Nuffnang

Wednesday, December 31, 2014

2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tahun 2014 sudah pun dapat kita lalui. Diari 2014 sudah penuh terisi. Suka duka, pahit manis, susah senang semuanya sudah dapat kita tempuhi. InsyaALLAH.. esok kita akan melangkah ke tahun 2015.  Semoga setiap langkah kita akan diiringi dengan keberkatan dari ALLAH. Petang terakhir 2014, bumi Bangi disimbahi hujan. Semoga hujan yang turun membawa rahmat, rezeki, kebaikan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat kita semua, insyaALLAH. 

Entah mengapa, titik-titik hujan di penghujung tahun 2014 mengundang kesedihan dalam hati. Seperti mana Malaysia mencatat banyak sejarah kesedihan dan kehilangan di tahun 2014, kehidupanku juga berdepan dengan kesedihan dan kehilangan tahun ini. Namun aku sedar, setiap yang ALLAH berikan untuk kita ada hikmah disebaliknya. ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Walau apa pun yang berlaku, bersyukur itu sangat perlu. 

Benarlah bak kata pepatah. Hidup ini bagaikan sebuah roda. Tidak selamanya kita merasai nikmat yang sama. Ada masa, bahagia milik kita. Ada masa keadaan menjadi sebaliknya ~ Takdir Fitrah Terindah.

Terima kasih ALLAH untuk tahun 2014 ini
juga
Untuk setiap kegagalan yang menjadi pengajaran 
Untuk setiap kejayaan yang menjadi pendorong 
Untuk setiap kebahagiaan yang menjadi rezeki
Untuk setiap kedukaan yang menjadi kesedaran
Untuk setiap ilmu yang menjadi penunjuk jalan 
Untuk setiap kesenangan yang menjadi kenikmatan
Untuk setiap kehilangan yang menjadi kekuatan
Untuk setiap dugaan yang mendewasakan
Untuk setiap pengalaman yang mematangkan
Untuk setiap keburukan yang mendapat teguran
Untuk setiap kesalahan yang dapat ditinggalkan 
Untuk setiap ujian yang menjadi ketabahan
Untuk setiap masalah yang menjadi kesabaran
Untuk setiap musibah yang menjadi penyatuan
dan
Untuk setiap sesuatu yang dikurniakan  ALLAH kepada kami.

 SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR..
Semoga iman, ilmu dan amal kita akan bertambah mantap hendaknya.
Semoga kita semua mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice 2015.