen Smarty. Aku yang si takut kucing ni pun sibuk dok mengendeng terintai-intai sama he..he.. Suka nak tengok tiga beradik yang loving dan manja tu. Asyik peluk-peluk aje. Ya-ALLAH comel betul. Terima kasih Allah kerana meminjamkan Smarty dan anak-anaknya untuk kami. Alhamdulillah, kami rasa seronok dengan kehadiran mereka.

Smarty with the 3 new born babies...

Sian Smarty.. letih dia lepas bersalinkan 3 ekor anak...

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

13 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Oh comellll :)

Qhaifa Nur said...

gud luck buat calon UPSR...
takut juga dengan kucing ha..ha..
dalam hati tetap berkata comelnya..

Suara Kalbu said...

Salam Kak Hanis,

Memang betul. Telatah kucing ni memang buat kita happy dan penuh kasih sayang. Ikatan kekeluargaan pun akan tambah erat sebab masing2 akan berkongsi kegembiraan dan moment yg sama. Itu yang berlaku pada kami.Sama-sama temankan Bella nak bersalin, pastu dapat tengok anak kucing yang sgt comel. Nanti bila baby kucing dah umur 1-3 bulan, memang akan jadi super duper comel dgn mukanya yg sweet dan keletahnya yg nakal. Trust me :-)

Good luck utk anak akak yg sedang menghadapi UPSR hari ni ye ..

Hudalatip said...

Good luck untuk Is yea..Heheh kelakar pulak bila akak kata macam nak dapat cucu, tapi serupa cam anak saya la bila dapat jumpa kucing atau anak kucing memang suka yang amat.

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

moga dia dapat menjawab dengan tepat dan memperolehi keputusan yg cemerlang

Eye_nee said...

Semoga dipermudahkan segalanya buat IS ....

Amboiiii excitednya mcm terima kelahiran cucu pulak dahhhh...heheheh...

ummiross said...

Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat Is, do your best!, moga Allah permudahkan.

Hanis..kucing ni memang boleh buat kita gembira, bila kita dah bela kan, melihat gelagat mereka memang menyeronokkan, terapi minda..
Mesti anak2 Hanis excited sangat tengok anak2 kucing yang cute tu.

Dr K said...

Good luck buat Is...moga cemerlang :)

Membela kucing ( dan lain lain haiwan ni), Insya Allah murah rezekinya....

sitinaminah02 said...

akak dah jadi nenek laaa.. hihih.. just kidding kak.. :-)

azian said...

akak..
kite pun ade pengalaman tgok kucen bersalin kak...hihi...org bersalin jekkk tak tgok lg,,,

good luck utk is...

mamaarifakeemaisy said...

Hehe..tersenyum2 saya baca n3 ni.. dpt bygkan keterujaan tu...sbb i love cats ... :-)
Masa bujang suka la bela kucing, ada anak kecil ni..elakkanlah, anak suka betul kucing tp berbulu kan, bahaya pulak...

Alahai terbyg2 pulak wajah innocent anak2 kucing tu.. cute pastinya :-)

Angah said...

hehehe...havock satu rumah ye tgk kucing bersalin

Lydia Miza said...

Wah dpt tiga cucu comel.. Kak fea, sy terfikir, kucing ni kuat kan semangat dia. Kita ni beranak satu pun rasa nak putus nyawa dah. Kucing beranak xde bidan pun. Kuasa Allah:)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...