Tuesday, February 3, 2015

Pembuka tin..

Assalamualaikum..

Lauk sardin memang favourite aku. Tak kisah masak apa pun, kalau namanya sardin aku memang suka sangat. Kalau kena pilih antara karipap kentang dengan karipap sardin, aku akan pilih karipap sardin  he..he.. Tapi sejak ada yang beritahu, kata tak elok sangat kalau selalu makan sardin, demi untuk lebih menghargai kesihatan dah lama juga aku tak makan sardin. Stok sardin kat rumah pun rasanya dah dua bulan tak beli. Tapi minggu lepas waktu temankan emak beli barang dapur, tangan aku laju aje mencapai satu tin sardin. Tadi aku dengan en.asben ada jemputan kenduri. Puas mengajak anak-anak untuk ikut sekali. Tapi takde siapa yang sudi nak ikut dengan alasan nak siapkan homework. Bila dah macam tu terpaksalah aku masak juga dulu sebelum pergi kenduri. Tengah keluarkan ikan dari dalam fridge teringatkan sardin yang aku baru beli. Apalagi.. terus masukkan ikan dari dalam fridge dan capai tin sardin dari dalam kabinet. Waktu  buka tin sardin aku teringatkan kisah dulu-dulu.

Masa tu aku dah darjah 6 kut. Ke dah masuk form 1. Tak berapa nak ingat dah. Tapi yang aku ingat aku macam baru masuk remaja. Waktu tu pergi menziarah rumah saudara kat kawasan perumahan elit kat KL. Masa kita orang datang tu, anak tuan rumah ada bawak bakal isteri dia datang juga. Bakal isteri dia ni anak orang kaya. Cantik akak tu. Cakap pun jenis manja-manja dan sangat peramah orangnya. Di mata aku memang perfectlah akak tu nak berjodohan dengan anak tuan rumah yang juga handsome. Sekufulah juga sebab sama-sama anak orang berada. (Bila type ni rasa macam cerita novellah pulak. Tapi ini bukan cerita novel ya. Ini realiti he..he..). Bila time nak hidangkan minuman dan makanan, yang perempuan-perempuan  semua ikutlah masuk dapur. Bolehlah tolong-tolong apa yang patut. Lagipun rumah saudara sendiri kan. Jadi takde hallah nak ikut ke dapur pun. Aku yang kononnya dah remaja waktu tu pun ikutlah juga masuk dapur agar orang tak kata.. ish anak dara siapalah yang tak reti menolong kat dapur tu ha..ha..

Waktu nak buat air teh kut. Ke milo entah. Tapi yang pasti kena buka tin susu. Yang akak bakal isteri anak tuan rumah ni punya part ialah nak buat air. Lama dia cuba nak bukak tin susu. Try macam ni. Try macam tu. Tapi sudahnya tak berhasil juga sebab dia tak tahu nak guna pembuka tin tu. Tak retilah nak buat..  Akuinya dengan jujur.  Bila dah macam tu orang lain pun ambil alih kerja tu. Penuh sopan juga suruh akak tu duduk kat depan aje. Biar dia orang aje yang buat. Sebab setakat nak buat air tak perlulah orang sampai penuh dapur. Bila akak tu dah keluar ke depan, yang lain mula tersenyum-senyum. Hmm.. buka tin pun tak tahu.  Pembuka tin pun tak tahu guna. Biasalah anak orang kaya. (Dah macam scene dramalah pulak bila ada aje yang nak bagi label kat orang. Tapi biasalah mulut makcik-makcik. Dalam drama atau kat luar drama memang ada yang begitu he..he..) Mendengarnya aku jadi cuak. 

Alamak.. aku pun tak reti nak buka tin. Tak reti juga nak guna pembuka tin. Aduhai.. macam mana ni? Macam mana nak pergi rumah bakal mertua nanti kalau buka tin pun tak pass. Okey... seorang anak remaja yang baru aje masuk remaja pada waktu tu dah gelabah pasal nak pergi rumah bakal mertua. Ya ALLAH, aku ke tu? Awat gatai sangat.. ha..ha.. Dipendekkan cerita, sejak dari hari tu, aku belajar untuk buka tin. Belajar cara guna pembuka tin. Bila nampak orang nak buka tin aje aku ikut menyibuk sebab nak belajar cara guna pembuka tin tu. Sebab pembuka tin kan ada berjenis-jenis. Caranya pun lain-lain. Menjelang usia dah boleh kahwin, memang semua pembuka tin yang 2, 3 jenis kat rumah emak memang aku dah master.. ehem..ehem..  

Sekarang ni.. dah hampir 20 tahun aku kahwin. Bab pergi rumah bakal mertua memang dah lama dah lepas. Tapi adakalanya masih fail juga nak buka tin kat rumah mertua sebab tak tahu cara ha..ha.. Walaupun bukan main lagi aku nak jadi master untuk tahu cara guna pembuka tin. Bukan  setakat nak buka tin aje, kadang tu nak masak atau guna peralatan dapur atau cara potong sayur pun ada yang tak lepas. Kalaulah aku dapat contoh yang baik selain dari sekadar akak tu tak reti buka tin susu..  Macam dapat contoh kena tahu masak kek ke? masak kuih muih ke? masak lauk pauk ke? Sure aku dah master bab-bab tu juga sekarang. He..he.. sudahnya sampai sekarang ni selepas 17 tahun kahwin skill aku masih macam anak remaja lagi. Masih tahu sikit-sikit aje. Tapi tak bolehlah nak salahkan aku sebab aku ada alasan yang kukuh. Alasannya waktu remaja dulu aku banyak habiskan masa dengan belajar cara guna pembuka tin sehinggakan aku tertinggal skill yang lain ha..ha.. 

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

hehehe..akak ni kelakar laaa...

ni baru nama nyer penulis buku sebab pasal pembuka tin pun akak boleh buat 1 entry macam buku..lepas ni akak cerita pasal lain pulak tau..saya akan ikut semua cerita akak sebab dalam kelakar dalam ketawa masih lagi terselit pengajaran & kebaikkan nyer..

tumbs up kak!

Acik Erna said...

he he..terasa gatai pulak ye hanis..he he..
acik pun sampai sekarang suami dan anak2 yang buka kan tin

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya pulak tukang bukak tin..tapi yg pembuka stail lama bukan yg pembuka baru tue..

Lydia Miza said...

Hahaha alasan yg kukuh tu kak fea.

Err pembuka tin yg jenis tajam tu dan yg jenis pusing tu je sy tau. Yg lain x khatam lg. tp lebih malang umah mertua sy guna pisau. Awal2 sy angkat tgn ckp x reti. Dah la posau jenis mata tebal. Mmg la jenuh nk bukak. Buat muka x bersalah je la ckp x reti guna pisau

Unknown said...

Apa nama alatan membuka tin itu

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...