Nuffnang

Tuesday, February 10, 2015

Bintang... Aku rindu!

Assalamualaikum.. 

Malam semalam kami sekeluarga pergi melawat saudara yang meninggal dunia di Taman Tun.  Semoga roh arwah dicucuri rahmat.. insyaALLAH. Separuh perjalanan diberitahu yang jenazah sudah dikebumikan sebelum maghrib. Takde rezeki kami untuk sempat melawat. Tak mengapalah. Nak buat macam mana bila makluman sebenar  lambat diterima. Nak mencari rumah anaknya untuk menziarah memang tak tahu di mana. Sebab pada awalnya diberitahu jenazah di bawa ke masjid. Nak mencari masjid tentulah lebih senang. Tapi nak mencari rumah yang tak tahu alamatnya, susah sikitlah nak jumpa. Bila dah macam tu kami pun nak berpatah balik. 

Tapi abang sepupuku yang sudah berpatah balik lebih awal dari kami  telefon ajak singgah ke rumah emaknya. Nak jamu Nasi Bariani JM. Bila dah macam tu kami pun terus ke USJ saja. Sampai rumah makcikku dah pukul 10.20 malam. He..he.. dah nak tengah malam bertambah juga makan nasi bariani kambing. Aduhai.. sedapnya.. teringat ni pun dah telan liur balik. Makan nasi dia aje pun dah sedap. Makan dengan lauk bariani dia lagilah best. Lembut betul daging kambingnya. Sampai dalam tulang pun lembut sangat isinya. Makan di rumah taukenya memang balik pun dapat tapau nasi bariani lagi. Alhamdulillah.. rezeki.

Lepas makan dan lepas bersembang sekejap, pukul 11 lebih kami pun balik. Dalam perjalanan nampak bulan yang 3/4 penuh. Subhanallah.. Indahnya. Besarnya kuasa ALLAH. Malam tadi bulan nampak besar dan bercahaya kuning. Dalam memuji kebesaran ALLAH dan kecantikan bulan, makcikku menyebut. Sekarang ni yang boleh nampak hanya bulan. Jarang sekali nak nampak kerlipan bintang. Aku pun ikut bersetuju. Betullah juga. Sekarang ini tiap kali malam, tatkala mendongak ke langit, yang selalu dapat dilihat hanyalah bulan. Kerlipan bintang bagaikan menghilang. Ianya bagaikan tiada lagi di langit. Macam dah lama tak dapat lihat bintang bertaburan. Dengan keadaan langit yang selalu kelam   memang susah nak nampak bintang yang banyak macam dulu.

Bintang... Aku rindu! Kalau waktu kecil-kecil dulu, aku suka membilang bintang di langit. Balik mengaji di waktu malam, kepala selalu mendongak ke langit. Leka mencari bintang berderet tiga. Kata orang kalau nampak bintang berderet tiga itu tandanya malam nak hujan. Kalau hujan akan bertambah sejuklah malam. Akan lenalah tidur. Tapi ianya bukanlah sahih pun. Tapi seronok juga nak mencari bintang berderet tiga. Seronok nak mengira bintang yang cahayanya indah. Waktu itu, kerlipan bintang terasa cukup banyak. Tak terkira dengan jari. Tapi sekarang, macam malam tadi, satu bintang pun tak kelihatan. Tebal sangatkah lapisan pencemaran di langit kini? Sehinggakan bintang yang dirindu terlalu sukar untuk ditemui.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

5 comments:

idzwa kamaruddin said...

kalau ade pun sebiji dua je kak..uhuks..

Kakzakie said...

Kalau nak melihat bintang kena balik kampung Hanis. Hanis ada kg tak? Kalau tak ada kampung memang akan terus rindu-rinduanlah:)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Aahlah betul, lama dah tak nampak dan kira bintang..Saya pun suka kira bintang kak..

Diana Rashid said...

ye la kak..betul tu...memang tak de bintang dah malam2 ni...teringat pulak lagu seksa nyanyian Amir Ukays Yang mencari2 bintang di malam hari..heheh

ctriko said...

Assalam Sis, finally I know how to get in touch with you. Terima kasih kerana sudi singgah myhookedbooks. Keep on writing ok. I loved ur story.