Thursday, May 8, 2014

Kuat...

Assalamualaikum..

Dah lamanya tak berkongsi kisah di sini. Sejak dua minggu ni aku memang sibuk sedikit. Sudah dua minggu adik aku kembali dimasukkan ke hospital. Selepas 13 hari di hospital, kelmarin dia sudah dibenarkan pulang ke rumah. Tak sampai beberapa jam di rumah, adikku kembali berasa tidak sihat. Semalam kami terpaksa membawanya ke hospital semula. Terpaksa pulang lebih awal dari waktu berkerja, uruskan hal anak-anak, pergi ke rumah adikku untuk mengambilnya dan terus ke hospital. Alhamdulillah.. segala urusan kami dipermudahkan. Tiada kesesakan lalu lintas, urusan pendaftaran dan proses rawatan di tempat kecemasan juga lancar. Malah tidak berapa lama berada di situ, doktor yang merawat adikku sudah datang menlihat keadaannya. Sejam kemudian adikku dipindahkan ke wad ICU. Lebih mudah bila adikku ditempatkan di wad itu. Di situ, nurse sentiasa ada untuk memantau keadaan adikku. Semoga adikku diberikan kesembuhan hendaknya. Alhamdulillah.. malam tadi sebelum pulang, keadaan adikku nampak stabil. Pagi ini bila aku call katanya dia okey. Semoga adikku akan terus okey hendaknya. 

Terima kasih adik bongsuku kerana membantu menguruskan hal dengan doktor dan hospital dengan cukup baik. Kalau nak harapkan aku menguruskan segalanya rasanya aku tak mampu. Aku ni nama saja anak sulong, tapi dalam kebanyakan hal, adik-adikku yang selalu lebih ke depan. Namun dalam saat seorang adikku sakit begini, barulah aku juga boleh jadi seperti adik-adikku. Makcik aku siap tegur semalam. Katanya, kalau dulu aku seperti tidak dapat jadi tempat sandaran. Tapi kini, aku sudah nampak lain. Nampak lebih kuat dari dulu. Kalau dulu aku selalu perlu mengharapkan orang lain. Sekarang, banyak perkara yang aku sudah mampu berdikari untuk melakukannya sendiri. Alhamdulillah.. dugaan yang datang lebih mematangkan dan mendewasakan aku. Tanggungjawab yang lebih besar menjadikan aku lebih kuat untuk mengalasnya. Terima kasih buat en.asben dan anak-anak yang selalu membantu meringankan tugasanku. Dengan bantuan dan kefahaman dari mereka, agak mudah untuk aku laksanakan tanggungjawab lain. 

Alhamdulillah.. dalam kesibukkan, sempat juga aku ambil masa untuk menguruskan soal percutian. Memandangkan percutian kali ini kami tidak menggunakan travel agent, maka segalanya harus aku sediakan dan aturkan sendiri. Segala perkara dan butiran berkaitan percutian aku siapkan dengan sehabis lengkap mengikut kemampuanku. Bila aku kongsikan dengan en.asben, katanya kertas kerjaku cukup sempurna. He..he.. manakan tidak, gubra punya pasal, bukan setakat perkara dan urusan penting, details dan hal-hal kecil pun aku masukkan juga. Harap-harap ianya dapat membantu kami dengan baik ketika di sana nanti, insyaALLAH. Nak pergi bercuti dalam waktu begini, terasa sungguh berat hati. Tapi, aku perlu kuat juga untuk meneruskan apa yang sudah dirancang sebelum ini. Alhamdulillah.. adikku sendiri faham. Emak dan keluarga yang lain juga faham. Bila semua orang boleh faham, rasa berat hati itu jadi lebih ringan. Semoga segala perancangan kami akan berjalan dengan lancar. Semoga kami semua selamat dan sentiasa dilindungi. Semoga kesihatan adikku akan bertambah baik dan semoga dia akan kembali sihat seperti dulu. insyaALLAH.. semoga semangatnya terus kuat sebagaimana aku yang mula kuat sekarang ini. Tolong doa-doakan sama ya. Terima kasih. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

8 comments:

Lulu Caldina said...

semoga dipermudahkan kak fea..

selamat bercuti!!

ummiross said...

Ummi doakan adik Hanis cepat sembuh dan kembali sihat secepat mungkin.

Nak bercuti kemana tuu? Macam ummi juga, kalau nak bercuti, itinari tu ummi yang susun, punyalah rajin menng'google' sebab semangat cuti punya pasal. Seronok sebenarnya pergi tanpa travel agent, travel like local, hehe..
Moga Allah SWT permudahkan segala urusan.

Izwa Kamaruddin said...

selamat bercuti kak..

semoga adik akak diberi kesembuhan dan diringankan beban kesakitan nya..

mrs said...

semoga adik akak cepat sembuh

Eye_nee said...

Semoga Adik kamu kembali sihat seperti sebelumnya yer sis..

Selamat bercuti buat kamu semoga dipermudahkan semua urusan percutian kamu nnt..

Ati Masrif said...

assalam fea,

takziah buat fea sekeluarga.
berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul

tapi kak ati nk sangat tahu apa sakit arwah adik fea ye..kalau tak keberatan.

al-fatihah buat arwah

Sz said...

assalam kak fea!

sama2 kita "kuat" kak! :(

nazayiena said...

Semoga adik fea akan sembuh seperti biasa dan fea sekeluarga dapat bercuti dengan tenang juga.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...