Friday, May 8, 2015

Feeling "ongkaya"..

Assalamualaikum.. 

Petang semalam aku singgah kat kedai runcit depan rumah. Memang takde nak beli banyak barang pun. Cuma nak beli satu barang ni aje. Bila tengok kat bekas  barang yang aku nak beli tu dah tinggal sikit sangat. Jadi aku pun belilah semua apa yang tinggal kat dalam bekas tu.

Oleh kerana dah lama dah tak masak dan tak makan benda tu jadi petang semalam bila dah beli aku pun masaklah. Pagi tadi baru teringat nak mengusik en.asben. Tanya kat en.asben, sedap ke tidak? Sebab beberapa hari sebelum tu en.asben ada menyebut nak makan benda tu. Konon nak tunjuklah yang aku ni caring. Suami nak makan, aku masakkan ha..ha..

Dah terlanjur bertanya tu aku pun ceritalah  sekali kat en.asben yang petang semalam aku macam orang kaya sebab boleh cakap kat adik kedai tu "Dikkk.. yang ni bungkus semua.." Wah.. memang tiba-tiba rasa macam orang kaya bila dapat guna dialog orang kaya macam tu di zaman gst ni he..he..

En.asben buat muka tak boleh blah aje sebab isteri dia feeling lebih. Padahalllllllll cuma dapat cakap macam tu untuk beli tauge harga 50 sen aje! he..he.. itu pun dah feeling "ongkaya" sangat. 

Salam hormat untuk semua. In sya-ALLAH..  Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

7 comments:

mamaarifakeemaisy said...

hahhha... lawak lawak... 😉
salam ziarah.. lama tk online sebenarnya..huu

Kakzakie Purvit said...

Hihi... senyum sendiri kakak baca N3 Hanis ni. Sesekali berkomunikasi style org kaya:)

Izwa Kamaruddin said...

hahahaha org tgh bygkan muka husband akak mesti mcm org takde perasaan sb dah tau akak tu mcm mane ;)

Unknown said...

heheheh...selalunya kat kedai saya nih yang selalu saya cakap "nak semua ye.." ialah taugeh dan udang ...ekekekk...habis tu dah pi kedai nak dekat tengahari,apa je la yang tinggal..hahahah

gadisBunga™ said...

hahaha!!! teringat saya pun 'sapu semua sabun mangga' kat kedai souvenirs kat siem reap tempoh hari. padahal dah tinggal berapa ketul je pun. hahah!!

Mar Mansor said...

ingatkan apa tadi

mira bechok said...

Mira pn penanh fefeling cenggini.. just beli ckit brg dkt hypermarket. tertiba duit xda dlm wallet.lupa nk cucuk duit. sampai dkt casheir trus ckp blh pakai kad yea dik.. wah bunyi cm kdt kad yea.. tp sbenarnya debit kad je pun.. beli brg pn tak smpai 50inggit hikhikhik

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...