Nuffnang

Wednesday, September 18, 2013

Ice Skating @ Sunway Pyramid..

Assalamualaikum..

Cuti 3 hari pergi bercuti ke mana? Kami sekeluarga tak ke mana-mana. Hari Ahad ada kenduri kahwin di Shah Alam. Emak balik kampung. Adik aku bawak anaknya bercuti ke Melaka. Adik yang seorang lagi kerja. Jadinya kami sekeluarga ajelah yang pergi untuk wakilkan yang lain. Alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa. Bila pergi kenduri kahwin keluarga, selalu rasa excited nak jumpa saudara mara dari nak tengok pengantin. 

Dah alang-alang nak ke Shah Alam, terus kepala ni terfikir nak bawa anak-anak pergi skating kat Sunway Pyramid pulak lepas kenduri. Selalu skating kat dalam rumah aje. Kali ni nak bagi rasa skating atas ais pulak. Dari rumah lagi anak-anak dah excited. Habis aje kenduri terus redah Sunway Pyramid. Nak cari parking aje dah satu bab he..he.. Punyalah banyak kali kena pusing. Sebab nak bawa anak-anak pergi skating, en.asben cool aje cari juga parking. Kalau tak dah tentu cepat-cepat dia ajak balik he..he..

Alhamdulillah, bila dah mahir dengan roller blade nak meluncur atas ais dah tak jadi masalah untuk anak-anak. Harga sekali masuk RM22 seorang. Stokin dan glove lain harga. Nak jimat bawa aje sendiri punya. Hari tu anak-anak memang bawak stokin. Tapi glove terlupa pulak nak bawak. Jadinya terpaksalah tambah RM8 seorang untuk harga glove. So total RM30 seorang. Okeylah tu, janji anak-anak seronok. Mama pun rasa bahagia walaupun terpaksa berbaju kurung moden jalan-jalan kat Sunway Pyramid di hari minggu ha..ha..

 Excited...

 Ceria..

 Enjoy..

 Happy...

 Best..

Syok..

Caring..

 Tak nak balik!!! 

Mini ME @ En.asben sweetheart he..he....

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

11 comments:

♥ Wina ♥ said...

seronoknye!

wina tak pernah ice skating tau..confirm jatuh nanti heheee

Lydia Miza said...

Nampak sgt best, kalau maisarah anak sy yg sulung tau entri ni mmg dia merengek la nak ke sana nnt:)

Tq utk info harga semua tu ye kak fea

Eye_nee said...

Wajah hepi anak2 sgtt terserlah nampaknya sis..seronok sgt lah tu....

Nyamuk Terbang said...

bestnya...kter xpndai..mesti jatuh pnya..hehe

:: Mrs.Eady :: said...

Untung nyer pandai skafe..Izwa hurmmm x reti lgsg.

ummiross said...

Dah biasa main roller blade, tentu pandai imbang badan kan Hanis.
Seronok juga spend masa cuti main ice skating ni.

NM03 said...

saya gerun tgk orang main ni kak. hehehe

eB said...

dh lm x men, m,usti tergolek la eB nih ;p
ps: u sht dear? (",)

Angah said...

entah bila la dpt mencuba berskating di sini...

Syira Qahira said...

salam

lama tak singgah sini, atau lebih tepatnya jarang blogwalking sbb nak jaga hati sendiri..

skrg ramai org update blog pasal preggy, dapat anak dan kisah anak-anak, lepas tu mesti rasa sedih, lepas tu efek pada suami yang penat balik kerja...

akhirnya buat keputusan, just buka blog dan update kisah sendiri je..

semoga akak bahagia sokmo..

mama lieyna said...

Waah bestnye... :-)
Anak2 happy, kita pun tumpang rasa happy kan...