Thursday, April 24, 2014

Tergamak..

Assalamualaikum..

Bila bercakap tentang tergamak.. selalu membuatkan kita terfikir sendiri. Sampainya hati seseorang itu sehingga tergamak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sanggup melakukan perkara yang boleh membuatkan orang lain sengsara, terluka dan teraniaya. Kalau kita, tak tergamak rasanya untuk melakukan hal yang sebegitu. Memikirkannya saja terasa tidak tergamak. Namun, ada orang yang masih tergamak untuk melakukannya. Adakalanya, orang tergamak melakukan sesuatu perkara kerana terdesak. Bila terdesak, perkara yang tak perlu menjadi keperluan. Perkara yang sepatutnya orang waras tidak akan melakukannya walaupun terdesak. Tapi.. hati dan pemikiran setiap orang tidak sama.  Hanya diri sendiri yang boleh memilih sama ada tergamak mahu pun tidak. 

Ada orang, tergamak menganiaya orang lain asalkan hatinya puas dan dendamnya terbalas. Ada orang, tergamak mengabaikan orang yang berjasa padanya hanya kerana hatinya terluka. Ada orang, tergamak mencurangi isterinya asalkan dapat memakna cinta bersama kekasih gelapnya. Ada orang, tergamak mengkhianati suaminya dengan memadu kasih dengan lelaki lain. Ada orang, tergamak mengabaikan orang tuanya dan melupai jasa mereka bila hatinya sudah dimiliki orang yang dicinta. Ada orang, tergamak mengenakan orang lain tak kiralah siapa pun mereka. Ada orang, tergamak mencari hal dengan orang lain yang sedikit pun tiada kena mengena dengan dirinya.

Perkara-perkara seperti itu menjadi perkara yang tidak asing untuk kita dengar sekarang ini kerana ramai yang tergamak melakukannya. Dalam novel, drama mahupun dalam kehidupan sebenar, ianya selalu dipaparkan. Kalau tak tergamak, tak jadi cerita pulak kan? Kalau tak tergamak, tiada pula orang yang teraniaya kan?  Hmm.. hati sendiri, akal sendiri, sendirilah fikir. Untuk yang tak pernah tergamak, tak perlu risau sangat. Terus bertahan dan berdoa agar tidak sekali-kali tergamak melakukan hal yang tidak sepatutnya. Bagi yang tergamak tu, ingatlah, doa orang yang teraniaya tu tiada hijab. Satu yang perlu diingat ialah, ALLAH itu maha adil. Kita mungkin terlepas dengan pengadilan manusia. Namun pengadilan ALLAH itu maha hebat. ALLAH sebaik-baik pengadil.

Semoga kita semua sentiasa beringat untuk tidak menganiaya sesiapa pun tak kiralah siapa pun mereka. Tak kiralah apa situasinya. Tak kiralah bagaimana pun kita dilayan oleh mereka. Tak kiralah sebanyak mana pun dendam kita. Tiada kesudahannya bila terus mengikut kata hati. Bila tergamak, apa yang tak patut jadi patut. Kalau ianya menyusahkan hidup kita sendiri itu masalah kita. Tapi kalau ianya menyusahkan hidup orang lain, pastinya ramai yang terbabit untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya, apa yang kita dapat? Kalau sekadar kepuasan kerana tergamak mengenakan orang lain hmm.. banyak lagi perkara yang bermanfaat yang boleh kita lakukan. Hidup hanya sekali. Jangan kotori dengan hasad dengki, benci membenci dan sakit menyakiti. Apa yang perlu, tingkatkan amalan untuk bekalan  hidup di kehidupan seterusnya nanti. 

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

13 comments:

Irfa said...

emm betul tu
mcm orang buang anak
kita tak tergamak, sbb tu selalu fikir mcm mana perasaan org yg tergamak buang anak

Angah said...

Tergamak Kau...teringat kat lagu kumpulan UK's pulak...:D

Unknown said...

biasanya org begini hanya mementingkan diri sendiri sahaja.
mmg x tergamak nk bergaul dgn mereka.

Alin Marlini said...

selfish untuk org yang tergamak ni....

PetakBunga said...

bila manusia dalam keadaan terdesak..
apa pun tergamak... jangan kata buang darah daging, makan pun sanggup.

Eye_nee said...

mcm2 tergamak yg org pernah buat..Kita merasakan yg kita tidak akan tergamak melakukannya..sejujurnya mendepani sesautu yg sgt menyakitkan kdgkala tnpa sedar yg tidak tergamak kita lakukan bertukar menjadi tergamak melakukannya...wlhal bukan begitu sifat dan keinginan kita...

Semoga kita bukan tergolong dlm kalangan insan yg tergamak melakukannnya dan dijauhkan pula menjadi insan penyebab tergamaknya perlaku org lain terhadap kita..

Pjg pulak komen akk ni sis..

Acik Erna said...

Assalam hanis..semoga kita dipelihara dari sifat atau atau pun berbuatan yang tak.baik

Izwa Kamaruddin said...

As Salam Kak..tak tergamak rase nyer nak lukakan hati org lain...

Myra Jay said...

MJ pun tak tergamak nak buat kat orang lain, apapun pikir dulu baik buruknya..
sebab kita taknak Allah balas ke kita balik kan..

ummiross said...

kerana tergamak, banyak perkara jadi huru-hara kan Hanis. Moga Allah SWT melindungi hati kita.

Lydia Miza said...

Moga hati kita bersih kan kak., takut jika kita yg tergamak buat benda x baik pada org lain

May said...

Nice thoughts to ponder here...

Ati Masrif said...

assalam fea,

bila nafsu sudah mengatasi akal fikiran..gitulah jadinya

sebab itu dlm agama kita di katakan...
sifat marah itu kunci utk syaitan masuk dlm diri kita
bila dah masuk...mcm2 perkara yg mustahil senang2 di buat.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...