Wednesday, February 10, 2016

Cuti CNY 4 hari..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. cuti panjang 4 hari dah selamat berakhir. Alhamdulillah.. dah selamat juga meredah jem yang sudah dijangka hu..hu..  Cuti kali ni kami memang tiada rancangan bercuti ke mana-mana. Tapi terpaksa juga meredah kesesakan jalan raya sebab nak merai sepupu yang berkahwin. Demi pakcik dan sepupu, apalah sangat kalau kena meredah jem pun kan. Bukannya selalu. Sekali-sekala. Jadi apalah salahnya ikut menghantar rombongan pengantin ke rumah pengantin perempuan di Chenderong Balai, Teluk Intan.

Selalu waktu cuti-cuti panjang, kalau nak berjalan kami akan keluar dari rumah seawal pagi. Memang sebelum subuh selalunya keluar dan solat subuh dalam perjalanan. Tapi untuk perjalanan kali ini kami keluar rumah pukul 8 pagi. Sebabnya kalau keluar pagi-pagi sangat tak tahu pula nak lepak di mana sementara nak menunggu majlis bermula. Perjalanan lancar dari Bangi ke KL. Sampai Jalan Duta jalan masih clear. Tapi elok aje lepas jejantas Sungai Buluh, kenderaan mula merangkak-rangkak. Adoooilah.

Terus guna google map untuk cari jalan alternatif. Alhamdulillah, google map suruh masuk Sungai Buluh. Lepas tu ikut jalan  Batu arang. Jalan clear siap boleh nampak kat highway kereta lain merangkak-rangkak. Tapinya.. jalan ikut Batu Arang tu berliku-liku. Sampai termuntah-muntah emak aku sebab fenin huhu.. Tak habis fenin kami keluar ikut tol Rawang semula. Sambunglah join merangkak-rangka semula he..he.. Lepas tu masuk ikut tol Slim River. Guna jalan lama tu sekejap clear. Sekejap sangkut. Hu..hu.. bertabah ajelah.

Sudahnya dekat 5 jam jugalah perjalanan kami nak sampai ke Chenderong Balai. Separuh en.asben drive. Separuh aku drive sebab en.asben mengantuk. Alhamdulillah.. selamat juga kami sampai. Alhamdulillah.. keadaan cuaca hari tu cukup baik. Macam redup aje. Jadi perjalanan yang merangkak-rangkak tu masih lagi selesa buat kami sekeluarga. Syukur.. Lepas dah berkumpul dengan family pakcik aku di Homestay mereka, kami pun berkonvoi ke rumah pengantin perempuan.

 Cantik sangat pelaminnya.. Putih, bersih,  berseri.. Sampaikan adik aku dengan suaminya excited nak ambil gambar dengan pengantin he..he.. 

 Family photo.. 
Tapi yang ramainya kita orang sekeluargalah he..he.. keluarga pakcik aku ciput aje..  Waktu nak ambil gambar memang cameraman dah beritahu duduk aje kat depan-depan sebab nanti yang kat belakang-belakang tak nampak muka sebab silau lampu.. Tapi semua buat tak reti aje. Mungkin tak dengar kut. Sudahnya muka tak nampak nampak silau lampu aje he..he..

 Pakcik dan makcik aku..  Pakcik aku adik emak.

Kami yang happy nak makan lauk pengantin lepas dah banyak sangat makan 'jem' sebelum tu.. he..he..

Cuti CNY kita jalan-jalan makan kenduri ajelah yan nak.. Jadilah kan.. 

 Selamat Pengantin Baru Zayyad dan Adila..

Adik beradik..
Ehem..  Cahaya keimanan sangat terserlah di wajah.. InsyaALLAH  :)
Sila salahkan lampu yang silau tu.. he..he..

 Lagi Family photo.. 

Habis makan kenduri kami  bertolak balik. Alhamdulillah.. perjalanan lancar. Kami ikut jalan lama sebab nak singgah rumah kawan aku di Tanjung Karang. Alhamdulillah.. cantik tersusun aje jadual kami pada hari tu. Sebab satu jalan, dapatlah kami sekeluarga memenuhi undangan dari sahabatku Ain. Sebelum tu sempat singgah makan Mee Rebus Mastan Ghani kat Teluk Intan. Pada aku rasanya biasa-biasa saja. Tiada yang luar biasa sedapnya. Sepanjang perjalanan rasa simpati sangat dengan kenderan yang berderet-derat tak bergerak di laluan sebelah. Rasa kesian sangat bila mereka tersekat berkilo-kilometer. Aku dapat bayangkan macam mana stressnya mereka.

Kami singgah solat di Petronas Sungai Besar. Dapatlah rasa kopi percuma dari Petronas he..he.. (Tapi aku tak rasa pun sebab aku fenin kalau minum kopi). Sampai Tanjung Karang dalam pukul 6 petang. Waktu tu hujan mula turun. Alhamdulillah.. dalam hujan tu berselera kami makan kenduri. Kenduri kahwin adik kawan aku sebenarnya hari ahad. Tapi biasalah kenduri di kampung. Walaupun kendurinya hari ahad, hari sabtu lagi dah ada hidangan kenduri untuk tetamu yang datang. Alhamdulillah.. rezeki kami sekeluarga. Niatnya memang nak singgah menziarahi sebab dah pastinya kami tak dapat datang pada keesokan harinya. (Faktor jem dan kepenatan pastinya). Tapi dah namanya rezeki, dapat juga kami makan kenduri.   

Terima kasih buat Ain dan keluarga atas layanan baik kepada kami yang datang ramai-ramai  tu. Setiap kali kami singgah di rumah ibunya di Tanjung Karang, selalu sangat kami disambut dengan begitu baik. Rasa berbesar hati sangat. Kami ni nama aje sama-sama tinggal di Bangi. Tapi nak dapat jumpa di Bangi cukup payah. Sudahnya di Tanjung Karang kami dapat jumpa. Seronok dapat jumpa dengan Ain sekeluarga yang baik budi. Suami Ain siap hidangkan teh panas buat kami dalam hujan tu. Alhamdulillah.. doaku semoga persahatan kami berpanjangan dan diberkati.. InsyaALLAH. 

Selesai singgah kenduri di Tanjung Karang cadangnya nak singgah sekali melawat suami sahabatku yang sakit di KPJ Shah Alam. Tapi suami sahabatku dah keluar dari hospital pada waktu tu. Takde rezeki untuk kami melawat. Sahabatku mengajak aku ke rumahnya di Klang. Tapi aku tak dapat nak penuhi. Sebab kami ramai waktu tu. Tentulah tak selesa nak pergi ke rumah orang yang sakit ramai-ramai macam tu.  Kalau melawat di Hospital boleh aku dengan en.asben saja yang turun melawat. Yang lain boleh tunggu dalam kereta. Walau apa pun aku doakan semoga suami sahabatku akan diberikan kesembuhan segera. Semoga sahabatku dan suaminya terus sabar dan tabah dengan ujian yang diterima.. In sya ALLAH. 

Kami semua selamat sampai ke Bangi dalam pukul 8.40 malam lepas dah singgah solat. Sampai rumah, mandi-mandi aku terus bummm kepenatan. Hari ahad, petangnya kami sambut hari jadi emak mertuaku bersama  seluruh keluarga en.asben di rumah mertuaku. Sambut dalam bulan Februari, jadi menyelitlah sekali Az dan Firhan untuk sama-sama potong kek dengan nenek sebab mereka juga lahir dalam bulan Februari. Senang.. sambut sekali harung he..he..

 Apa-apa pun doa mesti dibaca dahulu. 
Doaku semoga Emak Mertuaku, Az dan Firhan direzekikan dengan umur yang berkat, amalan yang diterima, kesihatan yang baik dan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. In Sya ALLAH.. 
Az dengan Firhan pulak yang excited nak potong kek. Patutnya nenek he..he.. 

 Kalau buat makan-makan kat rumah mertuaku memang makanan penuh meja. Tapi yang aku bawak cuma sate aje he..he.. APTB sangat aku ni :P

 Lagi makanan penuh meja.. :) Alhamdulillah..

Hari isnin dan selasa kami tak ke mana-mana. Duduk lepak aje anak-beranak kat rumah. Aku kalau duduk rumah aje memang lemau sikit. Pantang tak buat apa mesti nak tidur aje kerjanya he..he.. Semalam sebab rasa bersalah sangat pergilah juga brisk walk kat Taman Tasik. Dapatlah berjalan dalam 1 jam. Jadilah. Alhamdulillah.. Selain dapat memenuhi undangan untuk mengeratkan silaturahim, dapat juga kami rehat sepuas-puasnya waktu cuti panjang kali ini. Syukur Ya ALLAH.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhadmulillah...penuh senyuman saya baca entry ni kak..terasa rasa bahagia nyer kegembiraan nyer akak sekeluarga.

semoga akak sekeluarga dilindungi dan dirahmati-NYA selalu kak ;)

Eye_nee said...

Mcm baca cerita pendek dari sebuah buku cerita pulak rasanya...dari kahwin sepupu..singgah tg. karang...nak ziarah kwn suami sakit....sambutan birtday mertua....smooth jer menulis sampai tak sedar dah abis....

Unknown said...

pelamin kalau banyak sangat lampu jadi gitu la kak..selalunya bila bergambar lampu belakang kamera.ni kat depan pulak..heheh..awat kameraman tu tak suruh tutup lampu?

Angah said...

meriah juga aktiviti hanis..angah ni full melepek kat rumah..

Alin Marlini said...

Jalan Batu Arang tu memang beliku kak...org pun tak suka lalu situ...fening....

Darling Pya said...

Meriah betul makanan atas meja tu :)

Darling Pya said...

Meriah betul makanan atas meja tu :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...