Nuffnang

Wednesday, December 10, 2014

Sambutan Hari Jadi di Restoran Upin dan Ipin..

Assalamualaikum..

Sekali lagi nak update cerita lama. Punyalah terhegeh-hegeh. Sila kasi boooooooo satu kali he..he.. Okey.. aku tak ambil hati ha..ha.. Dalam bulan Oktober yang lepas kami menghadiri Majlis Hari Jadi anak saudara adik ipar aku. Terima kasih buat Ema dan suami yang sudi menjemput kami yang ramai ni. Majlis dibuat di Restoran Upin dan Ipin Taman Dagang, Ampang.

Makanan memang best. Ada nasi ayam yang kesemua ayamnya adalah ayam goreng bahagian peha yang masih panas-panas. Ada spagetti, fries dan bermacam-macam jenis kuih. Ada candy buffet juga dengan rainbow cake. Alhamdulillah.. semuanya sedap. Majlis pun meriah sebab lepas dah settle makan ada bermacam games yang dikendalikan oleh pekerja restoran bersama maskot Upin dan Ipin.

Selain tu ada cabutan bertuah juga. Kami datang punyalah ramai. Tapi seperti biasa, bab lucky draw ni kami selalunya tak berapa bertuah. Satu-satu nombor disebut kesemuanya bukan nombor kami. Untuk nombor terakhir yang disebutkan barulah ada rezeki kami. Nombor gegirl yang naik. Alhamdulillah..  merasa juga dapat hadiah walaupun goodies beg yang dah dapat pun penuh dengan bermacam-macam hadiah.  Meriah betul goodies bagnya. Besar dan penuh isinya. TQSM ya.

 
Comel aje topeng Upin eh ke Ipin ha..ha.. Entah aku pun tak sure.
Dapat topi dan party pack anak-anak sibuk nak buka kat rumah. Tapi aku suruh dia orang pakai juga time tu. Orang bagi party pack untuk pakai time party. Barulah meriah bila semua budak-budak pakai. Tapi tak ramai orang lain yang pakai. Rasa macam sayang. Tuan rumah dah bagi tapi semuanya takde inisiatif nak pakai waktu party. Nak pakai kat rumah sendiri nak buat apa kan.

Muka excited dapat goodies yang banyak. Pemurah betul tuan rumah.
Yang belakang tu kaunter buffet.

 
Salah satu dari goodies yang diberi. 
Hari tu Restoran hanya dibuka untuk tetamu majlis saja. Itu pun penuh kedai. Sampai kena buka meja di luar. Meriah sangat.


 Semua muka dah sama bila pakai topeng. So cute!!

 Muka kenyang dah dapat makan.

Lepas birthday boy potong kek, kita makan kek pulak. Sebab anak sendiri dah ramai sampaikan terlupa nak ambil gambar birthday boy he..he..
 
 Selepas itu sessi beramah mesra dengan maskot Upin dan Ipin..

 Excited semuanya termasuk makcik aku.. he..he.. peminat Upin dan Ipin juga.

 Excited lagi..

 Alhamdulillah.. The kids have so much fun.

 Eh.. eh.. tak habis lagi.. he..he.. Takpelah sekali-sekala..
 Okey.. dah.. dah.. bagi orang lain pulak. Cepat salam dulu..

 Eh.. kejap.. nak lagi..

 I love this picture and i love them so much!!

 Okey.. this is the last one..

Last but not least.. 
Gegirl ni mula-mula bukan main takut dengan maskot-maskot ni. Waktu nak ambil hadiah lucky draw siap paksu dia kena dukung. Lepas tu sampai kedut belakang baju paksu dia dok pegang sebab takut sangat. Lepas sessi bergambar dan ramah mesra dengan Upin dan Ipin barulah dia okey.
Sekali bila nak balik dia pulak yang over. Siap bergambar dengan pose mesra macam ni lagi he..he.. 

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

10 comments:

idzwa kamaruddin said...

seronok je akak sejak-sejak dah ade anak ramai ni kan..hehehe..muka masing-masing ketara asyik tersenyum je :)

bahagia sungguh rase nyer..semoga akak sekeluarga terus berbahagia dunia akhirat kak..

Kakcik Nur said...

Yang penting anak2 semua gembira... :)

Selalu juga kakci lalu lalang kat restoran Upin Ipin Ampang tu tapi tak pernah singgah...

Kakzakie said...

Upin-Ipin memang menarik minat anak-anak Hanis.

Anak dara kecik gambar last anak buah Hanis yg sekarang dibawah jagaan Hanis ye. Tak tahu kakak boleh kata macam tu dah sayu hati pulak.

faraherda.razalan said...

Wah! Bestnya! Sy tatau lak Restoran Upin Ipin boleh bt bday bash mcm ni. Heheheh! Tp mst costly kan? Aydin sukalah klu Upin ni!

Acik Erna said...

acik biasa nampak restoren upin ipin ni ..tapi belum pernah masuk..tak tau menu apa yang ada..

Jane said...

org besar pun suka upin ipin,,,apetah lagi anak2 kecik hehe

Diana Rashid said...

Ramainya budak2..meriah jugak family kak fea ni ye..

aishah nin said...

Budak-budak suka ke restoran upin ipin ni kan..betul-betul-betul! hihi

cikceriacorner said...

anak saya cukup suka ngan kartun upin ipin...seronok tgk kat kat restoren tu meriah..

bdk2 suka..org besau pon suka...heheh

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

hanis..saya pergi kena kat rest. upin ipin kat s.alam...udah ler lambat tak sedap..mahal pulak tu..memang dah x terus..