Thursday, November 7, 2013

Tips untuk snorkeling kali pertama..

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah.. percutian kami sekeluarga selama 5 hari ke Hatyai & Krabi telah berjalan dengan cukup baik. Alhamdulillah.. keadaan cuaca yang baik sangat menyebelahi kami. Syukur kerana perjalanan kami dengan 5 biji kereta sejauh lebih kurang 1400 km sentiasa dilindungi. Terima kasih ALLAH. Terasa ada banyak cerita yang mahu dikongsi. Tapi entah kenapa aku memilih untuk bercerita tentang tips untuk snorkeling terlebih dahulu. He..he.. macam bagus aje nak bercerita tentang tips snorkeling kan. Padahal itulah percubaan aku yang pertama. Ha..ha.. sebelum orang lain gelakkan, biarlah aku gelakkan diri sendiri dulu he..he.. Barulah tak malu sangat ha..ha..

Matlamat sebenar aku mahu ke Krabi ialah untuk merasai pengalaman bersnorkeling. Jadinya sebelum pergi aku banyak google tentang tips-tips untuk snorkeling. Memang ada ramai yang berkongsi. Tapi ianya tidak banyak dapat membantuku kerana info yang aku jumpa tidak menyeluruh bercerita tentang snorkeling untuk beginner sepertiku. Walaupun begitu perkongsian yang aku perolehi sedikit sebanyak memberikan pengetahuan basic untukku. Tergelak-gelak juga membaca pengalaman orang lain. Ini kerana, jika aku di tempat mereka pada waktu itu, tentulah pengalaman seperti itu juga yang aku lalui. Sebab itulah aku perlukan info tentangnya. Jadinya bila aku sendiri sudah merasai pengalaman itu, dapatlah aku kongsikan tentang tips snorkeling pula.

1. Bagaimana mahu hilangkan perasaan takut.
Bagi mereka yang tahu berenang dan tak takut air, rasanya takde masalah. Tapi untuk orang yang tak tahu berenang ditambah pula jenis yang takutkan air.. huiiissshhh.. dia punya ketar tu memang satu macam he..he.. Ianya boleh menghilangkan terus rasa teringin nak snorkeling tu. Tips yang aku dapat ialah bertenang dan kawal minda agar jangan panik

2. Life jaket itu nyawa!
Itu info yang aku dapat dari orang lain. Memang life jaket tu nyawa kita kat dalam air. Selagi life jaket terlekat kat badan kita, insyaAllah, kita tidak akan tengelam. Satu lagi info yang aku dapat ialah, cuba fikir kenapa life jaket dicipta? Ianya tentulah untuk membuatkan kita terapung dengan menggunakan life jaket itu. Jadinya, kita cuma kena pastikan life jaket itu dipakai dengan betul. Setiap buckle  perlu dipasang dengan sempurna. Pastikan ianya betul-betul selesa terlekat di badan kita. Ianya akan membuatkan kita rasa selesa dan akan jadi lebih yakin ketika di dalam air. 

3. Jangan berani sangat.. takut-takut itu perlu.
Kalau kita sudah ada keberanian, pastikan kita ada rasa takut-takut juga. Ini untuk keselamatan diri juga. Jangan over confident takut nanti jadi lain pula. Cara yang paling baik ialah cuba step by step ikut kemampuan diri. Bila dah betul-betul yakin baru pergi ke next level.

4. Selesakan diri dengan life jaket.
Sebelum kami dibawa untuk snorkeling, kami telah dibawa ke pulau untuk mandi di pantai terlebih dahulu. Ketika mandi di pantai lagi aku dah cuba selesakan diri dengan life jaket. Selamba aje turun ke pantai dengan life jaket. Pedulikan orang lain. Cuba untuk terapungkan badan dengan bantuan life jaket tu. Bila dah selesa, keyakinan diri tu akan sedikit-sedikit datang, insyaAllah.

5. Pegang tangga dan tali selama mana yang anda mahu.
Kalau tak berapa berani nak lepas tangan setelah turun ke dalam air, pegang ajelah tangga. Tali pun ada orang bot lepaskan so boleh pegang tali juga. He..he.. itulah yang aku buat. Pedulikan orang nak cakap apa, asalkan kita boleh masuk dalam air. Tapi sambil-sambil tu cubalah untuk lepas-lepaskan tangan. Selagi tak yakin pegang aje tangga dan tali. Takde orang nak marah pun.

6.Berada bersama orang yang yakin.
Yang ni penting juga. Sebab berada bersama dengan mereka kita akan jadi yakin. Macam aku, Alhamdulillah.. anak-anak yakin nak turun ke laut. Jadinya bila dia orang selamat turun, aku pun jadi yakin juga. (Tak sia-sia mama hantar korang ke kelas renang). Kakak-kakak dalam group aku pun semuanya nampak yakin. Bila mereka yakin kita pun jadi yakin sama. Bila dah yakin, berani pun dah sedikit ada dalam diri. Bila dah yakin dan berani baru boleh lepas tangan. 

7. Macam mana nak apungkan badan, tegakkan badan etc?
Macam mana nak apungkan badan, nak tegakkan badan, nak baringkan badan? Yang ni memang soalan yang penuh dalam kepala aku sebelum turun ke laut. Malahan sejak sebelum pergi lagi he..he.. Bila ada life jaket badan kita akan terapung dengan sendirinya. Yang penting jangan panik bila kaki tak dapat pijak apa-apa. Kalau panik memang apa pun tak boleh he..he.. Sebab bila panik kita akan rasa macam nak tengelam. Untuk tegakkan badan macam gaya berdiri tu, kita kena tegakkan badan kita, then dengan sendirinya kita akan tegak. Kalau nak baringkan badan untuk snorkeling kita cuma perlu baringkan badan kita saja. Yang penting kawal minda biar tak panik. InsyaAllah, terus rasa macam magic. Macam aku mula-mula tak berani nak lepas tangan. Aku tanya akak kat sebelah aku. Kak, macam mana akak boleh terapung? Akak tu pun suruh aku lepas tangan perlahan-lahan. Bila aku lepas tangan eh.... boleh terapunglah. Terus rasa wah.. bestnya. Kiranya memang takde apa-apa teknik pun. Cuma perlu bertenang, jangan panik dan cuba lepas tangan. Asalkan life jaket terlekat betul di badan memang kita akan boleh terapung.

8. Belajar guna alat snorkeling dengan betul.
Yang ni penting sangat agar kita tak tertelan air dan rasa nak lemas. Bernafas memang kena guna mulut sepenuhnya bila guna alat tu. Bahagian yang kena masukkan dalam mulut tu kena gigit betul-betul ikut tempatnya. Bukan masukkan kesemuanya dalam mulut. (Sebelum pergi aku dah tengok cara penggunaan alat snorkeling tu dengan betul. Jadi bila di sana aku ajar anak-anak cara nak guna. Alhamdulillah.. anak-anak takde masalah nak guna alat tu dengan betul). Aku sendiri memang tak confident nak guna alat tu. Jadi aku cuma guna goggle dan tahan nafas. Alhamdulillah.. nampak juga bawah laut yang indah tu. Subhanallah.. cantik sangat. 

Rasanya itu sajalah serba sedikit tips yang boleh aku kongsikan. Dah namanya beginner kan, tentulah tak sebanyak mana ilmu yang aku tahu. Semoga tips-tips dari pengetahuan yang sedikit  dan pengalaman yang cetek ini dapat memberi manfaat untuk orang lain hendaknya, insyaAllah.  

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have  a nice day!

15 comments:

Unknown said...

masalah kita adalah cepat panik bila dalam air.. tapi seronok sebenarnya dapat menikmati keindahan dalam air..

Kakcik Seroja said...

Seronoknya.

Syukurlah semuanya berjalan dengan baik. :)

Dr K said...

TQ for the tips! Boleh la saya cuba amalkan bila nak mencuba snorkeling :) saya dah save URL entry ni utk rujuk kembali..hihihih

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer kak....teringin nak pegi krabi selepas terburn tiket awal thn aritu..

Hudalatip said...

Akak, saya adalah orang yang panik dan cemas dalam air..serius nak2 masa nak snorkeling tahun lepas..Terus rasa nak tenggelam padahal sebelum tu macam berani je lepas tu terus rasa nak lemas nasib ada kawan padahal macam akak cakap kan ada jaket tu kan confirm la tak tenggelam tapi panik, ohhh...

mamaarifakeemaisy said...

Alahai saya pun penakut jugak ni.. ntah berani ke kalau nak mencuba... ngee..

Lydia Miza said...

Teringin nak g krabi.. Lawa tgk gmbr kak fea aritu

JunAina said...

Bagus sebagai panduan buat kita2 yg tak reti berenang ni. Tiba2 teruja nak bersnokling. Pi sana drive? Hebatnya...

Unknown said...

slm, sy berbadan besar dan tk pandai berenang.. ada ke size jaket utk sy?

Hanis Azla said...

Unknown : As-salam.. minta maaf, sy tak pasti tentang saiz jaket tu.. mungkin ada, kena bertanya pada owner bot rasanya..

Rina Rahamat said...

As-salam kak..ingt sy lagi? Sy cik betty...lama dh stop blogging disbbkn bz...sy google info tips snorkeling kali pertama terjumpa blog akk..sy mcm akk la x tau berenang langsung dan ada masalah takut air especially kalo kaki x blh pijak.....sy nk gi redang...tgk tentatif aktiviti snorkeling bnyk...

Rina Rahamat said...

As-salam kak..ingt sy lagi? Sy cik betty...lama dh stop blogging disbbkn bz...sy google info tips snorkeling kali pertama terjumpa blog akk..sy mcm akk la x tau berenang langsung dan ada masalah takut air especially kalo kaki x blh pijak.....sy nk gi redang...tgk tentatif aktiviti snorkeling bnyk...

Hanis Azla said...

As-salam rina..

Tentulah akak ingat cik betty yang cantik tu.. :) Selamat bercuti ke Redang ya.. Semoga Rina seronok bersnorkling nnt.. harap2 tips2 yang akak kongsikan di sini serba sedikit dapat membantu.. Have fun!

mastura said...

Assalamu'alaikum... trm ksh byk²ats prkongsian tips²di ats tuh...leh ler mmbntu sis yg spesis panik n tkutkn air nih... tpi suka ke laut... he³...

Hanis Azla said...

As-salam Mastura..

Alhamdulillah.. Syukur dapat membantu. Semoga bermanfaat.. In shaa ALLAH. Selamat ber'snorkling' ya.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...