Nuffnang

Thursday, April 28, 2016

Tak off aircond..

Assalamualaikum.. 

Sekarang ni panas betul kan. Kalau dulu, aku berkira-kira juga kalau nak on aircond kat rumah. Berkira-kira tu bukan apa, takut bajet lari kalau kena bayar bil eletrik lebih dari biasa hehe.. Tapi dalam musim panas sesangat sekarang ni, memang aku dah jadi tak berkira dah. Kalau dulu, malam sebelum nak tidur baru on aircond. Lepas tu setkan siap-siap auto off selepas 2 atau 3 jam. Tapi sekarang ni, balik kerja aje kadang tu dah terus on aircond. Teruslah sampai ke pagi takde nak auto off lagi. Bila terjaga dan terasa kena tarik selimut, barulah offkan aircond tu. Bil letrik meningkat pun meningkatlah. Tak kisahlah asalkan tak rasa panas sangat kalau duduk kat rumah tu.  Sekarang ni, bukan kata tengah hari, petang atau malam saja yang panas. Pagi-pagi pun dah panas. Nak solat subuh tu, kalau lepas mandi atau lepas ambil wuduk, keluar aje dari bilik air, badan dah rasa berpeluh-peluh. Jadi kena on aircond semula waktu solat sampailah waktu nak bersiap-siap  pergi kerja. Kalau tak, belum apa-apa lagi badan dah rasa melekit. 

Hari khamis lepas kut, ke hari rabu lepas (aku dah lupa). Waktu dah keluar rumah nak pergi  kerja dan hantar anak ke sekolah, penyampai radio IKIM FM bercerita tentang kisah bil letrik yang melambung tinggi sejak dua menjak ni. Berkisah tentang hal itu termasuklah juga cerita tentang penggunaan aircond yang lebih panjang menjadi salah satu daripada penyebab bil letrik meningkat. Waktu tu terus aku teringat yang aku terlupa nak offkan aircond waktu nak keluar pergi kerja. Aduhaiii... Lepas hantar anak ke sekolah, terpaksalah patah balik ke rumah untuk off kan aircond dulu sebelum patah balik  semula ke pejabat. Kalau bil naik kerana  pasang aircond sebab panas, kira berbaloilah juga. Tapi kalau bil naik sebab terlupa nak offkan aircond sepanjang hari, dah jadi pembaziran pulak. Itu yang gigih juga patah balik semula ke rumah untuk offkan aircond tu. Itulah kuasa ALLAH. Petunjuk dan ingatan yang diberi untuk kita datang dari pelbagai cara. Kalau aku tak dengar topik pasal bil letrik meningkat dan pasal aircond di IKIM FM, tentu aku tak teringat langsung pasal aku tak offkan aircond di rumah sebelum keluar. 

Kiranya perkongsian dan cerita orang lain ada kalanya boleh jadi petunjuk dan beri kebaikan untuk kita. Jadi tak perlulah kita nak resah sangat kalau orang lain rajin update status di mana-mana tentang apa saja yang mereka suka. Tak perlu rasa terganggu sangat bila ada yang lain suka nak ulas dan bercerita tentang isu semasa. Mungkin apa yang dikongsi tak beri manfaat untuk kita. Tapi ianya beri manfaat dan jadi petunjuk untuk orang lain. Adakalanya bila orang share atau cerita tentang sesuatu perkara, kita rasakan orang itu nak berlagak atau nak menunjuk. Padahal orang yang share tu takde niat macam tu pun selain dari mengharapkan ada kebaikan daripada apa yang dikongsi. Tapi biasalah kita manusia ni, suka nak berprasangka. Suka nak fikir buruk pada orang lain padahal kalau kita tak suka dengan update orang lain yang buat kita rasa lemas, patutnya kita boleh abaikan saja. Tak perlu nak fikir buruk, mengutuk dan mengata orang lain tentang apa yang mereka mahu lakukan. Kalau ianya tak bawa kebaikan atau manfaat untuk kita, tak bermakna ianya tak bawa kebaikan dan beri manfaat untuk orang lain.

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Friday, April 15, 2016

Hari Keluarga Haji Miskun kali yang ke-6 di Kampungstay Desa Murni, Temerloh..

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. Hari keluarga belah ibu mertuaku telah berjaya diadakan pada tanggal 25 sehingga 27 Mac 2016. Lokasinya adalah di Kampungstay Desa  Murni, Temerloh. Syukur bila semuanya dapat berkumpul. Program bermula pada petang jumaat. Hari tu anak-anak sekolah. Jadi kami sekeluarga bertolak dari rumah selepas solat jumaat. Sampai di Temerloh dalam pukul 5 petang. Alhamdulillah.. perjalanan lancar. Waktu kami sampai sudah ramai ahli keluarga yang lain sudah selamat tiba di sana. Ada juga yang masih dalam perjalanan dan ada juga yang sampai pada keesokan harinya.

Jumlah bilik penginapan  yang mencukupi, keadaan rumah yang menarik dan selesa serta kolam mandi yang bertingkat ini menjadi  daya penarik buat kami untuk mengadakan hari keluarga kali yang ke-6 di sini.

Antara bilik penginapan di Desa Murni Homestay. Setiap bilik ada 2 katil king bed. Alhamdulillah.. cukup selesa untuk kami semua mendiaminya selama 3 hari 2 malam.

 Almari yang disediakan di dalam bilik.

Ruang rehat di tingkat yang cukup luas di luar bilik kami. Memang  selesa sangat berkumpul beramai-ramai di Kampungstay Desa Murni ni. Rumahnya cukup luas. Ruang tamu dan dapurnya pun besar.  Peralatan rumah seperti TV dan peti ais juga semuanya besar-besar belaka.

 Bilik airnya.

Penginapan jenis kabin juga terdapat  di sini. Anak-anak bujang aku semuanya tidur di sini. Luas juga kabinnya. Muat untuk menginap satu keluarga dengan selesa. Ada 4 biji tilam di dalamnya. Ada bilik air dan juga tv dalam kabin ni.

Si comel yang ceria..
Alhamdulillah.. malam pertama tu kami dapat  solat jamak maghrib dan isyak berjemaah. Selepas itu diadakan tahlil dan bacaan yaasin. Solat subuh juga kami berjemaah. Ada rezeki  juga untuk sebahagian dari kami dapat berqiamulail. Dapat berkumpul bersama-sama memang seronok. Bila dapat beribadat bersama-sama ianya jadi lebih seronok. Syukur.. 
Terima kasih ALLAH. 
Semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati olehNYA.

Selepas tahlil dan bacaan yaasin, kami menunggu orang-orang dari surau untuk majlis aqiqah baby Madinah dan baby kembar Damia dan Dania. 
Ada pulut kuning yang cantik juga yang disediakan oleh my MIL yang cukup kreatif dan pandai masak.


Kami berselawat beramai-ramai waktu acara potong jambul baby. 
Semoga majlis diberkati.. in sya ALLAH.. 


Meriah bila 3 orang baby potong jambul sekali.

 ALLAH.. comelnya baby.. Geram tengok.

Selepas majlis cukur jambul, kami makan malam dengan juadah lauk aqiqah. Alhamdulillah.. sedap kari kambingnya. Alhamdulillah.. sepanjang kami di Desa Murni, makanan yang disediakan semuanya sedap dan menepati selera kami. Pinggan mangkuk dan tempat makannya juga sentiasa bersih. Itu paling utama. 

Makcik-makcikku yang vouge dan manis-manis belaka di area tempat makan..
 
Family photo..
Alhamdulillah.. kami dapat berkumpul dan bergambar bersama.  
Selepas warna campuran, merah, kelabu, kuning dan hijau, tahun ini kami sepakat memilih warna biru sebagai  tema baju. Sukalah warna biru ni. Nampak cantik dan segar. Selepas  bersarapan pagi, agenda pertama adalah mengambil gambar bersama. Agenda bergambar adalah acara wajib setiap kali family day he..he.. Sebagai kenangan di masa hadapan.


Sebaik lepas bergambar, acara seterusnya adalah acara sukaneka. Macam-macam acara yang ada. Seronok dan bagai nak pecah perut sebab asyik gelak aje. Yang menonton sibuk bersorak dan  menyokong kumpulan favourite masing-masing. Yang peserta-peserta pulak dalam kusyuk nak bertanding masih gigih juga nak buat lawak spontan yang cukup menghiburkan. Setiap kumpulan sibuk nak bahankan kumpulan yang lain he..he.. Nama kumpulan nak gempak aje ha..ha.. Meriah sangat suasananya. Kalah menang kan adat permainan. Usik mengusik sesama keluarga pula membawa bahagia. Jadi apa ada hal, kan? 

Emcee yang disediakan oleh Desa Murni juga sangat membantu untuk memeriahkan acara sukaneka pada pagi itu. Acara diadakan di kawasan berbumbung. Jadi takdelah panas sangat.  Hadiah untuk acara sukaneka disumbangkan oleh ahli keluarga. Ikutlah siapa yang nak sponser untuk permainan mana. Begitu juga dengan hadiah untuk cabutan bertuah. Alhamdulillah.. semuanya begitu bermurah hati. Baguskan bila dapat sama-sama berkongsi rezeki dengan keluarga. Semoga semua ahli keluarga semakin dimurahkan rezeki hendaknya.. in sya ALLAH.

 Alhamdulillah.. sedikit buah tangan dari kami sekeluarga untuk dikongsi bersama sebagai hadiah permainan dan lucky draw. 
Semuanya dalam bentuk makanan dan minuman  aje.


Waktu nak beli hadiah untuk permainan, aku tanya en.asben nak sponser hamper untuk lucky draw tak? Bila en.asben kata OK aje, seronoklah aku pergi memborong barang makanan nak buat hamper. (Aku bab-bab ni memang suka aje he..he..). Nasib ada teman-teman ofis yang temankan dan tolong angkatkan barang. (Terima kasih kawan-kawanku yang budiman). Sebab tahu diri tak reti nak balut-balut plastik untuk buat hamper, jadi waktu beli barang aku beli sekali beg yang agak-agak muat untuk aku masukkan barang makanan dan minuman tu. Alhamdulillah.. Muat elok aje dapat susun semuanya dalam setiap beg. He..he.. maka jadilah hadiah dan hamper dalam bentuk beg aje.  Walaupun nilainya tak besar, tapi rasa berbesar hati sangat nak berkongsi dengan setiap ahli keluarga. 

Ini acara boling kelapa..  

Baling jangan tak baling.. 
Pemain dan penonton sama meriah.. 

Sepupu-sepupu dan anak buah yang  manis.. 

Lagi.. sepupu-sepupu yang manis juga.. 

Pose yang manis untuk acara lambungan kasih.. 


 Bersedia untuk acara lampungan kasih.. 
Berpasangan suami isteri, ibu dan anak, ayah dan anak, adik beradik.. 
Aku pair dengan MIL.. En. Asben pair dengan anak..

Lagi pose yang manis untuk memeriahkan lagi suasana :)

Bersungguh semuanya membaling dan menyambut.. 
Semangat kesukanan yang tinggi ni he..he.. :) Tapi aku awal-awal dah out sebab aku kaki bangku.. Segala jenis sukan dan permainan memang tak reti nak main he..he..

 Acara lari ikat kaki.. 
Pasangan suami isteri serta pasangan ayah dan anak berdua ni 
antara pemenangnya.. Hebatlah!

 Kanak-kanak tengah ambil tempat untuk acara kanak-kanak.. 

 Acara musical chair yang ala-ala bola beracun.. 


Finalistnya.. Serius aje muka he..he.. 

 
Acara bola beracun wanita..
Kalut semua orang taknak pegang botol tu.. Takut muzik berhenti time kita pegang tu he..he.. Dahlah botol tu ada 2.. Kejap-kejap botol tu sampai.. Aduhai.. gelabah dibuatnya.. Sampai jadi takut dengan botol kosong tu hahaha..

 Meriah terjerit-jerit  sampai senget-senget tudung he..he..
Oh ya.. yang macam anjung di sebelah kiri tu adalah area tempat makan.. 

Ehem.. I kan kaki bangku.. So acara duduk atas bangku macam ni memang boleh menang.. He..he.. at least bolehlah dapat juga tempat ke-3.. Alhamdulillah.. 

Acara bola beracun lelaki..

Punyalah cool dia orang ni main.. Jeles tengok.. Boleh pass botol tu pelan-pelan aje..  Takde kalut macam waktu game perempuan he..he..

 Alhamdulillah.. semua orang seronok.. 
Itu yang paling penting..

Ini acara gusti lengan lelaki..
Antara acara yang paling meriah pada hari itu.. Semua orang dok berkerumum nak menyaksikannya.. Tengoklah.. anak-anak kecil pun seronok nak menonton acara ni  dari dekat..  

Acara gusti lengan wanita..
Kuat tau dia orang ni... Dont play-play he..he..

Jom kita lihat siapa yang paling ganteng.. Eh.. siapa yang paling gagah he..he..

Acara batu seremban pun ada juga tau..
Acara baling selipar dan galah panjang pun ada.. 
Semuanya meriah.. Gambar ada banyak tapi tak dapat nak masukkan semua..

Acara permainan berakhir dekat pukul 1 petang macam tu. Dah selesai acara tu kita makan tengah hari pula. Seperti yang aku beritahu, makanan yang disediakan di Desa Murni ni sedap-sedap semuanya. Tapi ikan patin masak tempoyak takde walaupun tempat ni kat Temerloh he..he.. (sedikit frust di situ!). Alhamdulillah.. lepas dah kenyang makan ramai yang masuk bilik untuk solat dan berehat. Aku dah sah-sah siap tidurlah he..he.. Anak-anak sibuk nak mandi kolam. Tak bagi mandi, rasa kesian pulak. Jadi bagilah juga dia orang mandi waktu panas terik tu. 

My beloved family yang manis-manis belaka.. 
Sebelum makan kita posing-posing  dulu..

 Family adik bongsu MIL..

 My lovely family..

Kolam renang yang menggoda waktu tengah hari tu.. 
Mahunya anak-anak tak beria nak minta izin mandi he..he.. 
Aku pun tergoda sangat melihatnya..
 
 Punyalah ceria bila dah dapat mandi.. Waktu ni anak-anak aku aje yang ada dalam kolam.. Orang lain semua tak turun lagi sebab tengah terik waktu ni.. Tapi kisah pulak anak-anak aku tu he..he.. Konsepnya biar hitam asalkan dapat mandi.. Maklumlah rumah sendiri takde swimming pool..

    
 Pemandangan dari tingkap bilik aku.. 
Dapatlah intai-intai dan pantau-pantau anak-anak mandi kola dari sini..
Dengar suara jerit lain macam aje cepat-cepat intai ke bawah.. Tak lena tidur mama nak oi.. Eh.. Iya ke tak lena tidur??? he..he.. 

Petang tu, dalam pukul 5 petang kami semua berkumpul meraikan acara sambutan hari lahir untuk ahli keluarga yang lahir pada bulan mac. Ramai juga yang lahir pada bulan mac. Semoga kesemuanya mendapat keberkatan umur, kesihatan yang baik, kemurahan rezeki, keindahan ibadat dan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. in sya ALLAH.. Bila dah celebrate birthday, jadinya petang tu sambil minum petang kita makan kek coklat yang sedap. Alhamdulillah.  

Acara potong kek beramai-ramai.. Syukur..
Sebab aku lahir dalam bulan mac maka dapatlah join acara potong kek ni he..he..
  
Kek dua tingkat lagi.. Kelas kan?? 
Kek coklat sedap yang cantik dan menggoda hasil air tangan MIL.. 

 Selepas aje minum petang anak-anak semua sambung mandi kolam. Emak-emak sambung lepak tepi kolam

 Bestnya mandi kolam.. 

Hajat hati memang nak mandi kolam juga. Tapi tak kesampaian he..he.. Sepatutnya petang tu ada acara cari guli dalam kolam. Tapi waktu nak mula main tu ramai pulak orang luar yang datang untuk mandi kolam. Jadi rasa tak selesalah nak buat permainan tu bila ada orang luar. Sudahnya permainan cari guli dalam air di tukar kepada acara ping pong. Dengarnya meriah juga acara tu. Malamnya selepas solat jamak maghrib dan isyak kami semua makan malam. Ada BBQ juga pada malam tu. Alhamdulillah.. sedap dan kenyang. Lepas makan malam dan BBQ, ada acara pertandingan karaoke. Acara sampai pukul 12 tengah malam sebelum masing-masing masuk tidur.

Bangun pagi, solat subuh berjemaah. Lepas tu sambung tidur he..he. Bangun tidur, dah siap mandi terus kemas barang sikit-sikit. Sebab tengah hari tu dah nak balik dah. Siap kemas turun bawah untuk bersarapan. Lepas bersarapan kami semua berkumpul di dalam rumah untuk majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Meriah acaranya. Alhamdulillah.. rasanya semua orang dapat sesuatu untuk dibawa pulang. Hadiah untuk pemenang permainan, hadiah untuk pemilik nombor bertuah, hadiah cenderahati kenang-kenangan dan hadiah istimewa untuk kanak-kanak dari ahli keluarga yang baik budi. Terima kasih banyak ya. 

 Berkumpul untuk acara penyampaian hadiah yang penuh meriah.
Selepas acara penyampaian hadiah, diadakan juga acara undian untuk memilih setiausaha yang baru untuk hari keluarga yang ke-7. Bendahari pada tahun ini juga bertukar kepada bendahari yang baru untuk memberi peluang untuk bendahari sedia ada untuk berehat. Terima kasih Cik Faridah. Tahniah Cik Adam. Ucapan setinggi penghargaan terima kasih dan tahniah buat Puan Aishah dan seisi keluarga yang telah menjadi setiausaha yang cemerlang untuk program Hari Keluarga Haji Miskun yang ke-6.
Good job Aishah!!!
Tahniah juga untuk setiausah kami yang baru,  Puan Noraini. 
All the best Adik!!!

Sebahagian dari hadiah-hadiah  yang ohsem pada hari tersebut..

Tarikh hari itu adalah 27 Mac 2016. Genap 2 tahun pemergian Arwah Embah tersayang. Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah untuk arwah. Hari tu juga adalah hari ulang tahun kelahiranku yang ke-40. Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH kerana memanjangkan usiaku. Semoga amalan dan ibadatku terus meningkat seiring dengan pertambahan usia.  Syukur Alhamdulillah juga kerana Hari keluarga Haji Miskun yang ke-6  telah berjalan dengan lancar, selamat dan penuh meriah. In sya ALLAH.. ada rezeki, panjang umur kita berkumpul lagi.  Sebelum tu semuanya kena rajin-rajin kumpul duit. Untuk menjayakan program sebegini memerlukan belanja yang agak besar. Jadi setiap keluarga perlu memberikan komitmen agar program ini akan dapat diadakan setiap tahun. Peringatan untuk diriku juga ni.

Alhamdulillah.. dapat bunga yang cantik dari emak mertua tersayang sempena hari lahirku. Terima kasih banyak emak. Tak terucap rasa terima kasihku. Doaku semoga emak dan ayah mertuaku dan seisi keluarga sentiasa dirahmati ALLAH hendaknya. Kakak ipar juga dapat bunga dari emak sebab kakak dapat Anugerah khidmat cemerlang. Alhamdulillah.. Tahniah Kak li!

Di penghujung majlis kami berselawat dan bersalaman. Selepas itu mengemas barangan masing-masing untuk di bawa pulang dan makan tengah hari. Selepas makan kami bertolak pulang. Alhamdulillah.. kami semua selamat sampai ke rumah masing-masing. Terima kasih ALLAH. Terima kasih buat semua Ahli Keluarga Haji Miskun yang sangat ohsem. Semoga persaudaraan ini terus kekal erat dan mesra. Semoga ALLAH merahmati kita semua di dunia dan di akhirat.. In sya ALLAH 

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah.

Sunday, April 10, 2016

Gathering Geng Sales & Marketing Hitachi di Singgah Santai Resort..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. waktu cuti sekolah yang lepas, aku dan teman-teman ofis lama yang sekepala berkesempatan untuk bergathering. Sejak dari tahun lepas lagi kami sibuk merancang. Tapi biasalah bila dah ramai-ramai tu. Nak pilih tarikh yang sesuai untuk semua orang sangat-sangatlah susah. Apatah lagi nak pilih destinasi yang sesuai. Lebih-lebih lagi bila acara keluarga perlu kami utamakan terlebih dahulu. Alhamdulillah.. awal bulan mac tahun ni dan dipermulaan cuti sekolah kami dapat  melaksanakan perancangan tu. Syukur sangat-sangat sebab dah lama sangat tak jumpa dan berkumpul. Last berjumpa waktu open house raya di rumah aku tahun lepas. Itupun dapat jumpa sekejap aje. Tak puas borak. Bila dah macam tu, berusahalah kami untuk mengadakan gathering ni. Alhamdulillah.. dengan izin ALLAH semua yang dihajatkan dapat tertunai dengan baik. Terima kasih ALLAH.

Sebelum-sebelum ni, memang setiap tahun kami pergi outing bersama-sama. Walaupun ada yang tak cukup korum tapi masih juga dapat pergi berjalan dengan geng yang ini. Ke Pulau Pinang, ke Langkawi, ke Melaka, ke Bukit Merah, ke Terengganu, ke Krabi. Tapi sejak anak-anak dah semakin membesar dan mula sibuk dengan tahun peperiksaan, urusan asrama dan bermacam hal lagi, peluang untuk kami dapat pergi bercuti bersama-sama sangat terbatas. Itu yang bertahun juga tak dapat nak berjalan bersama. Jadi untuk tahun ni demi untuk melihat hajat berkumpul tu terlaksana, sengaja kami pilih untuk berkumpul dan bercuti di tempat yang dekat-dekat sahaja. Senang sikit. Setelah berbincang dan kami sepakat untuk berkumpul di Singgah Santai Resort, Hulu Langat. Pilih waktu awal cuti sekolah. Itu pun mana yang ada majlis perkahwinan keluarga tak dapat nak turut serta juga. Tak mengapalah. Mana yang berkelapangan kita teruskan dulu. Walaupun hanya percutian 2 hari 1 malam, asalkan dapat berkumpul ianya menjadi percutian yang terbaik juga buat kami semua. Syukur.. ALHAMDULILLAH.

Pasta goreng. 

Untuk hari pertama memang kami dah rancang untuk makan tengah hari bersama di Singgah Santai Resort. Janji pukul 12. Tapi sebab semuanya ada urusan yang perlu dibereskan hari tu, makanya janji tu tertunda jadi lewat sikit. Aku sendiri pun pukul 1 baru dapat keluar dari rumah. Tunggu anak-anak balik dari kelas tambahan di sekolah. Jalan di Hulu Langat yang jem pada hari itu membuatkan waktu perjalanan jadi lebih panjang. Menu makan tengah hari adalah pot luck. Barulah best bila setiap family bawa makanan masing-masing dan kita boleh makan bersama-sama. Aku bawak pasta goreng. Yang lain ada yang bawa roti jala, nasi dan lauk pauk seperti gulai ayam bersama maman, sushi serta kek. Air pun siap bawak. Jadinya dapatlah minum air oren sejuk sebab ais pun kawan aku bawa. Alhamdulillah.. semuanya sedap dan menyelerakan. Tapi yang tak bestnya adalah.. rupa-rupanya di Singgah Santai Resort tak boleh nak bawa makanan dari luar.. Kwang.. kwang.. kwang.. Err.. macam tak kena kan bila tak boleh bawa makanan dari luar ke tempat kita nak bercuti. Tapi itulah peraturannya. 

Disebabkan kami dah bawa makanan sendiri dan semuanya tak makan lagi, jadi kami pun terpaksalah juga keluarkan makanan-makanan kami tu. Kena tegurlah dengan pihak pengurusan. Tapi kami minta izin baik-baik beritahu yang kami memang tak tahu langsung tentang tu. Waktu booking tidaklah kami go thru syarat-syarat tersebut di laman webnya. Sebab di tempat lain tiada masalah tentang perkara itu. Jadi kami memang terlepas pandang. Waktu booking juga hal itu tidak diberitahu. Waktu check-in baru aku diberitahu yang tak boleh bawa makanan atau memasak di dalam bilik. Siap ada sekuriti deposit separuh harga keseluruhan bilik yang kami booking. Oh.. oh.. Dah ada sekuriti deposit nak berani-berani buat hal pun jadi takut he..he.. Kang.. terburn pulak deposit yang bukan sikit-sikit tu huhu..  Bila dah macam tu kami ingatkan tak boleh makan di dalam bilik saja. Rupa-rupanya makan di tempat rehat sekitar kolam juga tidak dibenarkan. Kalau nak makan kena order di cafe yang telah mereka sediakan. Atau paling mudah booking saja pakej penginapan berserta dengan makan dengan mereka. 

Begitulah syarat-syaratnya. Dah kita pergi tempat orang kan. Terpaksalah akur dengan syarat-syaratnya.  Alhamdulillah.. mereka memberi pelepasan untuk kami keluarkan pot luck kami dengan janji kami akan membersihkan tempat tersebut selepas selesai makan. Dapatlah kami makan bekalan yang sudah kami masing-masing bawa. Sambil makan sambil berborak. Juga sambil mata perhatikan anak-anak yang mandi kolam penuh ceria. (Kolam di Singgah Santai Resort memang sangat menarik untuk anak-anak. Yang tu memang aku puji). Sambil-sambil tu juga kami berbincang untuk berBBQ di mana malam nanti. Sebab semua bahan-bahan untuk BBQ sudah kami bawa semuanya dari rumah. Sebelum ni waktu kami menginap di Singgah Santai Resort, elok aje aku dan keluarga boleh buat makan-makan dan masak-masak kat depan bilik. Tapi waktu tu kami dapat bilik di belah belakang-belakang yang jauh dari pejabat pengurusannya. Kali ini bilik kami betul-betul aje atas bilik pengurusan. memang burn gitu ajelah duit sekuriti deposit tu kalau kami cari pasal nak BBQ di situ. (Nak berBBQ di Singgah Santai Resort bukan tak boleh ya. Boleh! tapi kena ambil pakej BBQ dari mereka. Bukan kita buat BBQ sendiri huhu).

Macam kami yang tak tahu dan dah siap-siap bawa makanan sendiri ni jadi kalut jugalah bila tak boleh nak berBBQ di situ. Memang plan nak masak kat depan biliklah juga. Sebab bahan-bahan mentah semua dah bawa dan dah siap perap. Kawan aku siap dah bawa grill dan periuk stimbot eletrik. Tapi bila dah tak dibenarkan, terpaksalah kami fikir plan B pula he..he.. Itu yang paling best dengan geng-geng Hitachi aku ni. Kami semua suami isteri jenis yang tak banyak kerenah. Plan A boleh, B boleh C pun jalan juga he..he.. Semuanya bukan jenis yang suka nak condemn orang dan ikut kepala sendiri.  Semua jenis hormat idea dan pendapat orang lain. Siap boleh jayakan lagi buah fikiran yang dilontarkan tu dengan sehabis baik. Aku rasa sebab itulah kami boleh pergi bercuti bersama-sama ke merata tempat beberapa kali dan semuanya rasa seronok. Kata orang asalkan semuanya boleh bersatu hati dan saling hormat menghormati, setiap apa yang dilakukan pastinya akan memberikan hasil yang terbaik.. in sya ALLAH.

Ehem.. bila dah bersatu hati dapatlah kami berBBQ juga malam tu. Syukur ALHAMDULILLAH. Paling best bila kami dapat solat berjemaah bersama, juga dapat berbual santai hingga ke tengah makam di penginapan penuh selesa secara percuma. Tak habis di situ, kami juga menerima pelawaan yang cukup menarik juga selepas itu. (Tak sabar nak tunggu bulan Mei kalau jadi.. in sya ALLAH). Semuanya memang tak dijangkan. ALLAH.. semuanya menjadi rezeki kami. Syukur ALHAMDULILLAH. Lokasinya tak jauh dari Singgah Santai Resort juga. Di mana dan bagaimana kami mendapat tempat tersebut menjadi rahsia kami semua. Hikmah ALLAH itu ada dalam setiap ujianNYA. Dalam pada tidak dibenarkan untuk makan potluck dan berBBQ, siapa sangka akhirnya kami dapat juga makan-makan dan berBBQ di tempat yang lebih menarik juga dengan layanan yang Masya-ALLAH lebih baik. Semoga ALLAH merahmati, memberikan kesihatan yang baik juga memberikan kesejahteraan di dunia dan di akhirat buat tuan serta penjaga kawasan dan rumah  tersebut yang telah bermurah hati mengizinkan kami menumpang penuh ikhlas di tempatnya. Aamiin..

Lokasi terbaik buat kami.. Syukur..
Yang berdiri dekat meja tu kawan aku En. Mamat dan isterinya Taty, mastermind Projek BBQ dan Stimbot.. he..he.. Sebelah en.mamat tu, Fuad suami Nari. Sebelah Fuad tu en.asben I he..he.. (Aku dengan Nari sama-sama dapat jodoh dengan orang satu Hitachi he..he..).
Alhamdulillah.. hajat untuk kami berBBQ dan berstimbot bersama dapat juga tertunai.. Syukur.. Bakar ayam, bakar udang, bakar sojej. Siap dengan stimbot bebola ikan, udang, sotong dan maggie tomyam. Alhamdulillah.. sedap sangat semuanya..

Ehem... Kita orang dapat berpiknik tepi jolam ikan lagi you all.. :)
Nyaman, I tell you.. Yang tak nyamannya ialah bila anak-anak berdiri dekat tepi kolam tu. Yang tu seriau. Memang jerit-jerit kita orang suruh anak duduk jauh sikit dari kolam. Lapik alas tu apa yang ada dalam kereta aje. Sebab tak plan langsung nak berpiknik atas rumput tepi kolam macam ni. 

Alhamdulillah.. games juga dapat diadakan dengan penuh selesa. 
Buat game yang simple-simple aje untuk memeriahkan suasana.  Hadiah games ikut siapa yang nak sponser. Sebelum datang juga  memang kami dah sepakat untuk saling bertukar hadiah. Saja nak buat suka-suka. Bukan hadiah yang mahal-mahal pun. Hadiah yang asal mampu buat semua orang rasa suka sebab ingatan tu yang lebih bermakna kan. Setiap anak-anak bawa satu hadiah setiap seorang untuk acara bertukar-tukar hadiah. Setiap family juga bawa satu hadiah untuk kita bertukar-tukar hadiah. Sangat fun bila pergi balik kereta penuh dengan hadiah. Seronok anak-anak. Waktu pergi bawa hadiah untuk orang. Waktu balik bawa hadiah untuk diri sendiri.

Makan time. Bismillah. Siap ada air kelapa fresh lagi. 
ALLAH.. besarnya nikmatMU buat kami semua..

Alhamdulillah.. wajah anak-anak yang seronok. 
Kat belakang tu sahabatku Nari bersama ibunya.  Buah tembikai Nari bawak. Kita orang potong kat situ. Bermacam saiz jadinya he..he.. Alhamdulillah.. sedap manis buahnya. Buah-buahan di musim panas memang selalunya manis kan. Syukur..

Nyum.. nyumm..
Coleslaw dan whipped potato tu kak shida bawa..
Udang Nari bawa dari Kuala Selangor. Malam tu siap rebus kerang lagi. 
ALLAH.. memang puas sangat makan hari tu.


Yang baju pink tu sahabatku Kak Shida. Sori kak,  tak nampak muka pulak. Suami Kak Shida, Ustaz Pauzi pun takde dalam gambar ni. Ustaz Pauzi mastermind cari lokasi ni. Gigih dan semangat sungguh. Terbaiklah Abg. Pozi. Errr... bulan may nanti jangan lupakan kami semua ya.. he..he..
Kejap duduk makan. Kejap berdiri ambil makanan. Kejap ambil tugas bakar-bakar. Kejap tolong rebus stimbot. Semua ambil task bergilir-gilir. Semua orang tahu tugas masing-masing tanpa mementingkan diri sendiri. 

Inilah yang dinamakan makan borak, duduk borak, berdiri borak, 
buat kerja borak he.. he.. Memang antara misi utama bergathering ni adalah untuk berborak-borakkan. Jadi disetiap kesempatan kami isi dengan berboraklah jawapnya. Maklumlah.. dulu kami semua satu ofis. Hari-hari jumpa. Itupun macam tak puas borak he..he.. Sekarang ni bila dah tak satu ofis lagi, lagilah banyak cerita yang nak dikongsi.


Mama ayah sibuk borak.. Anak-anak sibuk selfie dan main buat hal sendiri he..he..  Walau apapun, smile faces tanda happy!!!!
Alhamdulillah.. yang penting semua happy..

Seperti yang aku cerita kat atas tadi, sampai ke tengah malam kami lepak kat sini. Siap solat jemaah maghrib dan isyak sekali. ALLAH... macam-macam cerita yang menjadi kenangan plan ABC  suspen terindah buat kami he..he.. Memang semua dari kami bersetuju yang percutian ini memang antara yang lain daripada yang lain. Dari permulaan yang huru-hara, kesudahannya pula berakhir dengan kenangan yang sangat-sangat bermakna. Syukur ya ALLAH. Bangun pagi, Nari dan suaminya keluar beli makanan untuk kami semua. TQ Nari dan Fuad. Ingat nak makan Kafe di Singgah Santai tu. Tapi takde makanan untuk breakfast pulak. Ada minuman aje. Kalau nak sarapan di Singgah Santai Resort kena ambil pakej ya. Kalau tak, memang takde sarapan.  Pagi tu terpaksalah kami menumpang makan lagi di tempat rehat di tepi kawasan kolam. Makan nasi lemak dengan lebihan ayam dan sosej BBQ. ALHAMDULILLAH.. masing-masing kenyang sebelum pulang.

Bangun pagi-pagi aje anak-anak dah excited nak mandi kolam lagi. 
Sebab seperti yang aku katakan, kolam di Singgah Santai ni memang best untuk anak-anak mandi. InsyaALLAH.. kalau setakat nak bawa anak-anak pergi bercuti mandi-manda di situ memang aku tak kisah nak datang lagi ke tempat tu. (Untuk bergathering lagi di situ tidak lagi kut huhu..). Biliknya pun besar dan selesa untuk keluarga besar seperti kami. Setiap bilik ada satu katil king dan satu katil single. Siap ada ruangan yang cukup juga untuk bentang toto dia antara katil. Tambah-tambah lagi tempatnya pun tak jauh dari Bangi. 

Anak-anak yang seronok mandi kolam sebelum balik.. 

Ini pulak mama ayah yang masih tak puas borak lagi sebelum balik. Maklumlah.. kami dulu budak Hitachi. Sekarang ni semua dah ex-Hitachi. 
Walau macam manapun, Hitachi tetap selalu di hati. Jadi cerita-cerita pun masih banyak berkisar tentang kisah waktu di Hitachi. I love Hitachi <3 font="">
Tempat jatuh lagikan dikenang. Inikan pula tempat bertemu jodoh kan.. 
Eh!!!!!! he..he.. ;)

Family Photo sebelum balik. 
Panjang umur, murah rezeki, insya ALLAH kita bergathering lagi. 
Doaku semoga persahabatan kami terus diberkati dan dirahmati ALLAH. 
Kawan yang best dan boleh kekal sekepala sehingga bertahun-tahun bukan mudah untuk dicari. Jadi bila ada, akan aku jaga ianya dengan baik.
Thank you ALLAH. Terima kasih sahabat-sahabatku semua.

Salam Hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.