Alhamdulillah.. syukur Ya ALLAH. Hari ni aku nak berkongsi berita gembira dengan teman-teman semua. InsyaALLAH, novel keduaku akan diterbitkan pada bulan Jun 2014 oleh Buku Prima, Karangkraf. InsyaALLAH.. ianya akan ada secara eksklusif di PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 pada 24 April - 4 Mei 2014 di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC bersama novel-novel Buku Prima yang lain. Harap-harap novel Dia Sayang Aku ini dapat diterima oleh pembaca seperti mana novel pertamaku Takdir Fitrah Terindah. Kedua-dua novel ini sangat istimewa buatku. Aku memang bersungguh sewaktu menulis dan aku telah buat yang terbaik untuk keduanya. Semoga ianya dapat memikat hati pembaca nanti. Semoga novel-novelku dan novel-novel Buku Prima yang lain akan mendapat sambutan di Pesta Buku KL nanti insyaAllah..
DIA SAYANG AKU
Sejak kecil, Zaira menjadi dambaan hati Fir. Ianya membuatkan Fir terus memasang impian. Fir mahukan Zaira, tetapi hati Zaira hanya untuk Ikmal. Akhirnya Zaira berkahwin dengan Ikmal. Fir akur dengan hakikat itu. Kebahagiaan Zaira lebih utama.
Kehadiran Sufi mula menggugat kebahagian Zaira dan Ikmal. Dalam keterpaksaan, Zaira akur untuk berkongsi kasih. Pengorbanan yang membuatkan rasa cintanya pada Ikmal mula goyah. Ditakdirkan Zaira dan Fir bertemu semula. Namun mereka bertemu hanya sekadar menjadi abang dan adik. Kesetiaan Zaira pada Ikmal terus dihormati. Dalam waktu Zaira menghadapi masalahnya, Fir tidak langsung mengambil kesempatan.
Apabila Zaira kehilangan Ikmal, Fir pula sedang mahu memiliki Adelia. Perasaan yang ada harus disimpan untuk pengetahuan sendiri. Memang payah mahu menyorokkan perasaan yang ada. Bukan mudah mahu menidakkan rasa yang tidak pernah hilang. Adakah Zaira dapat menerima Fir dalam hatinya? Dapatkah Fir memiliki cinta Zaira? Mampukah Adelia menghilangkan rasa cinta di hati Fir untuk Zaira?
RM 22.90 ISBN: 978-967-446-004-4 ~588 hlm
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
25 comments:
baca sinopsis pun mcm nak nangis ni...aduhh..kang jadi mcm takdir fitrah terindah..baca sampai bengkak-bengkak mata..hehehe..
As-salam idzwa..
he..he.. mmg ada bab yang sedih.. tp happy ending juga akhirnya.. harap2 tak bengkak2 mata dan harap2 idzwa suka dengan jalan ceritanya.. terima kasih ya!
tahniah kak fea.. im proud of you <3
Tetap Akan beli nOvel kamu biarpun bukan kaki novel..semuanya kerana Ukhwah yg terbina ini...
Tahniah buat kamu....
tahniah kak..
baca sinopsis nya pun dah menarik ni. nak beli jugakla..haaa. mmg dlm perancnagan nak pergi pesta buku tu
As-salam Lulu..
Alhamdulillah.. terima kasih banyak Lulu.. Sokongan Lulu pada akak dalam bidang penulisan sgt akak hargai.. semoga persahabatan kita kekal abadi.. insyaALLAH..
Kak Eye-Nee..
Alhamdulillah.. terima kasih banyak kak atas sokongan.. Ukhwah alam maya juga sangat indah kan kak.. semoga ianya diredhai ALLAH..
Idaz..
Terima kasih ya.. Semoga jalan ceritanya kena dengan selera pembaca.. slmt shopping buku di PBAKL nnt.. :)
There u go sil...terbaekla
Thniah Hanis keluaran novel kedua semoga betambah success dalam dunia penulisan
nahlia : Terima kasih kakakku k.li.. ALHAMDULILLAH
sud@is :Alhamdulillah.. terima kasih ya sahabat.. Amin untuk doa yang baik tu..
Diana Rashid : Alhamdulillah.. akhirnya.. Terima kasih diana kerana setia menunggu.. :)
Baca sinopsis macam best je.. :)
Nak kena beli ni..
Dah lama tak layan novel since drama di tv selalu adapatasi dari novel..
Baca sinopsis macam best je.. :)
Nak kena beli ni..
Dah lama tak layan novel since drama di tv selalu adapatasi dari novel..
Tahniah Hanis, dah keluar novel terbaru...:)
Assalamualaikum Hanis!
Taniah untuk keluaran yg kedua! Moga dapat menghasilkan lagi novel yg best-best!
Myra Jay : Nanti jemput beli ya.. harap2 ianya kena dengan selera Myra.. Terima kasih atas sokongan :)
~yus~ : Alhamdulillah.. syukur.. Terima kasih ya yus..
Anonymous : Waalaikumsalam... Alhamdulillah.. InsyaALLAH Amin mudah2an untuk doa tu.. Terima kasih ya..
tak sempat nak ke PWTC...nak beli dari online boleh..nak yg ada tandatangan sekali cam buku 1st dulu.....hehehe
Alin Marlini : InsyaAllah.. boleh Alin.. nnt klu ada akak inform.. tq ya atas sokongan..
Alhamdulillah, tahniah Hanis, ummi turut teruja dan gembira ni.
Ummiross : Alhamdulillah.. terima kasih ummi.. syukur..
salam,kat pesta buku dah ada ke novel ni,nape sy cari tak jumpa pun...
Anonymous : As-salam.. setakat ni belum ada lagi sebab masih belum siap proses printingnya.. sy pun baru dapat info.. mohon tunggu ya.. terima kasih..
Assalamualaikum kak hanis..
Hari ni sy teringat kat akak.. terus cari nama akak dlm list komen di blog.. alhamdulillah.. buku ke 2 dah ada di pasaran.. tgah duk cari siapa boleh belikan utk dikirim bawa ke sy..
Tahniah ksk...
Tahniah dah klr novel baru,kak nurul terbaca dlm sinar harian hari nie,tu yg terus pegi blog hanis......kak nurul lama dah x BW,tue yg ketinggalan nie,apa2 pun tahniah sekali lg.
Post a Comment