Salam Maulidur Rasul untuk semua. Semalam cuti. Bila duduk rumah memang perut akan selalu rasa lapar. Tapi bila hari cuti nak keluar membeli tu memang sangat tak rajin. Jadinya bila tak rajin memang terpaksalah mengigihkan diri juga untuk memasak untuk mengelakkan anak beranak kelaparan he..he.. Tengah hari tu aku dah buat mee kari. Petangnya dah terasa lapar lagi. Teringin pula nak makan jemput-jemput. Waktu ambil tepung dalam almari terpandangkan keropok ikan. Dah terlanjur mengoreng jemput-jemput tu aku gorengkanlah sekali keropok ikan tu selepas itu.
Ketika mengoreng keropok ikan aku teringatkan kisah waktu aku zaman anak dara dulu. Memang aku mengaku yang waktu anak dara aku memang tak reti buat kerja-kerja dapur. Buat kerja-kerja rumah tu memang boleh diharap lagi. Tapi buat kerja dapur errrr.. langsung tak boleh diharap ha..ha.. Setiap kali buat kerja dapur memang selalu tak menjadi. Bila dah takde skill susahlah sikit hasilnya nak menjadi kan. Alhamdulillah.. ada juga orang yang nak masuk meminang he..he.. TQ en.asben. Kalau ikutkan skill kerja dapurku dulu memang aku sendiri tak yakin yang boleh juga aku memasak untuk suami dan anak-anak sekarang ini.
Ada sekali tu sebelum emak pergi kerja dia pesan kalau senang-senang tu gorenglah keropok ikan. Boleh buat makan-makan nanti. So dah habis buat kerja rumah aku pun mengoreng keropok. Tapi waktu tu teringat pula kasut yang tak berbasuh lagi. Jadinya sambil aku mengoreng keropok sambil aku merendam kasut. Sekejap lari ke bilik air. Sekejap lepas tu lari ke kuali semula. Berulang alik ajelah kerjanya. Hasilnya... memang keropok aku hitam-hitam sikit. Tapi taklah rentung ha..ha..
Waktu balik kerja emak tengok keropok-keropok aku gelap semacam aje warnanya. Emak pun tanyalah, macam mana boleh jadi macam tu? Aku pun jawablah yang aku mengoreng keropok sambil merendam kasut. Memang tepuk dahilah emak aku. Along... goreng keropok mana boleh menyambil buat kerja lain. Goreng keropok kena tumpu aje kat kuali sebab kejap aje keropok tu dah kembang dan boleh angkat.. Oh.. gitu ke. Barulah aku tahu. Sejak itu setiap kali mengoreng keropok aku pasti akan teringat kisah itu ha..ha.. Alhamdulillah.. keropok ikan yang aku goreng sudah mengancam warnanya sekarang.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
9 comments:
hahaha..siap pegi rendam kasut lagi tu..
kisah dulu2 kan...skang kompom dah pandai goreng kan??? hihi
Akk ni pun bukan spesis yg suka kedapur sis..mengemas suka..masak non hado..sib baik jugak ada jodoh dipinang org...la ni pun yg simple2 bolehlah masak..lepas lah tekak anak beranak...
hahaha.gelak sesorang baca entri ni
ada pulak goreng kopok smbil wat mende lain..
sy pun mls nak goreng kopok
kalau org lain yg goreng, laju je makan
hahhaa
hihihih eka dlu pun x reti. Ade ke minyak tak panas lagi dah campak keropok. Memang bantut la jadinye.
Tapi skang tak lagi. Udah pandai.
tetibe tringat kopok ikang kawan baru balik tganu kat umah tu tak goreng lagi. nak goreng, tong gas takdelak kat umah sewa baru ni. aduhhh
Hehehehehe...selalunya mmg mcm tu kak. Ms anak dara, tak tau bt keje apa pun. Tp dah kawen, Inshaa-Allah...expert gituhhhh!
saya takde pengalaman goreng keropok rentung,tapi goreng telur dadar dengan minyak macam nak goreng keropok ada.....banyak tu minyak,,,pengalaman mendewasakan seseorang kan..
Itulah pentingnya ilmu tak kira dlm apa jua hal kan Hanis. Keropok memang garing tapi mesti warnanya tak mengancam...
masa anak dara dulu cam tuh gak, now dah lama tak goreng kepok... terus lapo dibuatnya la
Post a Comment