Nuffnang

Thursday, February 12, 2015

Port Dickson pun bestlah..

Assalamualaikum..

Hari ni dah nak masuk pertengahan bulan 2. Tahun lepas, awal-awal tahu lagi aku dah selamat bercuti ke Bali. Kemudian selepas itu dah sibuk buat survey untuk percutian kami ke Hong Kong untuk pertengahan tahun pulak. Hujung tahun bercuti ke Legoland. Tapi tahun ni, tak sempat nak ke mana-mana lagi. Nak plan untuk ke mana-mana lagi pun belum. Orang kaki jalan macam aku memang tak boleh duduk diam. Jadi tak senang duduk dibuatnya bila rasa macam dah lama tak pergi bercuti. Cukup duit ke tak cukup duit ke kepala asyik ingat nak pergi bercuti aje he..he.. (Tapi kalau tak cukup pun gigih juga nak menyimpan dan berjimat cermat asalkan dapat jalan).  

Nak berjalan sangat tu bukan apa. Aku seronok nak menikmati alam ciptaan ALLAH yang Maha Luas dan Maha Indah.  Nak pergi melihat tempat orang. Semoga ALLAH sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga untuk dapat sampai ke tempat-tempat yang ingin kami lawati.. insyaALLAH. Sebenarnya, kalau dapat berjalan tu tak kiralah tempatnya dekat atau jauh. Tak kiralah dalam negara atau luar negara. Semuanya masih boleh memberikan rasa keterujaan, keseronokan dan kepuasan. Pendek kata asal nama berjalan atau bercuti aje dah suka. Memang macam rasa nak like 30 juta kali he..he..

 Pantai Port Dickson, where you at.. where you at

Dapat pergi PD pun aku dah suka sangat. Sebab walaupun dekat, sesuatu tempat itu tetap ada keistimewaannya. Macam percutian kami sekeluarga ke PD dua tahun lepas, sampai sekarang pun aku masih teringatkan keseronokannya. Bila tengok gambar aje jadi terkenang-kenang.  Kalau dapat bercuti ke PD lagi pun best ni. Masa ni kami menginap di Ancasa. (Antara percutian kami sekeluarga bersama arwah adikku). Best tau  pantai kat area Ancasa tu. Nak main pasir pun best. Aktiviti airnya pun banyak. Puaslah anak-anak naik banana boat, donut boat dan segala aktiviti yang ada yang aku sendiri tak tahu nama.

Yang buatkan anak-anak lagi seronok ialah bila mereka dapat sertai aktiviti air tu berkali-kali. Bila dia orang nak naik sekali aku memang takde hal. Tak kisahlah nak kena keluar duit biar anak-anak dapat merasa bila sesekali bercuti. Tapi kalau berkali-kali tu err.. menjadi hal jugalah he..he.. Sebab semua aktivitinya berbayar. Kalau seorang takpe lagi. Kalau dah sepuluh orang dan nak naik pun berkali-kali memang kena reject jugalah dengan aku he..he.. Tapi arwah adik aku memang sangat pemurah orangnya. Nak naik  banyak kali pun naiklah. Sebab dia tak kisah nak belanja. Ya ALLAH.. semoga kemurahan hatinya yang selalu tak kedekut akan membuatkan arwah adikku berbahagia di sana insyaALLAH.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

7 comments:

idzwa kamaruddin said...

kan..seronok nyerrr dpt berjalan walaupun takat pd je pun..thihhi..sama la kiter :)

Acik Erna said...

anak2 dah besar ni susah nak bercuti bersama2 hanis..yang sorang cuti yang sorang lagi tak dapat cuti..adik cuti sem...abang pulak sibuk kerja sampai tak dapat cuti

Eye_nee said...

dpt mengimbau kenangan bercuti pun dah buat kamu hepi yer sis...InsyaAllah pasti ada rezeki buat kamu dan famili nak bercuti...

Diana Rashid said...

bahagia hidup kak Fea dengan pertambahan ahli keluarga..Paling best bila nak pi bercuti..meriah..heheh

Diana Rashid said...

bahagia hidup kak Fea dengan pertambahan ahli keluarga..Paling best bila nak pi bercuti..meriah..heheh

cikceriacorner said...

bestnye kak family day..seronok..berkumpul dan bermain sama2..mengeratkan silaturahim

JunAina said...

Al-Fatihah buat dia yg telah pergi...
Aina ni simpan duit cuti2 balik Perlis jelah kos balik kampung pun paling tak ada 1k sekali balik... Moga Allah sentiasa memurahkan rezeki kepada kita.