Thursday, January 16, 2014

2014 tahun penuh harapan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah untuk pagi yang indah. Pagi ini aku bangun dengan hati yang tenang. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..  Tiada apa yang akan berlaku tanpa izin dariNYA. Terima kasih ALLAH. Rutin persekolahan anak-anak sudah mula berjalan dengan lancar setelah masuk minggu ketiga persekolahan. Pastinya, itu salah satu penyebab hatiku berasa lapang. Dalam banyak perkara memang hal tentang anak-anak akan sentiasa menjadi keutamaan. Syukur.. segalanya dipermudahkan untuk kami sekeluarga. Terasa baru saja melangkah ke tahun baru. Hari ini kita sudah melewati setengah bulan pertama di tahun 2014.

Sejak 2013, banyak harapan yang aku letakkan untuk tahun 2014. Semua harapan tersebut merupakan impian yang besar untukku. Doaku, semoga harapan dan impianku akan tercapai hendaknya. Namun dalam pada menanam harapan, aku tetap akur yang jika ianya bukan yang terbaik untukku aku redha jika impian itu tidak kesampaian. Aku yakin, ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita. Dalam pada mahu menikmati segala yang terbaik, harapan perlu tinggi, impian harus menggunung, usaha patut bersungguh dan doa tak boleh kurang. Apa yang penting, setiap amalan perlu istiqamah dan dipertingkatkan. Semoga aku selalu ingat tentang itu, insyaALLAH.

Tahun ini, besar harapanku agar novel keduaku dapat diterbitkan. Besar juga harapanku agar manuskrip ketigaku dapat disiapkan dengan baik dan sempurna. Tahun ini, anak sulungku Han akan menduduki peperiksaan besar yang pertama untuknya di sekolah menengah. (PPMR ke namanya? Aku masih belum pasti). Harapanku agar anakku dan semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tersebut akan memperolehi keputusan yang cemerlang. Tahun ini, dua orang anakku sudah belajar di sekolah menengah. Menyedari hakikat itu, harapanku agar aku lebih pandai mengurus perbelanjaan agar ada sedikit yang dapat disimpan untuk bekal perbelanjaan anak-anak di peringkat tinggi nanti andai ada rezeki. 

Menguruskan badan memang menjadi harapan tahunan. Tidak mahu mengalah, aku masih ada harapan yang tinggi tentangnya walaupun usahaku ke arah itu adalah antara yang paling rendah peratusannya setiap tahun hu..hu.. Tahun ini aku harap aku akan lebih bersungguh! Well.. azam kena bersungguh kan. Tahun ini juga ada impian yang sangat besar untuk aku dan en.asben. Rasanya untuk yang itu, biarlah kami simpan sendiri buat setakat ini.  Namun dengan rendah hati aku memohon teman-teman untuk mendoakan agar ianya menjadi rezeki untuk kami, InsyaAllah. Yang tertulis disini hanya sebahagian dari harapanku. Pastinya ada lagi yang menjadi harapan besarku walaupun tidak terisi dalam senarai. Semoga setiap harapan dan impian dapat digapai dan mendapat keberkatan.

InsyaAllah.. esok, aku dan en.asben akan pergi bercuti berdua. Ada yang mengusik kata nak pergi berbulan madu he..he.. Namun aku lebih suka menjawabnya sebagai mahu meraikan cinta. InsyaAllah.. tahun ini masuk tahun ke-16 kami hidup bersama. Harapanku agar kami dapat bersama dan bercinta hingga ke syurga, insyaALLAH. Sebelum waktu itu, cinta harus dirai! Untuk percutian ini, tak jauh pun destinasinya. Pergi pun tak lama. Anak-anak pun tak heran nak ikut sama he..he.. Jeles pun tidak ha..ha.. Hotel dah confirm, web check in dah settle, duit dah tukar, ground tour pun baru tadi tourist guidenya menelefon untuk confirmkan kehadiran kami dengan janji akan menunggu kami dengan tanda namaku di airport. Dah rasa teruja??? Hmm.. belum lagi. Masih biasa-biasa saja. Namun percutian ini memang menjadi harapanku sejak 2013. Alhamdulillah.. ada rezeki esok dapatlah aku mencapai impian itu. The power of dream kan.. Ada rezeki, impian dan harapan akan jadi milik kita, InsyaAllah.. Alhamdulillah.. bersyukur itu sangat perlu! 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah akan sentiasa jadi milik kita. Take care and have a nice day.

15 comments:

Eye_nee said...

Pertamanya semoga ALLAH permudahkan segala keinginan kamu sis...semoga kamu terus maju jaya dlm bidang penulisan novel kamu...tidak minat membaca novel tidak bermakna tidak menyokong kamu membelinya kan...Semoga percutian kamu suami isteri hepi okkkk...

faraherda.razalan said...

Sy tak tanam azam utk 2014. Tp sy idamkan sesuatu. Sesuatu yg menuntut kudrat sy sendiri. Tgklah mcm mana. Tak berani nak berjanji sbb sy bakal menimang baby tak lama lagi. Tahu jelah klu dah ber-baby kak. Huhuhuhu~

Sy doakan apa yg dicita-citakan akak, akan tercapai dan dipermudahkan segala urusan.

Izwa Kamaruddin said...

Happy vacation kak :)

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah moga impian menjadi kenyataan. Selamat becuti..

ummiross said...

InsyaAllah..semoga semua impian tercapai dan dipermudahkan olehNya.

Selamat berhoneymoon ye..:)

Cik Lily Putih said...

bestnya pi honeymoon berdua... mesti akan teringat time masa memula kawin dulu la ek

Irfa said...

percutian raikan cinta, hihi
ai like

nahlia said...

Mmg sesekalu teringin begitu tp abg tak mahu..berat nak tingga anak anak kut sbb dah biasa beramai ramai

nahlia said...

Mmg sesekalu teringin begitu tp abg tak mahu..berat nak tingga anak anak kut sbb dah biasa beramai ramai

nahlia said...

Mmg sesekalu teringin begitu tp abg tak mahu..berat nak tingga anak anak kut sbb dah biasa beramai ramai

mummY daniSha said...

samelaah kak..same2la kite kuruskan badan taun ni huhi

Acik Erna said...

selamat bercuti untuk meraikan cinta ye Hanis

Dr K said...

Good luck utk Han...Good luck juga utk azam kuruskan badan...hahaha..saya pun macam tu, tiap2 tahun azam...masih tak kurus lagi!

Moga novel kedua terbit tahun 2014 ni..Insya Allah

Unknown said...

selamat bercuti kak Fea..:)

MulutPayau said...

Bestnya..selamat bercuti dear...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...