Nuffnang

Wednesday, January 14, 2015

Cukup.. cukup sudah..

Assalamualaikum..

Sejak kecil secara formal dan tidak fomal, kita sudah diajar banyak perkara tentang kehidupan. Antaranya perkara yang berlawanan. Macam hidup lawannya mati. Syurga lawannya neraka. Sihat lawannya sakit. Baik lawannya jahat. Bahagia lawannya derita dan sebagainya. Kiranya kalau ada yang bertanya, sejak kecil hingga kini lancar saja untuk kita menjawabnya. Sejak kecil juga kita sudah tahu yang miskin itu lawannya kaya. Maka, berusahalah kita semua untuk menjadi kaya. Atau sekurang-kurangnya berusaha untuk tidak menjadi miskin. Namun rupa-rupanya, miskin itu lawannya bukanlah kaya. Tetapi miskin itu lawannya 'CUKUP'! Ya ALLAH.. betapa aku tak sedar tentang itu. Walaupun tak kaya, cukup itu sudah memadai rupanya. Tak kisahlah walaupun kita miskin. Asalkan kita berasa cukup itu sudah lebih baik.  SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR..

Semua itu membuatkan aku terfikir tentang apa yang sudah aku lalui dalam hidup. Iya.. selama ni aku memang tak kaya. Segalanya memang cukup-cukup. Tapi segalanya masih baik-baik saja untukku. Aku tak perlu jadi kaya untuk makan di restoran yang mahal. Tapi bila ada cukup duit, aku masih mampu untuk makan di restoran yang mahal juga. Aku tak perlu kaya untuk beli rumah dan kereta. Tapi bila ada gaji yang cukup, kami suami isteri mampu juga membeli rumah dan kereta yang bersesuaian dengan kemampuan kami. Aku tak perlu kaya untuk dapat pergi ke tempat-tempat yang aku ingini. Tapi dengan kecukupan rezeki dari ALLAH, semua tempat-tempat itu mampu juga aku kunjungi. Aku tak perlu kaya  untuk dapat kawan-kawan yang baik, untuk kelihatan cantik, untuk bergaya seperti mana orang lain, untuk hantar anak-anak ke kelas tambahan dan macam-macam lagi. Dengan keCUKUPan yang ada, aku masih mampu untuk memperolehi semua itu. Terima kasih ALLAH. Semoga aku dan kita semua akan menjadi orang yang selalu bersyukur.. insyaALLAH.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita. Take care and have a nice day!

10 comments:

Kakcik Nur said...

Kaya kalau tak bahagia, tak seronok juga kan? :)

mama maman aka yana said...

Terima kasih kak.. kekadang dlm akal selalu FIKIR nak jadi KAYA.. alhamdulillah cukup dah memandai.. hehe

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah :)

JunAina said...

Alhamdulillah...bila kita sentiasa berfikir begitu bermakna kita hidup dalam kesyukuran.

Sheila Adziz said...

salam kenal... Allhamdulillah! itu plg buat kita tenang... enjoy reading ur blog.... :)

sud@is said...

Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur, tap bila sllu melihat yang dibawah Insyaallah kita redha apa yang dikurniakan...

Acik Erna said...

Terima kasih Hanis..cukup tu sudah memadaikan..Alhamdulillah

Najib Ariyan said...

betul betul betul... saya sendiri tak sedar perkara ni... kalau kita kata kaya lawannya miskin sebagaimana banyak sekalipun duit kita tetap kita tak kaya... ye betul.... cukup adalah lawan miskin

terima kasih.... terima kasih

Eye_nee said...

As-Salam sis..
Kaya ada pelbagai maksud pada setiap insan kan sis...kaya bukan hanya wang semata-mata...kaya bukan hanya pada penampilan semata-mata...for me Kaya itu adalah cukup bahagia dgn kemampuan dan kehiudpan yg termampu akk miliki waktu ini...

wahida said...

betul tu kak...

kadang2 kita ni tak bersyukur...asyik la rasa x cukup...huhu...