Thursday, June 18, 2015

Hadiah hari jadi yang ke 39..

Assalamualaikum..

1 Ramadhan datang lagi. Salam Ramadhan buat semua!! Alhamdulillah.. ALLAH panjangkan lagi umur kita untuk dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Ramadhan Kareem. Terasa sebak dan syahdu ketika nak menunaikan solat tarawikh malam tadi. Terasa sangat bersyukur bila ALLAH masih beri peluang untuk dapat menikmati kemuliaan dan keberkatan Ramadhan.  Semoga puasa dan segala amalan kita diterima oleh ALLAH hendaknya. Semoga iman dan amal kita akan terus mantap dan bertambah.. insyaALLAH.

Hari ni nak cerita pasal hadiah hari jadi. Tahun ni special sikit hadiahnya sebab apa yang aku minta dari en.asben semuanya adalah untuk rumah. Sebenarnya..  kalau bab rumah, aku dengan en.asben selalu tak sependapat. Aku nak macam ni, dia nak macam tu. Aku suka macam ni, dia suka macam tu. Apa yang aku suka mesti dia tak suka. Tapi selalunya kalau bab rumah, aku memang terpaksa  beralah. Sebabnya.. aku kena ikut juga apa yang suami suka pasal rumah sebab nanti kalau dia tak suka lagi parah. Takut  tak nak balik rumah pulak dia nanti he..he.. Tak naklah gitu, kan? Jadi disebabkan itu aku lebih sanggup tunggu en.asben bagi green light aje kalau nak buat apa-apa untuk rumah. Dalam erti kata lain tunggu masa untuk en.asben mengalah pulak.

Macam sebelum ni, setiap tahun aku cakap nak sambung dapur. Tapi en.asben buat tak tahu aje sebab bagi dia macam takde keperluan. Satu hal lagi, en.asben tak suka kalau ampaian baju ada kat depan rumah. Jadi dia sanggup reserve belakang rumah untuk buat tempat sidai kain. Siap buatkan bumbung lagi biar dapat sidai kain bawah bumbung. Tapi akhirnya, en.asben mengalah juga bila aku asyiklah cakap pasal nak sambung dapur. Beberapa tahun lepas dapatlah aku dapur baru. Sekarang ni terpaksalah sidai kain kat depan rumah sebab kat belakang rumah dah takde tempat. Memanglah buruk sikit pandangan bila sidai kain kat depan rumah. Tapi aku redha asalkan dapat sambung dapur he..he..

 Demi dapur, tempat sidai kain aku korbankan..
Adalah lagi projek kat rumah yang en.asben tak setuju dengan proposal aku. Kalau setuju pun ikut cara dia. Maksudnya ikut apa yang dia nak. Hmmm.. okeylah.. okeylah.. ikutlah cara dia dan apa yang dia nak asalkan apa yang aku sendiri nak tu dapat. Bila dah macam tu, sekarang ni kalau nak buat apa-apa untuk rumah aku kena ada strategi kah..kah..kah.. (gelak jahat). Dari hujung tahun lepas aku asyik cakap apa yang aku nak. Tapi en.asben saja aje buat nahiiii. Tapi aku pun asyik cakap juga lagi. (kental tak kental???) Sampailah birthday aku pada 27 Mac lepas, aku minta apa yang aku nak tu sebagai hadiah hari jadi. (Beruntung juga sebenarnya bila jarang meminta-minta hadiah dari suami. Jadi bila sekali-sekala kita minta, tentulah dia susah nak tolak he..he..) Ada dua benda yang aku minta dan ALHAMDULILLAH.. ALLAH bagi rezeki untuk en.asben dapat tunaikan. Syukur.. (Sebenarnya ada 3. Tapi satu lagi en.asben reject.. Hmm.. pasrah ajelah).
 
 Tarrraaaa.. 
ALHAMDULILLAH.. Terima kasih ALLAH.. Terima kasih en.asben.
Hadiah hari jadi aku yang ke 39 ialah wallpaper dan lagi satu sedang dalam proses (projek kecil-kecilan aje pun mengikut kemampuan kami).. Bertahun kut minta nak pasang wallpaper kat rumah. Tahun ni baru dapat. Tahun lepas aku pujuk-pujuk juga. Tapi masih tak jalan. Dia masih tak nak bagi pasang. Sanggup tau dia cat rumah tahun lepas (yang kosnya lebih kurang sama aje dengan harga pasang wall paper) sebab tak nak layan bila aku minta nak pasang wallpaper kat rumah. Tahun ni.. kerana ada strategi.. minta wall paper sebagai hadiah hari jadi, maka.. tertunailah hasrat aku nak pasang wall paper kat ruang tamu (Senyum lebar hingga ke telingalah aku :))

Hadiah harijadi aku katanya, kan? kan?
Tapi.. warna dan pattern masih ikut taste en.asben juga he..he.. Takpelah.. asalkan coraknya masih apa yang aku nak.. Paling penting aku dapat juga nak pasang wallpaper corak batu-bata.. Entah kenapa, aku suka sangat dengan corak ni..   Dalam banyak-banyak corak batu-bata yang aku suka, cuma corak ini yang en.asben suka.. Yang lain, dia pilih mana yang aku tak suka.  Saja tau biar aku ubah fikiran.. Nasib aku cekal ha..ha.. Dalam tercari-cari orang nak pasangkan wallpaper kat rumah, sekali nampak kawan arwah adik aku ada buat bisnes wallpaper ni kat FB. Memang pucuk dicita, ulam mendatanglah nampaknya.  Aku pun apa lagi, terus PM kat dia. ALHAMDULILLAH.. selain dapat apa yang dicita, dapat juga support bisnes kawan-kawan dan menyambung silaturrahim.. Alhamdulillah.. aku puas hati dengan kerjanya. Harganya pun berbaloi-baloi. Kalau ada sesiapa yang berminat nak pasang wall paper bolehlah jenguk-jenguk FB kawan arwah adik aku. Namanya  Alin. FBnya Tulip Putih.

Alhamdulillah.. Aku suka sangat.. Anak-anak suka juga.. Paling penting en.asben pun dah suka (Itu paling win.. Yeaay.. akhirnya).. Hari tu makcik aku datang. Dia kata feeling macam duduk dalam gua sebab nampak macam sejuk aje corak batu bata tu he..he.. Kira okeylah tu kan. Cantik tak cantik di mata orang itu belakang kira. Yang penting apa yang kami sekeluarga rasa. Rumahku, Syurgaku konsepnya.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH..semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

9 comments:

Sura Mohd said...

wow..cantiknya..semangat nak raya camni..:)

Mar Mansor said...

memang cantik..seronok kan bila apa yang kita hajati tercapai

Kopiolimauice said...

wowww syokk giler hdiad bezday ;)

- dieyana - said...

cantik, serius cantik!

mira bechok said...

wah cantiknya umah kak fia.. tahun ni nk dtg raya ler umah kak fia hehehe

Acik Erna said...

Tahniah Hanis..dapat apa yang dihajati

Unknown said...

cantiknya rumah kak fea...dapur pun cantik..erm,..teringin jugak..tapi tak de duit..heheheh

Izwa Kamaruddin said...

wahhh cantik nyer umah akak...

Eye_nee said...

Wow u winnn....dpt jugak yer..walaupun terpaksa tunggu setahun...en suami ni kan sis kan...ikut ckp dia jer kan....akk pun nak buat jugak lah...request sesuatu masa harijd kan...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...