Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH untuk kemurahan rezeki yang dapat kami nikmati. Rasa sangat bersyukur bila sekali lagi aku dapat menikmati rezeki merasai kejayaan anak mendapat 5A dalam UPSR. Aku tahu, UPSR bukan penanda aras kecemerlangan anak-anak di masa hadapan. Aku juga tak berani jamin anak-anakku akan mendapat kecemerlangan yang sama dalam PT3 dan SPM mereka nanti. Namun setiap kejayaan harus dihargai. Setiap rezeki mesti disyukuri. Doaku semoga kecemerlangan ini akan berterusan buat anak-anak di dunia dan di akhirat, insyaALLAH. Bagiku, kejayaan adalah untuk dirai. Bukan dikeji. Disebabkan itu, aku rasa tak salah untuk aku berkongsi. Yang lebih penting aku nak berkongsi cerita lain selain dari keputusan UPSR tu.
Dalam keriangan semalam, sebenarnya aku berasa cukup sebak bila arwah adikku tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaan anak sulungnya. Setiap kali anak-anakku
mendapat keputusan cemerlang, arwah adikku antara yang paling sibuk
merai. Pada hari keputusan UPSR diumumkan dan bila keputusan diketahui,
memang makan besarlah kami sekeluarga sebab adik aku akan datang
meraikan anak-anak buahnya dengan bermacam makanan kesukaan anak-anak. Semalam, arwah sudah tiada untuk merai kejayaan ini. Untuk meneruskan tradisi, malam tadi selepas maghrib kami sekeluarga keluar makan untuk meraikan kejayaan FAF. Tapi sebelum maghrib, kami sedekahkan dulu bacaan yaasin untuk arwah mummy dan arwah daddy FAF yang sudah tiada bersama kami.
Arwah
adikku memang jenis yang ambil berat hal pelajaran anak-anak.
Walaupun sibuk, dia rajin nak periksa buku sekolah dan homework
anak-anak. (Macam aku jenis yang malas sikit). Bila aku datang ke rumahnya, kadang-kadang aku lihat dia
sedang memeriksa beg sekolah anak-anak. Kadang-kadang sedang memeriksa
latihan anak-anaknya. Alhamdulillah.. anak-anaknya juga bijak-bijak.
Tapi biasalah budak-budak. Bila banyak main, pelajaran adakalanya
merosot. Sejak sakit dan berulang ke hospital, rutinnya masih
diteruskan. Bila adikku sering berumah di hospital sejak awal tahun, aku
mengambil alih aktiviti memantau pelajaran anaknya. Lebih-lebih lagi bila FAF sendiri akan mengambil UPSR.
Sebenarnya,
aku sendiri rasa sangat berdebar sebelum keputusan UPSR diumumkan. Bila
Han dan Is boleh dapat 5A dalam UPSR, aku juga tentulah mahukan FAF mendapat keputusan yang
sama. Lebih-lebih lagi selepas arwah adikku meninggal dunia mei
lepas, FAF sudah sepenuhnya berada dibawah jagaanku. Disebabkan itu, sebelum peperiksaan apa yang aku usahakan untuk Han dan Is aku usahakan juga untuk FAF.
Tips-tips yang pernah aku kongsikan semuanya aku gunakan juga untuk FAF sebagai jalan usaha. Takde kompromi. Peranan guru-gurunya juga sangat besar. Motivasi dan tunjuk ajar yang diberi sangat aku hargai. Juga jiran-jiran arwah adikku yang banyak membantu dengan urusan FAF ke kelas tambahan. Jasa mereka yang banyak itu hanya ALLAH yang mampu membalasnya.
Aku ada terbaca entry seorang hamba ALLAH tentang kejayaan 5 orang anaknya yang mendapat 5A dalam UPSR. Bagus entrynya. Nanti you all baca ya. Aku terkesan dengan ayatnya, mungkin ini berkat rally doa di hari-hari terakhir. Seperti beliau, aku juga sangat yakin dengan kuasa doa. Kuasa kita meminta-minta hanya kepada ALLAH. Kalau orang bertanyakan apa tips utamaku, jawapan aku ialah minta kepada ALLAH dan selainnya usahakan apa yang sepatutnya. Sejak awal tahun memang doa yang termasuk dalam doaku adalah, Ya ALLAH, rezekikan anakku dan semua pelajar tahun 6 untuk mendapat 5A dalam UPSR. Apa yang kita minta tak semestinya ALLAH kabulkan. Tapi bila ianya rezeki kita, insyaALLAH kita akan mendapatnya. Tak rugi kita meminta.
Memang berat nak kejutkan anak yang sedang tidur lena untuk bangun menunaikan solat hajat pada waktu-waktu tahajud. Tapi di hari-hari terakhir rasa berat itu terpaksa digagahkan. Bila bangun, aku kejutkan juga anak-anak dengan beritahu padanya kalau kita nakkan sesuatu, kita kena minta hanya kepada ALLAH. Minta pada waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Untuk kejayaan sendiri, insyaALLAH tak susah untuk anak-anak bangun dan menunaikannya. Selain itu, pada waktu hujan lebat, waktu bermusafir dan lain-lain masa doa mustajab, gunakan peluang untuk berdoa dan meminta pada ALLAH. Ingatkan anak-anak dan en.asben untuk berdoa sama. Sebelum keputusan keluar pun begitu juga. Bangun untuk berdoa. Minta pada ALLAH dengan beritahu apa hajat kita.
Alhamdulillah.. kejayaan sudah dirai. Hajat yang diminta sudah ALLAH kabulkan. Ianya menjadi dugaan juga untuk terus istiqamah dengan segala amalan yang dilakukan sebelum ini. Ya ALLAH, semoga kami sekeluarga akan sentiasa istiqamah dalam amalan kami hanya keranaMU. Aku mengaku, kami sendiri perlu banyak memperbaiki kekurangan diri dalam amalan kami. Kejayaan yang diperolehi menjadi jalan untuk kami mula memperbaikinya. Mungkin, kejayaan ini ALLAH beri untuk meningkatkan lagi amalan kami yang serba kurang. Bila apa yang dihajati sudah diperolehi lebih senang urusan nak mendidik anak-anak. Juga mendidik hati sendiri. ALLAH dah bagi kita rezeki, jom kita solat di awal waktu. Semoga kami sentiasa istiqamah hendaknya.. insyaALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. take care and have a nice day!
9 comments:
terima kasih di atas perkongsian kak..
Tahniah, perkongsian yang baik Fea.... :)
allahuakbar...
tahniah FAF..dan tahniah akk sbb xputus2 bagi semnagat dan dorongan tuk anak2...
Sungguh kakak percaya pada doa dan meminta-minta pada Allah. Anak kakak pun bukan kategori yg cerdik tapi usaha yg sedikit dan anugerah Allah itulah yg buat selalu naik pentas mendapat anugerah...
DOA senjata kita
Tahniah buat anakanda yg berjaya
Tahniah buat anak akak...
Moga terus cemerlang lagi...
Alhamdulillah..Alhamdulillah...atas kurniaan Allah SWT, ummi tumpang gembira.
Tahniah buat anak , anak saudara dan Hanis sekeluarga.
Tahniah buat FAF dan Fea jugak kerana berjaya membantu dia.
Doa senjata terbaik kita sebagai umat Islam.
alhamdulila..tahniah akak
Tahniah buat anak Hanis dan anak buah. Kita suka baca entri sebegini!
Post a Comment