Nuffnang

Monday, February 29, 2016

Aktiviti padat dan perut pun padat..

Assalamualaikum..

Hari ni rasa letih sangat. Mata pun dari pagi asyik rasa mengantuk sangat.  Mana tidaknya, hujung minggu bagaikan tak cukup masa nak berehat. Hari sabtu lepas subuh konon nak sambung tidur balik. Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni selalu mimpi yang buatkan badan rasa penat. Macam mimpi pergi outinglah, mimpi kenduri kendaralah, mimpi kumpul ramai-ramailah tapi yang macam ada aje halnya sebelum nak dapat berkumpul tu. Itu yang buatkan badan jadi letih sebab tak dapat tidur yang berkualiti huhu.. Berbalik pada cerita hari sabtu. Dekat pukul 8 Az kejut kata dia ada kelas tambahan kat sekolah. Terus teringat yang Han pun ada Majlis Temu Mesra kat sekolah untuk ambil result periksa. Jadi bangunlah cepat-cepat sebab en.asben tak dapat pergi. Pagi tu dia ada kelas aikido. Settle hantar Az kat sekolah singgah beli sarapan untuk family. Dah siap makan, kemas-kemas dapur terus siap-siap nak pergi sekolah Han pulak. Tapi sebelum tu sempat juga settlekan bil-bil di Maybank2u.

Alhamdulillah.. kat sekolah Han, untuk kelasnya tak berapa ramai ibu bapa yang datang. Kelas lain punyalah panjang queue. Jadi masa menunggu untuk berjumpa dengan cikgu Han tu takdelah lama sangat. InsyaALLAH.. tahun ni Han ambil SPM. Jadi memang kena berusaha sungguh-sungguh untuk dapat result yang bagus. Untuk result akhir tahun waktu form 4 Han dapat 3A aje. Ada satu subjek fail iaitu add math  huhu. Tapi untuk awal tahun ni adalah sedikit peningkatan pelajarannya. Guru kelas Han guru yang mengajar subjek Bio. Dia kata kalau lebihkan usaha mesti boleh dapat keputusan yang lebih baik. Alhamdulillah.. untuk peperiksaan bulan februari ni ada peningkatan untuk markah Bio Han. Akhir tahun lepas result Bio Han dapat markah 43 ke 46 macam tu aje. Tapi untuk peperiksaan bulanan kali ni dia dah dapat markah 80. So cikgu kata satu peningkatan yang baik sebab selalu orang naik sikit-sikit. Tapi Han boleh gandakan markah dia sampai sekali ganda. Doaku semoga Han dapat meningkatkan lagi prestasinya.. In sya ALLAH. Suka dengan nasihat-nasihat dari guru-gurunya. Cuba jadi luar biasa. Jangan jadi biasa-biasa saja! Ambil peluang untuk jumpa dengan cikgu lepas kelas. Jangan tengok aje orang lain rebut peluang untuk tanya, tanya dan tanya pada cikgu! 

Masa hari sabtu tu baru 27 februari kan. So pada aku kita masih dalam bulan Februari lagi. Tapi guru-guru dia dah anggap sekarang ni dah bulan Mac dah. Asyiklah sebut, ini dah bulan Mac dah. Cuma ada beberapa bulan saja lagi. Terus gelabah aku dengar hu..hu.. Maklumlah tahun ni anak-anak aku semuanya ambil peperiksaan besar. Az - UPSR, Is - PT3, Han - SPM. Sekali serentak tiga-tiga orang periksa besar. Itu yang aku cuak lebih tu. Doaku semoga anak-anakku dan anak-anak kita semua yang mengambil peperiksaan besar tahun ini akan mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya.. In sya ALLAH.. Tolong doa-doakan sama ya. Terima kasih! Balik dari sekolah Han, sibuk menyapu rumah pulak. Lepas solat dhuha rehat sekejap. Lepas tu turun bawah siapkan lunch. Itupun emak dah siap masakkan kari ikan. TQ emak. Jadi tinggal sediakan 2 lagi lauk buat tambah-tambah. Lepas makan en.asben nak bawak Han pergi ekspo pendidikan kat KLCC. Aku pun nak ikut juga. Ajak sekali sepupu yang sekarang ni tinggal dengan emak. So berempatlah kami ke ekspo tu. Jalan agak jem. Satu jam juga nak sampai ke KLCC. Alhamdulillah direzekikan dengan senang nak dapat parking. Betul-betul aje depan pintu lif. Syukur. Orang punyalah ramai kat KLCC tu. Sampai naik pening kepala aku. Dah sampai ekspo tu berjalanlah kami dari satu booth ke satu booth. 

Dah separuh pusing-pusing dalam Hall 2  tu aku boleh terpisah pulak dengan dia orang. Malas nak pergi cari aku tunggu aje kat entrance. Masa duduk tu seronok tengok anak-anak muda yang nak sambung belajar. Rasa ikut excited dengar perbualan mereka yang nampak sangat bercita-cita besar. Bagusnya. Keluar dari ekspo ingat nak singgah makan. Tapi tak tahu nak makan kat mana. (Maklumlah pergi KLCC setahun sekali jadi memang tak familiarlah kan he..he..). Lalu nak pergi parking nampak Garret. Belilah untuk merasa sebab tak pernah rasa. Selalu dengar orang cerita aje. Oklah.. sedap juga popcorn mahal tu. Orang beratur pun agak ramai. Ada pakcik depan kita orang tu siap beli 10 pack popcorn total RM 200++. Kita orang memang buat muka kagumlah. Lepas tu  kami jadi malu pulak  nak order popcorn 1 aje he..he.. Tapi nasib baik juga beli 1 pek aje. Sebab sampai hari ni pun tak habis lagi popcorn garret tu. Padahal kat rumah kami ramai.  Tapi macam tak laku pulak popcorn tu kat rumah aku. Kira berbaloilah RM20 beli popcorn sedap tu tapi berhari-hari tak habis lagi he..he.. Lepas beli popcorn singgah beli roti boy. Sebab anak-anak suka. Nak lawan pakcik beli popcorn garret x 10, aku pun belilah roti boy x 10 jugak. So kita seri pakcik he..he.. 

Tak tahu nak makan kat mana kami pun terus masuk kereta. Ingat nak singgah makan subway kat serdang. Tapi takde parking pulak. Jadi terus balik Bangi aje. Sampai Bangi tak tahu jugak nak makan kat mana. Pusing-pusing tak boleh nak decide juga sampailah en.asben menyebut nak makan Singapore Lamb Shank kat Zawara dan Han pun sibuk kata teringinkan churos. So mohlah kita ke Zawara Cafe. Di kawasan yang semakin sesak kat Bangi tu. Alhamdulillah.. ada parking untuk kami. Thank you ALLAH.

Makan di Zawara Cafe.
Gambar malap sebab duduk kat basement. Situ aje yang masih kosong tempat duduknya.

Aku order cheese burger - RM15 (Sedap!). Cheese meleleh-leleh. Han order Set Churos dengan Aiskrim - RM 13 (Sedap dan banyak!) dengan Spagetti Arabiaca ke apa ntah namanya - RM 13 kot lupa (So-so aje rasanya). En.asben order Singapore Lamb Shank - RM 29 (Sedap!). Datang nak makan kat situ pun sebab Lamb Shank dia tulah. Sepupu aku order Salted Egg Chicken Wing - RM 19 (Sedap!). Aku dan family memang puas hatilah makan kat situ. Portion pun boleh tahan. Siap bertolak-tolak nak habiskan. First time juga aku makan burger tak habis walaupun burger tu sedap sebab perut dah senak kekenyangan. Churos pun tak habis. Eh.. Lamb Shank pun tak habis. Entah kenapa kita orang boleh kenyang sangat hari tu. Sampai ke malam aku, han dengan en.asben tak makan sebab dah rasa kenyang betul. Alhamdulillah. Malam tu lepas aje solat isyak aku terus bummm. Aku ingat aku seorang yang keletihan. Rupanya semua orang pun sama. 9.30 dah tidur semuanya.

Pagi ahad bangun pagi sediakan sarapan untuk family. Buat cekodok ikan bilis dan masak nasi goreng (Sebab malam tu tak ramai yang makan jadi nasi berlebih banyak). Lepas dah siap masak, makan semua terus sapu rumah dari atas ke bawah. Dah settle semua terus naik solat dhuha dan siap-siap nak pergi kenduri kahwin kat Teras Jernang. Anak jiran lama. Bila tuan rumah beria menjemput rasa tak best pulak kalau tak pergi.  Lepas makan kenduri singgah rumah makcik aku kejap. Padahal nak singgah kejap aje. Sebab nak jenguk makcik. Tapi makcik aku sempat jugak kukus pau dan goreng popia sata dan popia otak-otak untuk kita orang. Siap hidang milo ais lagi. Dalam mulut tu menyebut jangan susah-susah, jangan hidang apa-apa, laju juga tangan capai pau dengan popia panas-panas tu masuk mulut he..he.. Air milo ais pun habis sejug ha..ha.. TQ chu.

Dah settle kat rumah makcik aku kami ke Bukit Mahkota pulak. Anak buah pakcik aku ada buat kenduri aqiqah anak dia. Kat sini en.asben dan anak-anak dah surrender dah nak makan. Cuma makan buah, bubur kacang dan minum air aje. Aku ratah juga kari daging dia dengan pulut kuning sikit. Punyalah sedap kari daging dia. Lembut sangat dagingnya. Sedap betul meratah walaupun perut dah kenyang he..he.. Balik dari Bukit Mahkota hantar emak dan anak-anak aku balik rumah. Lepas solat rehat sekejap. Dekat pukul 4 terus keluar nak bawak emak dan ayah mertua pergi melawat isteri sepupu ayah di Hospital Shah Alam. Dah berminggu-minggu makcik tu masuk hospital kerana ada masalah dengan paru-parunya. Jadi macam tak best pulak kalau tak pergi melawat. Alhamdulillah.. ada rezeki untuk kami dapat melawat makcik tu. Alhamdulillah nampak dia dah beransur sembuh. Berbual pun rancak. Tapi masih perlu terus berada di hospital untuk menghabiskan antibiotik selama 4 minggu. Ada baki 2 minggu lagi untuk menghabiskan antibiotik tu. Doaku semoga makcik itu diberikan kesembuhan segera dan diringankan kesakitannya. 

Lepas solat asar kami pun terus balik. Hujan tengah sangat-sangat lebat waktu tu. Ada jalan kat Shah Alam tu siap dah naik air. Alhamdulillah masih boleh lalu. Waktu lalu kat karangkraf ada nampak kereta banyak parking tepi-tepi jalan sebab ada Karnival Karangkraf. Rasa macam nak singgah. Tapi kesian pulak nanti emak dan ayah kena menunggu. Jadi takpelah. Lain kali aje. Balik Bangi, singgah ambil anak-anak kat rumah kejap lepas tu terus pergi rumah emak mertua sebab emak dah siap masak untuk makan malam semua sebelum pergi tu. Lepas makan semua kami pun balik. Badan dah rasa letih sangat. Nak tunggu tengok Anugerah Meletop Era pun rasa tak daya. Sampai rumah tengoklah AME tu kejap. Tapi tak tengok sampai habis pun sebab mata dah layu. Lepas solat isyak terus tidur. Bangun pagi tadi rasa tak puas tidur huhu.. Mungkin sebab badan tak cukup rehat.

Alhamdulillah.. hari ni murah betul rezeki aku. Pagi-pagi bos dah belanja sarapan. Lepas tu kawan bagi bekal mee gorang dia sikit. Siap bagi sepeket susu kambing yang sedap lagi. TQ Ika. Tengah hari tak keluar makan sebab mengantuk sangat-sangat. Jadi tidur kat surau sebelum waktu zohor tu. Alhamdulillah.. sebelum tu bos dah siap-siap bagi nasi bariani dengan ayam chicken chop. TQ Pn. Dilla. Jadi tak keluar lunch pun takpe sebab dah ada bekal siap-siap. Petang tu ada kawan bagi goreng pisang pulak. Alhamdulillah.. rezeki.. rezeki. TQ Ida. Alhamdulillah.. Syukur kerana dikurniakan dengan orang-orang sekeliling yang cukup baik budi dan selalu bermurah hati belanja makan itu dan ini. Doaku semoga rezeki mereka selalu murah dan terus diberkati olehNYA.. in sya ALLAH. Terima kasih teman-temanku. Manalah berat aku tak naik sampai 10 kg selama 6 tahun aku berkerja di tempat sekarang ni. Asyik makan aje kerjanya hikksss. :)

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan snetiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

6 comments:

Kakcik Nur said...

Waduhhhh... padatnya jadual hujung minggu Fea...

Tak apa, janji masa bersama keluarga digunakan sepenuhnya dan dapat bergembira bersama. Semoga Han, Is dan Az berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan mwereka nanti. InsyaAllah.

Sibongsu kakcik yang kekal sepet itu pun akan menduduki PT3 tahun ini...hanya doa dapat mengiringinya...

idzwa kamaruddin said...

fuhhhhh...jenuh nak abiskan entry akak kali nie! kikikikii..penat sungguh la haiiii biler baca tapi yang alami nyer dah tentu double penat kan tapi yg penting hati gumbira perut bahagai..gitu..hehehe....

LM said...

Mimpi yg beraktiviti mmg buat diri letih kak. Saya selalu mimpi mcm
Tu. bgn je pagi rasa lesu sgt. Pernah sekali tu sy mimpi kena kejar org jahat. Kena panjat tembok mmg la termengah2 bangun tido

Sedap nmpk kak fea punya burger. Dgr meleleh kejunya lagi lah buat diri terliur

dwatyKNY said...

Dah 2 kali p zawara... minum jer... x mampu nak makan lagi...

Darling Pya said...

Belum pernah sampai lagi ke Zawara Cafe ni.Tengok komen semua sedap2 belaka...nak kena cuba juga la ni

wahida said...

saya lama tak minum susu kambing kak...
akak tulis ni buat saya teringin pulak...tapi susah la kan nak dapat susu kambing...huhu...