Tuesday, June 3, 2014

Refund..

Assalamualaikum..

Rezeki ALLAH yang bagi. Duit, insyaALLAH boleh dicari. Tapi adik beradik tiada ganti. Bila tiada rezeki untuk ke Hong Kong tempoh hari, aku sudah tidak memikirkan tentangnya. Waktu itu, dalam keadaan yang begitu, makan pun aku boleh tak kisah. Ini kan pula hal-hal yang lain. Kalau burn pun perbelanjaannya, biarlah. Tak jadi hal pun untuk aku. Dah namanya bukan rezeki. Peluang untuk kami berada disamping adikku di saat akhirnya jauh lebih besar dari apa yang  aku dan keluarga perlu lepaskan. Dalam pada itu, ramai yang beri cadangan agar kami minta refund. Kata mereka, dalam hal kecemasan dan kematian seperti itu mungkin ada pertimbangan yang boleh dibuat atas budi bicara. Entah mengapa aku merasakan yang hal itu adalah mustahil. Sebab dah jelas tercatat di setiap booking confirmation. No refund! Tapi bak kata en.asben, apa salahnya mencuba untuk minta refund. Kami pun tidak mengharapkan apa-apa. Kalau dapat ALHAMDULILLAH. Kalau tidak pun, tidak mengapa. 

Aku pun menghantar email kepada pihak yang telah aku buat booking hotel dan tiket masuk ke Disneyland. Begitu juga kepada Air Asia. Perkongsian untuk semua yang menghadapi hal yang sama denganku. Dalam hal kecemasan dan kematian, memang kita boleh untuk buat tuntutan bayaran balik. Asalkan ada dokumen dan pengesahan sebagai bukti pembatalan. Terima kasih kepada Asia Travel.com atas budi bicara mereka. Pujian aku berikan kepada staf Asia Travel yang sangat memberikan kerjasamanya. Bantuan dari mereka sangat memudahkan urusanku. Dalam masa seminggu, duit booking hotel telah dipulangkan semula ke dalam kad kreditku. Alhamdulillah, kami ada ambil insurans perjalanan Air Asia. Mengikut termanya, dalam hal kecemasan di hospital dan kematian ahli keluarga terdekat, kami boleh buat tuntutan pembatalan. Alhamdulillah.. staf Air Asia juga membantu dengan baik dalam hal bagaimana kami boleh membuat proses tuntutan. 

Ada rezeki, insyaALLAH kami akan ke Hong Kong dalam bulan ini. 2 days pass masuk ke Disneyland yang telah dibeli tidak dapat dikembalikan bayarannya kerana tiket tersebut masih valid sehingga bulan Ogos 2014. Alang-alang tiket tersebut masih sah dan duit hotel sudah kami dapat semula jadinya bolehlah kami meneruskan perancangan yang sebelum ini terbatal. Urusan arwah dan anak-anaknya pun kebanyakannya sudah kami uruskan. Untuk percutian ini, sudah tentu terujanya tidak seperti sebelum ini. Lebih-lebih lagi dalam fasa-fasa kehilangan yang baru kami lalui. Namun, hidup mesti diteruskan juga. Semoga segalanya dipermudahkan untuk kami. Ada rezeki sampailah kami ke bumi Hong Kong. Jika tidak, ALLAH maha tahu apa yang terbaik untuk kami. Al-fatihah buat arwah adikku dan arwah-arwah yang telah pergi meninggalkan kita. 

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita. Take care and have a nice day!

5 comments:

Hudalatip said...

Tuhan Maha Mengetahui kak..Alhamdulillah rezeki akak sekeluarga dan kalau dah g sana jangan lupa share kat blog yea

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..perancangan ALLAH ialah sebaik-baik perancangan kan kak..redha kiter redhalah ALLAH maka diberi kembali keredhaan nyer dlm bentuk kegembiraan dan sedikit senyuman..

Kakzakie Purvit said...

Innalillah... kakak tak tahu tentang itu semua Hanis dan kakak rasa macam lama kakak tak terjumpa entri Hanis.

Kakak bw guna siapa yg komen N3 kakak sebab dashboard kakak tak boleh keluar list...

Kita merancang, Allah juga merancang namun percayalah Allah adalah sebaik-baik perancang.

Moga allahyarhamah adik tenang di sana. Itu doa kakak.

Irfa said...

alfatihah utk yg pergi
semoga yang ditinggal menjalani kehidupan dgn baik
kalau dah rezki, pusing kot mana pun akan balik pd tuannya

ummiross said...

Subhanallah..Alhamdulillah. Elok juga Hanis kongsi ni, ummi pun tak tau boleh claim balik dalam kes-kes tertentu.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...