Friday, February 5, 2016

Alhamdulillah.. ada yang ingat..

Assalamualaikum..

Salam jumaat yang mulia untuk semua. Dah baca surah Al-Kahfi pagi ni? Dah solat dhuha? Jom sama-sama kita perbaiki dan pertingkatkan amalan kita.

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat lagi aku mencoret di sini. Menulis memang jiwa aku. Jadi bila dah lama tak menulis terasa macam ada yang tak lengkap dalam kehidupanku. Walaupun kehidupan masih boleh berjalan seperti biasa. Seperti biasa juga kehidupan ada turun naiknya. Ada masa bahagia. Ada masa terluka. Ada masa semuanya berjalan lancar. Ada masa ada perkara yang kucar kacir juga. Ada masa  sihat. Ada masa sakit. Bulan lepas hampir 3 minggu juga aku asyik tak sihat. Deman, sakit tekak, batuk, selsema dan sakit perut semua ada. Begitulah kehidupan, kan? Sebulan blog terpinggir. Ada macam-macam cerita dalam kepala tapi tiada rasa nak berkongsi. Bila menulis dari jiwa, memang perlukan jiwa juga untuk menulis. 

Alhamdulillah.. hari ni murah betul rezekiku. Pagi-pagi lagi seorang teman yang baik budi menghulurkan bekalan sarapan pagi untukku.  Alhamdulillah.. dia bekalkan aku kuey teow yang sedap dan pedas terangkat. Tq Ida. Lepas tu seorang teman beri rasa kuih seri muka yang sedap pula. Kuih seri muka biasa dan seri muka durian. Kedua-duanya sedap-sedap belaka. Baru lepas lap tangan dengan tisu, ada seorang pegawai berikan biskut coklat mashmallow pula. Alhamdulillah.. syukur atas rezeki dari ALLAH. Syukur juga kerana direzekikan untuk berada disekeliling insan-insan yang baik budi. Semoga semuanya sentiasa dimurahkan rezeki. Terima kasih juga kerana diriku diingati untuk mereka berkongsi rezeki denganku. Terima kasih ALLAH.

Minggu lepas waktu tak sihat dan MC, ada missed call yang aku lihat di HP. Panggilan tu dapatnya petang. Tapi dah malam baru aku sedar sebab sejak petang aku tak mengulit HP. Bila lihat nombornya terasa perlu untuk aku hubungi semula. Kerana pakcikku itu hanya sesekali saja menghubungiku. Jadi bila dia menghubungi tentulah ada yang perlu.  Rupanya dia menghubungi untuk memastikan nombor itu nombor siapa. Elok dah berbasa basi bertanya khabar pakcikku bertanya. Eh.. lama dah tak nampak awak di FB? Selalu tu bukan main popular di FB.. (He..he.. popular maksudnya di situ ialah selalu saja ada statusku di FB nun sebelum-sebelum ni. Bukanlah aku yang popular tu. Tapi sekarang dah senyap sunyi hu..hu..). Hari tu pun ada teman di grup WA menegur. Weiii.. nape kau senyap aje sekarang? Aku cakap takde apa. Aku tutup data. Wifi pun malas nak on. 

Entahlah.. Adakalanya kata-kata orang buatkan kita jadi terfikir sendiri. Adakalanya kita sendiri pun tak sedar apa yang kita buat tu betul ke salah. Jadi aku pilih untuk ikut kata hati. Alhamdulillah.. Hampir dua minggu aku off data rasanya takde pun aku tertinggal banyak cerita. Kiranya kalau aku tak bermanja dengan telefon sepanjang masa pun aku masih tidak kerugian dan ketinggalan apa-apa. Malah masaku jadi lebih banyak dapat diisi dengan perkara-perkara lain yang selalu rasa tak sempat nak buat sebab tak cukup masa.  Tak cukup masa tu pun sebab aku sendiri yang selalu gagal uruskan masaku. Aku juga mungkin jenis yang kalau layan WA dan FB selalu jadi khayal. Bila dapat kurangkan sikit tabiat melayan WA dan FB tu, masaku jadi lebih santai. (Kiranya hal itu adalah masalah aku. Bukanlah masalah sejagat!). Alhamdulillah.. bila dah senyap, masih ada juga yang ingat dan sedar tentang ketiadaan kita. Rasa bersyukur juga bila diri diingati. 

Minggu lepas waktu tengok-tengok FB terpandangkan status teman arwah adikku yang ditag nama arwah adikku. Dia mengenang tarikh ulangtahun dia dan adikku kembali bertemu di FB. Katanya..  kini bila teringatkan arwah adikku dia akan kirimkan Al-Fatihah untuk arwah. Sebaknya dada waktu membaca status itu. Aku tak kenal sahabat arwah adikku itu. Entah teman sekolah, teman belajar atau teman sekerjanya. Tapi nampaknya seperti dia begitu baik dengan arwah adikku. (Status FBnya mengambarkan hubungan itu padaku). Bila sehingga ke hari ini setelah hampir 2 tahun arwah pergi dan dia masih mengingati arwah adikku, aku rasa cukup bersyukur dan berbesar hati. Terima kasih ya dik atas doa dan ingatanmu. Beruntungnya arwah mempunyai teman sepertinya. Aku sendiri tak pasti bila aku tiada nanti entah ada atau tidak sahabatku yang akan mengingatiku sebegitu. 

Teringat lagi, waktu adikku koma di hospital ada seorang wanita yang tidak aku kenali juga ada datang melawat disamping ramai tetamu-tetamu lain yang datang menziarah. Bila kami bersalaman aku bertanyakan siapa dirinya. Katanya dia kenal dengan arwah adikku dah lama. Rasanya dia adalah saudara, teman atau jiran arwah suami arwah adikku dulu. Katanya, arwah adikku seorang yang sangat-sangat baik. Bila dapat berita tentang adikku, dia rasa sangat perlu untuk datang melawat. Berkali-kali dia mengulang sebut betapa baiknya arwah adikku. ALLAH.. Sebaknya rasa hati bila sebegitu sekali dia mengingati adikku. Kalau ditanya kepada adikku ketika itupun, aku yakin  tentu adikku sendiri tak tahu apa yang baik sangat tentang dirinya. Kalau adikku sedar ketika itu, tentunya dia sendiri tak akan menyangka yang wanita itu akan datang melawatnya. ALLAH.. aku rasa wanita itu juga sangat baik. Kesudiannya untuk datang melawat sangat aku hargai. 

Malam tadi, terbaca pula status FB adik sepupuku. Katanya dia rasa cukup sebak bila melihat emak dan anak-anak arwah sedekahkan bacaan Surah Yaasin untuk arwah mummy mereka. Katanya, beruntung sangat arwah adikku kerana anak-anaknya selalu mengingatinya. Sejak seminggu ini, dia tinggal bersama emak di rumah arwah adikku kerana dia dapat menjalankan latihan industri  di sebuah syarikat di area Serdang. Malam tadi kan malam jumaat. Seperti biasa di malam jumaat memang di rumah arwah adikku dan di rumahku sendiri kami akan membaca yaasin bersama-sama. Sepupuku rasa cukup sebak melihatnya. Sepupuku sendiri sudah kehilangan emak enam tahun yang lepas. Jadi tentunya dia tahu yang seorang ibu itu pastinya akan sentiasa berada di dalam hati anak-anaknya. Bila ingatan di selitkan sekali dengan sedekah ayat-ayat suci tentulah ianya menjadi lebih bermakna lagi.

ALLAH.. indahnya bila diri diingati. Entah apa kebaikan kita yang dapat membuatkan kita boleh berada di hati orang lain. Yang pastinya, semua yang berlaku pastinya berlaku dengan izin dari  ALLAH. SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR.. Terima kasih ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

assalammualaikum kak..singgah dan baca.
tak banyak nak komen cuma berharap akak terus sihat-sihat aje.

Kakcik Seroja said...

Sebak baca catatan ini...

Angah said...

semoga sihat-sihat selalu

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...