Nuffnang

Tuesday, February 17, 2015

Ruangan Homework..

Assalamualaikum..

Semalam Han tegur. Mama period lagi eh? Aku tanyalah, kenapa? Dia kata sebab  susun atur dalam rumah bertukar lagi he..he.. Han kata, dia perasan, last month pun time period aku alihkan kedudukan sofa. Aku sendiri pun tak perasan. Tapi memang lately aku rajin sikit  nak alih-alihkan kedudukan perabot kat dalam rumah. Buat sendiri takde orang tolong pun takde hal. Janji dapat alihkan kedudukan perabot agar tak rasa bosan dengan susun atur yang sama. Tak kisahlah tak cantik pun kedudukannya. Asalkan kena di mata aku, aku dah puas hati. Lepas tu yang paling penting aku boleh menyapu bawah-bawah sofa dan almari tanpa halangan.

Macam kali ni aku buat ruangan untuk homework. Ceh..ceh.. beria pulak nak ada ruangan khas. Aku bukannya apa, anak-anak memang setiap hari ada homework. Kalau buat dalam bilik memang akhirnya kerja rumah tak siap. Sudahnya semua berlingkar buat depan tv. Kalau buat depan tv kat atas memang x-box didahulukan, kerja rumah diketepikan jawabnya. Jadi suruh buat kat depan tv kat bawah aje. Senang nak pantau. Tapi bila buat depan tv, satu rumah jadi berselerak. Tiap kali aku turun time anak-anak buat homework, mata aku sakit sebab satu rumah nampak bersepah. Seorang kat sini, seorang kat sana, seorang kat situ.  So, kena ada ruangan khas. 

Ruangan Homework katanya.. he..he.. 
Setakat dua tiga hari ni memang anak-anak buat homework kat atas meja tu. 

Sekarang bila aku turun bawah hanya ruangan ini aje yang akan bersepah bila anak buat homework. Tapi itu pun lepas dah siap homework, anak-anak akan pastikan atas meja tu kembali kosong. (Tak tahulah displin tu bertahan berapa lama he..he.. selalunya kejap aje hu..hu..) Aku korbankan meja kopi ni untuk anak-anak buat homework. Maka.. takde lagi dah buat homework sambil meniarap atas karpet. Mengelak dari semuanya tahu-tahu tertiarap atas buku sebab tertidur dulu he..he..

 Setakat ni anak-anak suka aje buat homework kat sini sebab dia orang  masih boleh tengok tv. Bila orang datang, anak-anak masih boleh terus buat homework kat sini sebab kawasan ni terlindung dengan sofa. Jadi kalau bersepah pun kat situ orang tak perasan sangat. Anak-anak pun tak terganggu. So, itulah dia ruangan homework kat rumahku. 

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

8 comments:

Kopiolimauice said...

biasa la kan budak2 disiplin nye tak tahan lama ;) kena mama dia angkat rotan kot baru takut nk buat sepah

Sheila Adziz said...

erm... bgs gak da ruang tuk mereka bt homework... nice:)

Aliza Liza said...

Untung akak ada rumah sendiri. Rumah liza memang tak boleh nak deko.susun berterabur. teringin sangat ada rumah sendiri.

JunAina said...

Suami Aina typical sikit kalau dah letak gitu sofanya jangan pandai2 nak ubah tanpa izin dia. Sebab dia suka ruang yang lapang.

Anak2 kat rumah pun sama suka sangat buat kerja sekolah depan tv.

Acik Erna said...

cantik susunatur rumah Hanis

Diana Rashid said...

cantik nya rumah kak Fea..saya nak rumah cantik macam ni tapi tak mampu..ekekek..jadi punya rumah yang biasa2 je la saya nih..Syukur ada jugak rumah..;p

Najib Ariyan said...

untungnya ada mak rajin... lepas ni cemana lagi gaya nak mengubahnya yer kalau yg ni pun tak berkesan... hehehehe

idzwa kamaruddin said...

semoga satu hari nanti izwa akan dapat ruang mcm ni dirumah sendiri..

akak doakan izwa ye ;)