Friday, June 13, 2014

Tips untuk betulkan awning tudung..

Assalamualaikum..

Aku suka pakai selendang. Tapi kalau nak cepat memang akan sauk tudung awning  aje. Jadinya banyaklah juga tudung awning yang aku ada untuk stand by. Dalam banyak-banyak tu, banyak juga yang awningnya dah rosak. Sebabnya.. kadang-kadang tersilap gantung. Kadang-kadang anak-anak terhimpitkan tudung tu. Bila iron balik, awning tu jadi lebih rosak sebab salah teknik mengosok hu..hu.. lagi haru! Bila awning dah rosak nak pakai pun dah takde hati. Walaupun tudung aku memang bukan tudung mahal, tapi bila rosak dan tak boleh pakai terasa sayanglah juga. 

Aku suka tengok awning tudung sepupu aku. Nampak elok dan terletak aje semuanya walaupun itu tudung lama. Ada dia kongsikan tipsnya denganku. Thanks Nana! Tapi aku tak pernah cuba. Waktu adik aku koma di hospital, dua hari aku tak balik rumah. Masa tu memang pakai tudung awning aje. Dah tukar tudung main campur aje dengan baju kotor yang lain. Malas nak fikir. Bawak balik rumah selepas arwah adik meninggal, emak masukkan kesemua baju kotor dalam mesin basuh. Termasuk tudung awning tu. Tudung awning kalau dah masuk mesin basuh memang tak selamatlah awningnya. 

Aku menung tengok tudung tu. Dah bersegi-segi awningnya. Memang rasa tak dapat diselamatkan lagi dah. Dahlah tudung tu antara tudung awning yang aku suka pakai. Sebak jadinya hu..hu.. Bawak balik rumah aku letak tudung tu ke tepi. Malas nak fikir lagi. Satu pagi, dah terlambat nak pergi kerja. Dah sarung baju baru teringat takde tudung yang match selain tudung awning yang awningnya dah rosak tu. Teringat tips dari sepupuku. Okey, aku pun cuba buat. Tipsnya seperti berikut :

On iron --> Tunggu seketika --> Off iron --> Tunggu seketika --> Kemudian gosok bahagian belah dalam awning tu (jangan gosok dari luar ya). Macam mana nak gosok tu kena pandai-pandai sendirilah asalkan awning tu jadi terbentuk cantik semula. 

Hasilnya, tudung awningku yang dah bersegi-segi tu jadi cantik awningnya kembali. ALHAMDULILLAH.. Aku jadi excited dibuatnya. Cuba gosok tudung awning lain yang dah rosak pun menjadi juga. (Ada testimoni bolehlah kongsikan tips ni he..he..). Tidaklah awningnya jadi 100% cantik seperti sediakala macam kita baru beli. Tapi tudung yang rosak awning tu sudah kembali terbentuk dan boleh dipakai semula. Tidaklah lagi bersegi-segi. Kira okeylah tu kan dari terpaksa buang aje tudung tu. Selamat mencuba! Kalau betul teknik mengosoknya insyaALLAH menjadi.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

12 comments:

Lulu Caldina said...

bagus juga idea ni kak fea. Tapi alhamdulillah sejak baru berhijrah ni lulu lebih selesa pakai syria saja, yang lain tak reti lagi huhu

Hanis Azla said...

As-salam lulu..

Alhamdulillah utk penghijrahan itu.. sama2 kita memperbaiki diri.. insyAllah.. tentu lulu makin cantik skrg..




Lydia Miza said...

Salam kak fea.. Tq utk tips ni. Sy dah cuba gosok dulu2 tp makin rosak. Huwaaa

Nnt cuba off kan . Baru tau tips tu:) tak sabar nk cuba

Nieda Ramly said...

walaupun tudung murah sayang nak buang....mungkin masa terdesak boleh digunakan lagi

Eye_nee said...

Boleh cuba ni sis..akk pun byk tudung2 yg awning dia besegi-segi..iron dah iron dah pun..cuma mungkin salah teknik...iron dari luar awning tu...

Irfa said...

dah lama simpan tepi tudung ada awning, duk pakai shawl n inner magic je ;)

SYANI said...

Terima kasih bagi petua.. nanti nak try la

ayunidati said...

memang bersegi.. tq for the tip.. akan cuba kalo pakai tudung awning

Izwa Kamaruddin said...

Oooo biase izwa iron x off terus je iron mase panas skrg sudah tahuuu nak buat!sb bnyk jugak yg dh rosak ;)

azieazah said...

Yup. Betul tu. Kak Azie pun iron awning dari dalam. Sebab dah try sebelah luar tak menjadi. Cuma Kak azie rasa iron tak leh panas sangat nanti awning meleding..!

Anonymous said...

Thanks for the marvelous posting! I certainly enjoyed reading it, you are a great author.

I will make sure to bookmark your blog and definitely
will come back sometime soon. I want to encourage yourself to continue your great job, have a nice afternoon!

my web blog - siti di incontri

Unknown said...

alhamdulilah.. its works :D

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...