Assalamualaikum..
Hai Blog!
Rindu betul aku nak berceloteh di sini. Busy sangat sekarang ni. Ha.. ha.. alasan apa lagi nak bagi kan. Aku ni memang bukan orang yang boleh buat dua kerja dalam satu-satu masa. Kalau buat kerja tu kena tumpu pada satu. Kalau kerja yang tak berapa perlukan tumpuan, iya.. aku masih boleh handle juga. Tapi kalau kerja yang memerlukan sepenuh tumpuan memang fokus aku hanya pada satu kerja tu aje. Kadang tu cemburu juga dengan orang yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Tapi itukan kelebihan masing-masing. Jadi simpan saja rasa cemburu itu dan cuba berlapang dada.
Sejak minggu lepas memang tumpuan aku terlekat pada manuskrip novel. Alhamdulillah.. idea untuk menulis mencurah-curah. Balik kerja, cepat-cepat masak. Lepas semua orang dah makan, cepat-cepat kemas dapur. Lepas tu cepat-cepat juga naik atas dan mengadap lappy. 50 muka surat yang bertambah dalam masa seminggu memang satu pencapaian untuk aku. Sebab kadang tu nak dapat 10 muka surat dalam seminggu pun payah. Semoga aku dapat menyiapkan manuskrip ini dengan sebaik mungkin hendaknya.. insyaALLAH. Tolong doa-doakan sama ya!
50 muka surat yang bertambah memang best. Tapi nak tengok rumah yang tak bersapu jadi sangat tak best. Seminggu ni aku buat pandang tak pandang aje. Yang penting, sinki bersih. Dapur siap berlap lepas masak. Sampah dibuang. Pagi-pagi tempat letak pinggan dikosongkan. Kain baju settle. Tapi lantai rumah atas bawah, tak payah cakaplah sebab seminggu tak bersapu. Hujung minggu pun sibuk sikit. Masa terluang aku habiskan dengan mengadap manuskrip. Semalam balik kerja mata rasa dah tak tak boleh tahan. Tapi idea yang datang tak boleh aku ketepikan. So, kena layan manuskrip dulu.
Pagi tadi lepas panaskan lauk dan masakkan nasi untuk anak, aku capai penyapu terus. Bawah kerusi, bawah meja, bawah karpet, bawah almari semua aku korek. Leganya bila lantai rumah dah bersih atas bawah. Boleh nampak kan kelegaan aku tu. Sampai boleh jadi entry baru di sini lagi ha..ha.. Dah siap semua barulah puas hati. Mata pun tak rasa sakit lagi nak pandang. Sudahnya pukul 7.35 pagi baru naik mandi nak pergi kerja. Alhamdulillah sempat juga sampai ofis sebelum pukul 8. Syukur. Lebih bersyukur bila hati rasa senang sangat pagi ni. Bawak kereta pun muka senyum aje he..he..
Di ofis pula, tak semena-mena ada seorang kakak hadiahkan aku sehelai selendang. Alhamdulillah.. Semoga semakin murah rezeki kakak tu. Semoga dia juga terus diberikan kesihatan yang baik. Pemberian itu terus membuatkan aku tersenyum. Halnya cuma perkara yang kecil. Sapu rumah, 50 muka surat yang bertambah juga hadiah yang hecil. Tapi ianya menyedarkan aku bahawa hal yang kecil juga mampu menceriakan hidup kita. ALHAMDULILLAH.. Thank you ALLAH.
Di ofis pula, tak semena-mena ada seorang kakak hadiahkan aku sehelai selendang. Alhamdulillah.. Semoga semakin murah rezeki kakak tu. Semoga dia juga terus diberikan kesihatan yang baik. Pemberian itu terus membuatkan aku tersenyum. Halnya cuma perkara yang kecil. Sapu rumah, 50 muka surat yang bertambah juga hadiah yang hecil. Tapi ianya menyedarkan aku bahawa hal yang kecil juga mampu menceriakan hidup kita. ALHAMDULILLAH.. Thank you ALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
6 comments:
kak.. sy selalu buat2 tak nmpk rumah bersepah.. hahaha..
mujur rumah sekakang kera.. kalu besar bertingkat2 mmg lg teruk la rumah sy kann.... hahaha
Salam kak. Apapun, sy respek jugak dgn akak. Sempat juga menjengah blog w'pun sibuk dgn urusan harian. Bukan senang tu kak. Sy doakan moga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga.
ALL DA BEST KAK...
can't wait for ur next novel.. :)
alhamdulillah...
lulu betul tak sabar baca novel seterusnya..yeay
baca entry akak pun dah dapat satu kegembiraan ;)
waa...mencurah-curah idea ye.
Betul Anies..dapat kemas rumah dan nampak rumah bersih, rasa sangat lega dan gembira,kan..!
Post a Comment