Thursday, April 10, 2014

Keberkatan Solat Dhuha..

Assalamualaikum..

Sejak beberapa tahun lepas, aku selalu mendengar emak bercerita tentang keberkatan solat dhuha. Kata emak, sejak mengamalkan solat dhuha, terasa rezekinya lebih diberkati. Kesihatan pun berasa lebih baik. Rezeki anak-anaknya (kami adik beradik) juga kelihatan lebih murah. Alhamdulillah. Perkara yang sama juga aku dengar dari orang lain. Mendengar cerita dan keberkatan rezeki mereka aku juga turut mahu memperolehi perkara yang sama. Solat dhuha mula aku tunaikan. Namun ianya sekadar tertunai bila saja aku teringat. Ataupun bila saja aku mempunyai masa. Selain dari tu aku sering lalai dan terlupa. Bila sesuatu perkara itu tidak menjadi rutin, jarang benar kita mahu berdisplin. 

Hujung tahun lepas, aku mula berazam untuk bersungguh menunaikan solat dhuha. Penghijrahan ramai orang ke jalan ALLAH membuatkan aku juga terasa mahu memperbaiki diri dalam ibadahku. Terasa tidak mahu ketinggalan. Juga tidak mahu berada di takuk lama. Ibadah perlu aku perbanyakkan. Apa yang kurang perlu aku tingkatkan. Umur semakin meningkat. Masa yang tinggal mungkin tidak lama. Alhamdulillah.. bila kita bersungguh, Allah melorongkan jalannya. Alhamdulillah.. aku diberikan kesempatan masa untuk menunaikannya. Aku sudah jarang terlupa untuk melakukannya. Sesekali memang ada juga aku terlupa. Tapi dalam kebanyakan waktu, aku selalu teringat tentangnya. Syukur. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan dari ALLAH. Thank you ALLAH.

Janji ALLAH itu benar dalam setiap perkara. Begitu juga dengan janjiNYA dalam solat dhuha. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar. Sejak menunaikan solat dhuha, terasa rezeki kami sekeluarga lebih diberkati. Rezeki kami juga terasa lebih murah. Ianya juga hadir dalam jalan yang tidak kami sangka-sangka. Syukur ya ALLAH. Semoga kami sentiasa tahu untuk lebih bersyukur. Semoga kami selalu istiqamah dalam melakukan amal ibadat kami hanya kerana ALLAH. Memperolehi rezeki memang selalu membuatkan kita rasa gembira. Namun bila dengan rezeki itu kita jadi lebih murah hati untuk berkongsi dengan orang lain perkara itu lebih membuatkan kita jadi lebih gembira. Subhanallah.. besarnya makna keberkatan rezeki itu. Terasa mahu menitik air mata bila teringatkannya. Terasa lapang dada bila dengan rezeki itu kita tidak rasa lokek untuk berkongsi. Juga tidak takut andai rezeki kita berkurang.

Minggu lepas aku terdengar program di radio. Menurut ustazah, bila mahu menceritakan tentang sesuatu biarlah kita sendiri sudah melaksanakannya. Selepas itu barulah berkongsi dengan orang lain tentang kebaikannya. Ianya dapat memberikan contoh buat orang lain selain dapat mengingatkan diri kita sendiri untuk terus melakukannya. Semoga perkongsian ini dapat memberikan kebaikan buat diriku dan orang lain juga. Semoga perkongsian ini tidak mengundang sebarang rasa riak dan sombong. Aku mengaku, diri ini masih penuh dengan kekurangan. Namun dalam setiap perkara kebaikan selalu ada rasa untuk berkongsi. Semoga usaha yang kecil ini mendapat keberkatan dari ALLAH.. insyaALLAH.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

12 comments:

PetakBunga said...

kena belajar2 solat duha..
hr tak kerja membuta..huhu

Izwa Kamaruddin said...

terima kasih kak atas peringatan inie..

NM03 said...

rajin mengamalkan solat dhuha... ganjaran yang kita dapat sebaik2 maksudnya

Eye_nee said...

SAtu perkongsian yg sgt bagus ni geng...semoga saling kita bercerita ttg sesuatu yg baik begini...kalau belum terbuka hati...brgkali dgn tulisan begini membuka pula hati utk tidak lg merasakan Dhuha sekadar sunat yg jika tidak dibuat tidak pula mendatangkan dosa namun jika dilakukan membuahkan pahala pd kita...

sud@is said...

terimakasih atas perkongsian yang sgt berharga ini...jazakallahukhair

Acik Erna said...

Alhamdulillah Hanis...perlahan2 boleh mulakan solat sunat yang lain pula

Irfa said...

alhamdulillah. terima kasih utk perkngsian

Myra Jay said...

Pintu rezeki adalah melalui solat Dhuha kan..

Yg penting istiqamah untuk nak dapatkan hasilnya

Anonymous said...

Salam akak.. Semoga slalu dilimpahkan rizqi untuk akak dan semua keluarga...amiin.. Rizal bali

Hanis Azla said...

As-salam Rizal..

Masih ingat akak lagi ya.. terima kasih.. semoga rizal dan keluarga juga dilimpahi dengan keberkatan rezeki.. insyaALLAH..

Anonymous said...

Amiin..alhmdllah masih ingat akak..salam juga untuk abang. Novel akak yang baru bertajuk "dia sayang aku" sampai indon ke x...? :)

Hanis Azla said...

As-salam rizal..

InsyaALLAH.. nnt akak sampaikan pada abang..Rasanya novel akak tu tak sampai ke bali rizal he..he.. TQ ya..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...