Tuesday, December 2, 2014

Bila realiti dan fantasi bersatu..

Assalamualaikum..


Sekarang ini banyak perkara yang berada dalam kepala. Macam-macam hal yang nak diuruskan. Dengan urusan permohonan sekolah, dengan urusan  emak, dengan urusan arwah adik, dengan urusan kerja dan beberapa urusan lagi. Kebanyakannya bersangkutan dengan hal yang melibatkan dokumen. Bila melibatkan dokumen, tahu-tahu sajalah. Nak kena apply itu, nak kena submit ini, nak copy lah, nak kemaskinilah, nak kena buat pengesahan pesuruhjaya sumpah, pengesahan salinan diakui sah dan macam-macam lagi. Semuanya penting!

Dalam waktu yang sama, manuskrip novelku pula sudah memasuki 400 muka surat. Ini bermakna ada 100 lebih muka surat lagi yang perlu disiapkan. Menghampiri 100 lebih muka surat yang terakhir, penulisan jadi lebih mencabar. Ianya bagi memastikan   jalan cerita terus konsisten, graf cerita semakin naik dan pengakhiran cerita lebih menarik. Nak cerita yang konsisten, menaik dan menarik, idea kena mantap. Berangan kena lebih. Semuanya penting!

Disebabkan hal realiti dan fantasi sama-sama penting, jadi kedua-dua perkara itu bersatu memenuhi fikiran. Walaupun masih boleh ditangani dengan baik namun adakalanya aku jadi huru hara juga he..he.. Macam petang semalam aku bawa emak ke kedai. Sebelum tu bawa emak ke farmasi dulu. Selepas membeli di farmasi, aku menunggu emak di dalam kereta. Selepas emak selesai membeli di kedai barulah aku akan turun untuk mengangkat barang. Sebab emak kalau masuk kedai selalunya lama.

Setelah seketika menunggu dan rasa-rasa emak sudah selesai membeli aku pun nak keluarlah dari kereta. Tapi disebabkan dalam kepala ada macam-macam perkara yang aku fikirkan, boleh pulak aku gelabah mencari kunci kereta di dalam beg. Padahal masa tu aircond dalam kereta dah sejuk. Radio terpasang. Tapi aku boleh terlupa yang enjin kereta masih terpasang. Maknanya, kunci kereta berada di tempat kuncinyalah. Tapi aku boleh tak perasan akan hal tu. Dalam kepala dah ingat nak mencari kunci kat farmasi. Bila nak offkan aircond dan radio kereta baru aku tersedar akan hal tu. Terus malu sendiri. Adooiiiilah.

Semalam jugak, aku ada mengisi nama anak-anak untuk program cuti sekolah yang dianjurkan di pejabat hari ni. Sebelum balik kerja dah setkan dalam kepala nak inform pada anak-anak dan suruh anak-anak bersiap untuk ikut aku ke tempat kerja pagi ni. Tapi balik rumah semalam aku dah terlupa. Pagi tadi pun terlupa juga lagi. Boleh santai-santai lagi tulis novel dan kemaskini data BR1M untuk emak sebelum ke pejabat. Sampai ofis pagi ni rasa pelik bila nampak ramai  anak orang lain. Masa tu barulah teringat pasal program yang aku sendiri dah daftarkan nama. Sudahnya terpaksalah patah balik rumah ambil anak-anak. Haru betul kan?

Itulah jadinya kalau dalam kepala nak ingat macam-macam hal. Kalau orang lain mungkin steady lagi. Tapi aku yang gelabah ni dah kalut semacam. Harap-harap aku akan lebih fokus selepas ni. Agar tak terjadi hal-hal yang macam semalam dan hari ni.. insyaALLAH.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

1 comment:

Izwa Kamaruddin said...

bulan 12 memang bulan busy mak bapa kan kak ;)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...