Nuffnang

Wednesday, May 6, 2015

Mangga Harum Manis..

Assalamualaikum..

Mangga harum manis.. Kita yang sihat ini pun rasa teringin dan terliur mendengar namanya. Inikan pulak orang yang sakit. Teringat kisah setahun dulu. Beberapa hari sebelum arwah adikku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Waktu tu dalam musim mangga harum manis. Kebetulan adik bongsuku dan suaminya balik kampung di Kedah. Jadi adalah rezeki kami untuk dapat mangga harum manis. Orang yang sakit kat wad pun teringin. 

Nak ke? tanyaku.
Tersenyum-senyum arwah mengangguk.

Boleh ke? tanyaku lagi
Arwah tersenyum lagi.

Memang arwah naklah sebab beberapa hari sebelum tu selera makannya semakin berkurang. Tapi aku takut nak bagi sebab penyakitnya menyebabkan bacaan gula dalam darahnya bercelaru. Sekejap bacaannya 10, sekejap 15 sekejap 20 lebih. Sekejap nanti turun 11. Lepas tu naik balik 18. Jadi kami sama-sama pandang emak minta izin. (Kami lebih takut emak marah dari doktor marah hihihi). Seperti biasa emak akan beri formula tradisi.

Rasalah sikit.. buat ubat.. kata emak.

Bila emak dah bagi izin, takde pulak pisau kat dalam wad nak potong mangga tu. Jadi aku pun korek aje mangga tu guna sudu dan bagi pada arwah. 

Tadi bacaan gula berapa? tanyaku.
Dalam 11 ke 12.. jawabnya.

Oh kalau gitu dalam range rendah bacaannya untuk dia. Jadi aku korekkan sedikit lagi mangga untuknya. Tersenyum-senyum arwah makan.

Nak lagi? tanyaku.
Dia mengeleng.

Sebenarnya dia pun takut nak makan banyak. Elok lepas tu nurse masuk untuk check darah. Mangga kat tangan terus aku sembunyikan kat belakang badan. Kami berdua dah sama-sama tersenyum-senyum sebab tahu bacaan gula sure naik punya. 

Eh.. Kak Rafidah.. Gula naik 20 ni.. kata nurse.

Kami dah gelak dah waktu tu sambil arwah mengaku yang dia baru lepas makan mangga harum manis. Aku pun siap tunjukkan bahan bukti. Tak boleh nak kata apa, nurse pun tersenyum aje. Emak siap backing anak dia.

Buat ubat nurse.. kata emak mengalahkan tuan doktor.

Alhamdulillah.. arwah dapat rasa juga mangga harum manis. Kalau tak di musim ini tentu aku berasa ralat. Alhamdulillah.. kisah itu menjadi kenangan yang manis untukku. Semanis mangga harum manis  walaupun berderai-derai airmata ketika menaip entry ini. Al-fatihah untuk arwah. Semoga kehidupannya lebih indah dan manis di alam sana. I love you so much sister.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

7 comments:

nur anis said...

Alfatihah untuk arwah....

idzwa kamaruddin said...

kenangan manis dari mangga harum manis ;)

CIKU said...

salam takziah.baca tajuk blog ni terus nak terjah masuk sebab mangga harum manis yang menyingkap memori juga.

Angah said...

al-fatihah...

Angah said...

al-fatihah...

mokjadeandell said...

Al-fatihah
Sekarang tgh musim kat Perlis ni.

ummi aqilah (LM) said...

Al fatihah.. Bergenang air mata saya baca kak fea. Mujur dpt suap jugak, klu x mmg ralat smpi akk x sanggup nk telan lg buah harum manis ni kot. Ye la.. Dia nk kita x bg konon utk kebaikan dia tp last2 dia x dpt lg jamah buah tu mmg kita akan terkilan kan?