Assalamualaikum..
Salam jumaat yang mulia. Selamat datang bulan syaaban yang mulia.
Aku sangat suka melihat awan. Bagi aku, awan terlalu indah untuk dipandang. MasyaALLAH.. setiap kali memandang awan terasa sungguh besar keagungan ALLAH. Alhamdulillah.. kerana ALLAH mengurniakan penglihatan untuk aku dapat menikmati keindahan awan. Dua hari ni aku leka memandang awan. Matahari pagi yang baru naik di sebalik awan yang indah memukau pandanganku. Memandang pada awan aku teringat pada arwah adikku. Tiga hari sebelum arwah adikku koma, adik bongsuku membawanya pulang ke rumah dari hospital. Cerita adik bongsuku, dalam perjalanan itu, beria-ia arwah melihat awan. Beria-ia juga arwah memuji betapa cantiknya awan. SUBHANALLAH.. cantiknya.. katanya.
Rindu. Aku memang sangat rindu. Kata orang mungkin kerana baru lagi. Jadi rindu itu lebih terasa. Tapi bagiku ianya bukan sebab baru. Tapi sebab bagaimana seseorang itu berada dekat di hati. Macam arwah ayah, walaupun sudah 29 tahun arwah pergi namun aku masih terasa cukup rindu. Teringat lagi sewaktu arwah adikku masuk asrama. Aku menangis waktu hari pertama dia tinggal di asrama. Sejak kecil kami tidak pernah berpisah. Bila berjauhan hati jadi sangat rindu. Padahal, kami bukanlah jenis yang cukup akrab kalau berdua. Sekadar rapat sebagai adik dan kakak. Mungkin hubungan darah membuatkan hubungan yang tidak begitu akrab mempunyai nilai yang lain. Nilai yang akan lebih dirasai bila dirinya tiada di sisi. Saat ini aku masih sangat emosi. Bukan kerana tidak redha. Tapi lebih kepada demam rindu.
Al-fatihah buat arwah.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
6 comments:
al-fatihah..
rindu yg tiada penghujung nyer selagi ada usia kerana pertalian darah yg cukup kuat.
As-SAlam sis..
Rindu itu tiada ubat..rindu itu tiada penawar...Kata2 sabar, tabah redha dan sedekahkan Al-Fatihah itu sebagai menutup sementara kerinduan sekeping hati...sukar menafsirkan rindu terhadap situasi ini...hanya kamu yg rasa..kamu yg tahu..kamu yg megalami betapa julat rindu kamu ini tiada alat yg mampu mengukurnya...hanya kamu...kamu sahaja....
doa yg baik2 utk arwah.
kat sana lebih baik utk dia.
alfatihah..
doakan yang baik-baik untuk arwah
kehilangan adalah rindu yang tiada berpenghujung
betul sejak arwah mak pergi 7 bulan lalu..rasa rindu dan suaranya terngiang-ngiang setiap hari
al fatihah
Salam,salam pun suka tengok awan <3 moga allah permudahkan urusan awak ye ukhti :)
Post a Comment