Nuffnang

Friday, June 20, 2014

Review novel - DIA SAYANG AKU ~ Hanis Azla

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Novel keduaku, Dia Sayang Aku telah pun berada di pasaran pada bulan Jun 2014 ini. Syukur, Ya ALLAH. Terima kasih buat editor dan kesemua Team Buku Prima yang bagi aku sangat bijak dan cukup berbakat dalam bidang mereka. Terima kasih banyak kepada pembaca dan peminat novel yang memberikan sokongan. Semoga naskah Dia Sayang Aku memenuhi citarasa pembaca. Harap maaf andai ada kekurangan. Pujian yang diberi sangat menaikkan semangatku untuk terus menulis. Komen dan pandangan yang dikongsi sangat memberi inspirasi dan menjadi ilmu yang sangat berguna buatku. Ianya menjadi pemangkin juga pencetus idea untuk aku menulis dengan lebih baik, insyaALLAH. Sokongan yang diberikan dari keluarga yang disayangi, rakan-rakan yang dikasihi juga pembaca yang dihormati sangat aku hargai. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih untuk semua!



Jemputlah baca review novel - Dia Sayang Aku - Hanis Azla di blog Lulu CaldinaSeperti Novel pertamaku Takdir Fitrah Terindah, novel keduaku Dia Sayang aku juga telah dibaca dan direview  oleh sahabat blogger yang manis, Lulu Caldina. Terima kasih banyak Lulu atas kesudian dan sokongan! Kepada yang belum mendapatkannya, sudi-sudikanlah ya. Terima kasih :)

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

8 comments:

idzwa kamaruddin said...

tahniah sekali lagi kak..

ummiross said...

Alhamdulillah..ummi tumpang gembira.

Tahniah ye Hanis, insyaAllah klu terluang nanti nak cari juga novel Hanis tu.

ummi aqilah (LM) said...

X sabar nak baca!!

Hujung tahun ni ada kluar novel lg x kak?

faraherda.razalan said...

Sy cemburu dgn kejayaan akk dlm mensiapkan novel. Hejhehehe...sy msh x mampu kak. Sobs...

azieazah said...

Belum jumpa lagi novel ni.. apapun tahniah!

~ yus ~ said...

Tahniah Hanis atas kelahiran Novel kedua...:)

Anonymous said...

salam, kak, nak e-mail, sbb nak komen novel...

panjang sgt komen saya tuh, lagipun ada spoiler, so, xbest laaa kalau org lain tau.... hehe!

thanks

Hanis Azla said...

As-salam..

ni email akak rafeahsalim@gmail.com
Silalah bagi komen. Terima kasih atas kesudian membaca dan memberi komen.

TQ