Nuffnang

Monday, January 26, 2015

Tak perlu masuk jauh sangat dalam kehidupan orang lain!

Assalamualaikum..

Bunyi tajuk macam panas kan ha..ha.. Memang panas pun walaupun sekarang ni dah sejuk. Tapi bila teringat balik masih ada juga rasa sisa tak puas hati tu. Hurmmm rasa sangat tak best. Jadi kenalah luahkan sikit  agar rasa tu tak terus melekat di hati. Juga agar ianya dapat aku sendiri jadikan pengajaran.

Cerita ni cerita hari sabtu. Aku pun malas nak cerita dengan lengkap. Dipendekkan cerita, seseorang yang hanya tahu 1/10 atau up sikitlah mungkin 2/10 dari cerita dan hal kehidupanku datang padaku. Datang sebab nak cakap yang aku dah buat keputusan yang silap. Siap dengan muka-muka lagi nak confirmkan macam aku memang dah buat silap besar. Aku macam... Okey takpe. Since aku pun tak kenal  dia dan dia mungkin tak tahu cerita yang sebenar aku cuba nak terangkan (dengan baik dan berhemah ya) kenapa aku ambil keputusan itu secara berlapik. Tapi dia masih macam nak cakap yang aku dah buat  salah besar yang akan memusnahkan hidup orang lain. Sebabnya keputusan aku tak sama dengan dia. Macam apa yang dia rasakan baik untuk keluarga dia adalah yang sangat terbaik super duper brilliant untuk keluarga aku juga. 

Sebelum aku sambung cerita aku nak beritahu di sini. Ini bukan soal aku tak boleh dikritik. Nak menegur boleh saja sebab aku tahu kadang-kadang aku sendiri memang buat keputusan yang salah. Itulah kehidupan kan. Kita tak akan tahu sama ada kita dah buat keputusan yang betul atau salah. As long as kita rasa kita tahu apa yang kita buat, itulah keputusan yang perlu kita ambil. Tapi bila keputusan yang aku ambil tu tak ada kena mengena dengan orang itu, aku rasa dia tak seharusnya terlalu menyibuk dalam urusan aku! Tapi dia punya ayat tu memang makan dalam. Macamkan dia boleh tolong handle sebahagian tanggungjawab yang perlu aku pikul sekarang. Eh.. cakap memanglah senang. Lebih-lebih lagi bila dia hanya orang luar yang mungkin tak pernah dengar pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dia macam tak sedar, bukan dia yang akan menguruskan kehidupan keluarga aku. Tapi aku sendiri.

Bila dia terus condemn aku aku masih mempertahankan alasan aku. Sebab aku yang nak tanggung aku tahulah apa yang aku buat. So bila dia macam nak sangat tahu why.. why.. why.. aku pun cerita dengan lebih jelas apa masalah aku. Sebab alasan yang aku pegang memang niatnya untuk kebaikan  aku, keluarga aku dan orang-orang di sekeliling aku. Tapi dia macam nak juga pertikaikan alasan aku sebab dia rasa kalau dia, dia boleh handle hal aku dengan lebih baik lagi. Macam dia boleh tolong uruskan kehidupan aku dan keluarga. Hmmm.. terus rasa macam nak beritahu dia. Jangan nak sibuk boleh tak? Tapi aku tak nak cakap kasar dengan dia. Bila dia terus hentam aku, en.asben pun menyampuk dengan satu ayat yang langsung tak berkias. Memang straight to the point. Kami buat macam tu sebab kami memang nakkan ianya begitu. Sebab kami ada pandangan sendiri. Dia terus diam. 

En.asben cakap pada aku, lain kali tak perlu nak cakap berlapik sangat dengan orang luar yang tak tahu apa-apa pasal kehidupan kita. Bukan dengan semua orang kita perlu terangkan dan ceritakan tentang hidup kita. Kalau perlu, terus  bertegas aje dengan pendirian kita. Okey.. aku ambil perkara itu sebagai pengajaran untuk aku. Pengajaran lain yang aku dapat, tak perlu nak masuk jauh sangat dalam kehidupan orang lain. Selainnya, sekalipun kita rasa keputusan kita adalah yang terbaik dalam dunia, silalah hormati keputusan orang lain juga. Sebab.. bukan kita yang menyibuk ni yang akan menguruskan kehidupan orang lain.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

5 comments:

Acik Erna said...

Assalam Hanis..heran juga acik..Hanis kata tak kenal sangat..tetapi kenapa dia dengan beraninya kata keputusan Hanis tu salah..ada juga orang macam tu kan Hanis

Najib Ariyan said...

saya orang luar tapi saya terpaksa tegur saudari... saya setuju dengan suami puan... kalau orang luar dari kehidupan kita yg takder kena mengena dan setiap tindakan kita tak bersangkut dengan dia... tak perlu terangkan apa2.... tak semua masa perlu jadi baik dan tak semua masa perlu jadi popular... kalau saya pun saya akan bagi dia sedas macam suami puan bagi... biar berbalah jangan tersepit... sekali dia berani bukak mulut esok lusa semua benda dia akan bukak mulut...

sorry menyibuk jugak hahahaha

Eye_nee said...

Sepanjang perjalanan kehidupan kita...Pelbagai perkara yg kita akan tempuhi termasuklah mengenali pelbagai jenis dan tabiat manusia yg kita akan jumpa kan sis...Jika dia juga mampu berfikir seperti apa yg kita fikir "tak perlu masuk jauh sgt dlm kehidupan org lain"...maka kita kehilangan satu rencah dlm kehidupan...benda2 begini buatkan kita bermuhasabah diri sebenarnya kan..supaya kita tidak menjd seperti apa yg dia lakukan dan secara tak langsung juka kita bakal ketemui spesis yg begini kita sudah ada jawapan menanganinya...Wallahualam...

idzwa kamaruddin said...

pendapat seposen saya :

memang tak perlu nak pertikai keputusan org lain kecuali bagi pandagan sahaja..

ur life u choice konsep ku..

mama maman aka yana said...

setuju sgt ngan pandangan hubby akak.. kekadang org lain boleh bercakap 'sedap' tanpa dia tau realitinya kalu dia terkena pun kompom dia pun terduduk.. sabar jew kak.. akak terus la tetap dengan pendirian akak..